PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Thursday, March 26, 2009

SERAM DAN MISTIK...


Toyol, dia datang padaku berlari-lari
Tolong, kemanaku kan pergi
Toyol, kenapa pula aku yang kau cari
Tolong, rupanya hodoh wow.. wow.. wow.. wow

Kepala botak,matanya terbeliak
Giginya bertaring,merata-rata
Ee...seramnya,ku melihat rupanya
Melambai-melambai,ketawa pula

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu!!

Perhatian.. Kisah dibawah ini mengandungi unsur-unsur seram dan mistik.. Oleh demikian, kepada mereka2 yang mempunyai penyakit lemah semangat, sila pejamkan mata anda semasa membaca isi kandungan entri ini.. Sekian, terima kaseh..


Kepada mereka-mereka yang pernah tinggal Kolej Penginapan Cendekiawan, Universiti Tenaga Nasional, pasti tahu bahawa tempat tersebut amat 'keras'.. Dipenuhi dengan kisah-kisah hantu yang sentiasa berkeliaran mencari mangsa. Kisah hantu paling popular adalah kisah hantu naik motor kat tingkat 7, bertanyakan jalan ke Kajang.. Yang menambah keseraman, mamat yang dikacau tu tersalah bagi direction kt hantu tu.. Dan oleh kerana itu, hantu tersebut didapati sentiasa berkeliaran di kawasan tersebut utk sound balik mamat yang tersalah bg direction tu..

Aku tidak pernah terjumpa hantu motor tersebut. Bagaimanapun, aku pernah mengalami peristiwa dikacau semasa menginap di kolej penginapan tersebut. Kisahnya bermula pada 4 tahun lepas... Masa ni aku tinggal serumah dgn bob, add dan danial.. Oh ya, aku hampir terlupa untuk memberitahu kalian yang kolej penginapan ini mengandungi tempat penginapan yang berbentuk apartment. Oleh itu, kami berempat telah sebulat hati untuk menyewa sebuah apartment yang sama. Bukan apa, sebenarnya lebih selesa jika tinggal dengan kawan2 yang sudah dikenali. Tidaklah segan jika hendak berlari-lari bogel di dalam rumah kelak.. Terdapat 4 bilik di dalam apartment tersebut maka kami tinggal seorang sebilik.. Walaupon kami tinggal di bilik2 yang berlainan, akan tetapi hubungan kami sangat akrab. Malah kami selalu melepak bersama2 di dalam sebuah bilik. Bahkan siap tumpang tido lagi di bilik tersebut dan biasanya bilik bob atau danial menjadi sasaran .. Kami amat gembira dengan hidup kami. Tidak penah ada perkataan sedeh atau muram dalam kamus hidup kami. Bagaimanapon, semua itu berubah pada suatu malam jumaat..

Pada malam tersebut, sedang kami semua rancak berborak-borak di dalam bilik danial, tiba-tiba bob bertanya sesuatu kepada danial, "Wei, asal bilik lu ni ada banyak kacang hijau??". Kemudian baru aku perasan yang bilik tu memang banyak gile kacang hijau. Jangan kata atas lantai, bahkan bawah katil dan belakang pintu pon ada kacang hijau ni. Soalan bob tidak terjawab dek kerana danial sendiri tidak tahu dari mana datangnya kacang-kacang hijau tersebut. Dalam otak kami masa tu hanya terlintas satu benda je, iaitu toyol. Seperti yang kita semua tau, kacang hijau ini biasanya digunakan untuk bermain dengan toyol. Lalu kami terus mensyaki bahawasanya ada orang membela toyol di sekitar kawasan kolej penginapan cendekiawan ini. Setelah puas menyiasat di bilik danial, kami mendapati kacang hijau ini seolah-olah datang dari suatu tempat di luar bilik danial. Maka kami pon keluar dari bilik danial dan menjejaki kacang-kacang hijau tersebut.

Amat mengejutkan!! Kami mendapati kacang-kacang hijau ini seolah-olah berpunca dari bilik bob. Pada mulanya kami hanya melihat sesama kami.. Kemudian secara spontan, kami semua melihat wajah bob. "Eh.. Apsal lu orang tengok gua.. Gua taktau pape pon dowh", ujar bob cuba mempertahankan diri. Sebenarnya kami sengaja memandang wajah bob untuk menambah keseraman bob.. ternyata ia menjadi.. Kemudian kami masuk ke bilik bob dengan berhati-hati.. Pintu dibuka perlahan-lahan..

