PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Sunday, March 22, 2009

Sebab Mengapa Teri Jiwa Kaco

Korang mesti pelik kan? Kenapa la aku @ si mamat perasan asyik jiwa kaco je baru2 ni.. Sebenarnya ada kisah di sebalik belakang takbir.. Anda nak tau? Ok jom baca..

Di bandar baru bangi ni terdapat 4org kwn baik.. Mereka lebih dikenali dengan nama M, A, W dan I.. OPS! Seyes cite ni bukan pasal mawi.. so kepada makcik2 yang baru excited bile terdengar nama bintang pujaan makcik tu, eden nak mintap mangap la eh sbb mengeciwakan makcik2 ye.. Ok2.. sambung citer tadi.. Adapun mereka ni berkawan baik dek kerana mereka bekerja di tempat yang sama iaitu di rumah Datok Haji Mah Hassan.. Erk.. anda penah dgr nama ni? mayb kebetulan kot.. abaikan ok? hmm..

Di antara 4 sahabat ni, W adalah pekerja yang paling senior.. Dia dulu yang datang berkeje dengan keluarga Datok Haji Mah Hassan ni.. Pastu baru la A datang.. then, baru M.. last skali I. Walaupon mereka ni datang dari pelbagai latar belakang tetapi disebabkan pekerjaan mereka sama, maka mereka sangat2 rapat.. Nak tau pekerjaan mereka apa? Pekerjaan mereka ini bersangkut paut dengan industri pengangkutan so teka sendiri la eh.. Walaupon mereka ni rapat, akan tetapi dorang tak sedar bahawasanya mereka mempunyai tujuan tersembunyi yang sama untuk bekerja di rumah Datok Haji Mah Hassan tu iaitu nak tekel hati anak bos mereka yang bernama T. Kalo korang nak tau atau xnak tau.. T ni mmg idaman semalaya la.. kacak.. pandai masak.. pandai chat.. pandai wat blog.. pandai main game FIFA09.. so memang tak dapat diragui la kenapa beliau menjadi pujaan keempat-empat sahabat baik ni.. Eh.. da macam cite labu labi lak? ala citer pasal orang2 gaji berebut anak bos tu la.. lebeh kurang la.. 4 org sahabat ni pon cm labu labi gak.. tdo kat kat parking kereta. mandi pon kat situ.. so cite ni macam ada la kena mengena sket la dgn cite labu labi.. tapi takde la kena sgt.. sipi2 je.. eh bukan sipi.. tapi tepis sket.. pastu terus terkena muka director ahmad nifsu! eh cite apa ni? blur2..

haha.. ok2.. kite sambung citer tadi..

Pada suatu hari, bos @ Datok Haji Mah Hassan berhasrat memecat salah sorg dari mereka ni. Bukan kerana hobi atau saja2 bosan sebagai alasan bos nak memecat tapi disebabkan nak ganti salah seorang dari mereka ni dengan pekerja yang lebeh cekap dan tangkas membuat keje serta murah gajinya. Disebabkan M paling tua dan paling lembap membuat keje dan juga paling mahal gajinya, maka encik bos pon decided nak pecat M. Walaupon A, W dan I tak dibuang kerja, mereka berasa sangat sedeh kerana telah kehilangan seorang kawan baik. Makan tak selera, mandi tak wajib, tidur tak basah.. huhu.. Tidor dan mandi pon bertiga je.. Dulu berempat. Kadang2 tak mandi pon dek kerana sedeh.. Begitulah sedehnya mereka.. Bagaimanapun tanpa disangka2 si T pon sedeh.. Rupa2nya T iaitu anak bos pon sudah lama memendam perasaan untuk memiliki M. Disebabkan beliau malu2 kucing nak mintak kat bapak dia @ Datok Haji Mah Hassan @ bos, maka terlepas la peluang tu.. Memang btol2 tak disangka.. T pon asyik jiwa kaco je pastu.. Nak buek cmne? Cinta terlarang tak kesampaian.. Dan semasa kisah ni diciterkan dalam blog ni sudah 3 minggu berlalu sejak si M dipecat..

Korang nak berkenalan dengan M, A, W dan I tak? Hensem beb dorang ni.. Kompem lu orang leleh air liur pas tengok dorang.. Haha.. Cite banyak kat sini pon tak guna.. aku tunjuk sket gambar dorang.. ok? Nasib baik budak2 ni suka amik gambar. Fotogenik kot dorang ni.. haha..



[Jeng-jeng! Ni la gambar 4 sahabat baik tu.. dari kiri W, I dan A.. erk mana M? jap2.. masa gambar ni diambik, M da kena buang keje.. jap2 cari gambar dia.. jap eh...]





[eh.. ni sapa lak? Ni bukan M! demit.. salah gambar.. haha.. mamat mana sesat ni.. haha.. jap2.. cari gambar lain..]






[haaa.. ni la M yang digiler2kan oleh T dalam citer ni.. so korang rasa patot x dia digiler2kan? ;p ]


Anda maseh tak paham cite ni pasal apa? senang je.. sebenarnya T ni aku la. Aku dok sedeh selama ni sebab M @ kereta merc aku sudah dijualllllllllllll.. Tu jiwa kaco ni dalam 3 minggu ni.. Uwaaaaaaaa.. Da tak dapat eksyen kat orang kampunggggggggg.. sedehh.. sedehhhh.. sobbbb.. sobb.. Huwaaaaaaaaa!!



Jutaan terima kaseh saya ucapkan kepada mereka2 yang telah menjayakan telemovie ini.
Berikut adalah barisan
pelakon-pelakon yang terlibat:


M
= Mercedez
A= hondaAccord
W = protonWira
I= protonIswara
T= encikTeri


Diharap ANDA semua terhibur dengan entri ini!!! =D



Anda tetap tak paham entri ni pasal pe? pedulik pe aku! haha..

9 comments:

nadia_saleh said...

hahaha..
patot la pon jiwe kacau..saba ye..
yg ilang akn bganti..hahaha!

teRi said...

haha.. takpe.. bulan 4 ni ada la yang datang nak ganti M tu.. hehe.. kita nantikan eh? lalalala

Ikan_Pari@@ said...

++Mule-mule teman ingatkan abjad2 tu mewakili jantan, mujo kerete. teman dah buat andaian lain dah.

teRi said...

haha.. auwww..

hackerZx said...

peh..anak datol blagak..kcewa..

teRi said...

haha.. rasia2.. syhh.. lol

odette said...

datol 2 ape? puas belek2 kamus ni xjumpe2...-.-

teRi said...

dettol la tu.. zzzz

hackerzx said...

datol la..kang taip datok lg la blagak...haha datol2..rhsie2..shuuhh..