Pelik. Bilik bob juga dipenuhi dengan kacang-kacang hijau. Puas kami menyelongkar bilik bob, tapi tidak ketemuan apa-apa.. Kemudian, kami balik ke bilik masing-masing untuk memeriksa sendiri barang2 kepunyaan kami.. Risau jika ada kehilangan barang.. Aku berasa keciwa setelah membuat pemeriksaan di bilik aku.. Sama je.. Radio buruk aku tetap ada. Beg duit ku tetap kosong.. Dem.. Aku menjangkakan yang toyol tu akan tertinggal duit seribu ringgit dalam bilik aku.. Mana tau, rezeki di mana-mana bukan? Aku berasa sangat hampa..

Setelah selesai semua pemeriksaan, kami semua berhimpun di ruang tamu.. Kami mendapati semua orang tidak kehilangan apa-apa barang. Kemudian salah seorang dari kami mencadangkan untuk mengadu kepada pihak pentadbiran kolej penginapan.. Tetapi setelah difikir teliti, atas dasar apa kami mahu mengadu? Takkan hanya disebabkan terjumpa kacang hijau?? Lagipon tiada barang yang hilang.. Kalau diadu nanti, pasti kami ditertawakan. Maka kami nekad membuat keputusan untuk menyiasat sendiri perkara ini dengan memantau keadaan rumah sewa kami itu dan kami telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan menangkap sendiri toyol tersebut.

Sebagai langkah pertama, bob dan danial telah menyapu dan membuang kacang-kacang hijau tersebut. Langkah ini dijalankan untuk mengelak kedatangan toyol tersebut. Sudah pasti kami mahu menghalang kedatangan beliau sekali lagi kerana tiada orang yang sanggup mengambil risiko kehilangan barangan berharga selepas ini. Bagaimanapon, keadaan rumah kami menjadi semakin pelik dan seram. Kacang-kacang hijau semakin banyak didapati di dalam rumah. Anehnya kali ni, hanya bilik aku sahaja tidak dimasuki kacang-kacang hijau ini. Mungkin kerana setiap malam aku mengaum, maka kacang-kacang hijau itu gentar untuk memasuki bilik ku. Oh anda semua pasti tidak tahu. Sebenarnya aku merupakan pengamal seni mempertahankan diri yang amat aktif semasa di sekolah dulu. Ada rakan-rakan yang menggelarkan aku dengan nama 'abang shah ngaummm..' Anda semua pasti hairan bagaimana nama ni bole melekat padaku.. Hanya mereka2 yang penah lihat aku tidur sahaja yang tau kisah ini. Melihat keadaan yang semakin teruk, aku pun semakin giat berlatih silat di dalam bilik. Al maklum, sudah lumrah hidup ku sebagai pesilat, pasti sudah biasa diduga dengan gangguan sebegini rupa, maka aku membuat persiapan yang lebih rapi dengan mendalami lagi ilmu persilatan ku sehingga peringkat ghaib.

Seminggu selepas itu, aku pulang ke kampung halaman ku.. Sudah terlalu rindukan keluarga barangkali.. Aku pulang hanya sebentar. Selepas 2 hari bermalam di kampung halaman, aku pon balik ke rumah sewa. Sebaik sahaja aku menjejak kaki di rumah sewa, aku didatangi bob.. Kemudian beliau menceritakan segala-galanya kepadaku..








CILAKAK! RUPA-RUPANYA KACANG-KACANG HIJAU TU TERCICIR DARI BANTAL BOB YANG DAH BOCOR SEDIKIT.. ISI BANTAL BOB TU TERDIRI DARIPADA KACANG-KACANG HIJAU.. BABUN BTOL!! BUDAK2 NI LAK SUKA PINJAM BANTAL BOB.. PASTU SELALU BAWAK KE BILIK DANIAL.. KADANG2 BAWAK KE BILIK ADD DAN KADANG2 KE BILIK BOB BALIK.. BILIK GUA JE TAKDE ORANG MASUK SEBAB GUA SELALU KUNCI PINTU.. DEM! DASAR SEMUA SUKA PINJAM2 BANTAL! BUAT PENAT JE GUA BERSILAT SETIAP MALAM DALAM BILIK!! ARGHHHHH TENSI GUA!!



notakecik: sila jangan pecaya benda2 tahyul.. ;p

6 comments:

qishie said...

haduyai..

saspen je baca.

zzzzz

nadia_saleh said...

hahaha..
yg pnting u cuak..haha

teRi said...

zzz.. sbnrnya saja je nak bg korang cuak! hauhauhauahua

AkuAyie said...

haha...lawak betui la kamu ni labu. =D

teRi said...

haha.. labi pon lawak gak.. ;p

akuxbiadab said...

hahahhahaha...
bodo sial lu...
bapak mcm celakanye cite...
bkn xnak masok blk lu dow,lu mlm bkn suke berlumba ke sambil bagi blow ngan brek angin bunyi kuat2....
hahahahhaha

silat konon,ptuihh...padehal lumbe lori....hahaahah