PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, December 29, 2010

Dialog Antara Genius-genius Serumpun Di Fesbuk.


Mamat Indonesia:
FIFA menjatuhkan sanksi kepada FAM (PSSI nya Malingsia) denda 40 jt dolar & larangan menggelar pertandingan sepakbola selama 4 Tahun karena tindakan tidak sportif dalam Piala AFF (menaburi bubuk gatal & sinar laser).Untuk suporter Indonesia, JANGAN BERTINDAK BODOH di GBK agar kita tidak dijatuhi sanksi oleh FIFA. JANGAN gunakan SINAR ...LASER & JANGAN ANARKIS!!!KITA MENANG DENGAN TERHORMAT, KALAH JUGA HARUS SECARA TERHORMAT!

Gua:
mcm org bodoh je. pegi school ke tidak ni? (gua terus keluar baran silat gayung harimau bila dengar berita fitnah camni)

Mamat Indonesia:

loh kalo kami tidak school kami bakal anarkis brother,,,, kami menghimbau saudara2 kami di indonesia untuk fair play damai dan menyambut timnas malaysia dengan baik,,, kami akan beri contoh pada tetangga kami yang katanya serumpun, cara2 menj...adi penonton yang FAIR PLAY!

Gua:
kamu pon provok kami macam2. rileks la. (DEM! gua terkena balik. tu la. main sound je. kahkahkah. kepala terus blur taktau nak jawab apa)

Mamat Indonesia:
ia kami rileks ko brother, kami g provok sama sekali hanya mengingatkan,,, okai, salam damai dari kami INDONESIA,,,
kami tau kok kita sedang di adu domba sama politik agar kita berperang padahal jika bersatu indoneisa dan malaysia bisa menjadi HEBAT

Gua:
salam damai juga dari kami. ayuh berjuang jadi hebat! (ayat malas nak layan dah. haha)

Mamat Indonesia:
kita sama2 negara Islam brother, jangan mau di adu domba sama negara2 macam amerika ISRAEL dll
tolong sebarkan salam damai dari kami


Gua:
oh ye. sebenarnya tadi saya marah bila baca statement dari anda bahawa Malaysia didenda 40juta dolar dan dilarang dari memasuki mana2 pertandingan. dari mana anda dapat berita demikian? sesungguhnya berita tersebut tidak benar. (setelah sejam, gua tegur mamat tu balik)

Mamat Indonesia:
dari twitter salah seorang artis di Indonesia,,,maaf jika salah, tetapi kami agak kecewa dengan sambutan saudara2 di malaysia
yang menurut saya kurang fair play,,, knapa kalian seperti itu?


Gua:
Mungkin ada di antara kami yang termakan dgn provok kalian yang keterlaluan lantas hilang kesabaran dan cuba membalas. Lebih2 semasa di indonesia, kami dihina dan pemain kami juga diserang dengan laser serta bermacam2 gangguan. Bagai...manapun hanya segelintir dari kami sahaja yang marah. Tidak semua. Masih ramai yang waras. Perkara ini seperti permainan anak kecil. Hanya punca sedikit masalah, lalu mau bergaduh. Apa kata kita yang matang/waras ini selesaikan secara dewasa. Saya tau bukan semua rakyat INDONESIA yang berfikiran anti MALAYSIA. Masih ada masa depan untuk kedamaian kita. Ayuh. Harap kita semua dapat duduk satu meja berdamai, bermain bolasepak dengan penuh semangat kesukanan dan menyelesaikan sengketa di antara ke dua- dua buah negara. Percayalah, peperangan tidak tidak menjanjikan apa-apa kemenangan kecuali kita benar-benar terpaksa disebabkan darurat. Dan saya percaya ada banjingan yang mahu Malaysia dan Indonesia terus bergaduh demi kepentingan mereka. Saya meminta maaf di atas kesilapan kami sebelum ini. Semua masalah boleh diselesaikan. Bersatu kita teguh! =)

Mamat Indonesia:
SEPAKAT bersatu kita teguh bercerai kita runtuh,,,,

Gua:
Yeay!


Sebenarnya mereka pon macam kita. Manusia biasa yang punya perasaan tapi mudah marah tak tentu hala kerana keliru diperkotak katikkan. Jenis main percaya je dengan khabar angin. Kalo dorang siasat betol-betol, kompem masalah tade. Pesanan ini pun untuk orang kita juga. Janganlah mudah percaya dengan khabar angin. Janganlah mudah marah. PALING PENTING! Janganlah kerana nila setitik, rosak susu Dutch Lady sekaton. Mahal kot. Bole makan dgn kokocruch sebulan tu. Wasalam.


Sunday, December 26, 2010

Ini Bukan Kisah Bruce Lee. Wachaaaaaaaaaaa!


Gambar gua masa muda-muda dulu. Suruh member lukis je kot. Pakai crayon je. Masa tu kamera mana ada lagi woi. Kalo sesiapa ade simpan bateri pon dah kira macam orang kaya Ahmad Albab time tu.

------------------------------------------------------------------------------------------


1965..

Gua baru berkahwin. Bini gua kira orait juga. Body ala-ala model. Rupa boleh tahan la. Hotnya ada. Macam rupa Maggie Q. Sila google kalo tak kenal siapa beliau.

Kisah percintaan kami sangat komplikated sebenarnya. Korang pon sedia maklum bagaimana kisah cinta kat TV tu kan? Guling-guling bukit, sedar-sedar Pak JAIS dah standby kat tepi. Peluh ketiak gak nak menjawab dengan mak bapak. Lagi-lagi budak UITM. Ye tak?

Selepas berkahwin, kami berpindah ke kawasan rumah baru. Kami hanya mampu tinggal di rumah flat. Ekonomi negara agak merosot ketika itu. Nak duduk rumah emak, malas nak dengar emak membebel bangun lambat, so kami protes dan beli rumah baru.

Bini gua sudah berkerja. Sangat sibuk berkerja. Pagi pergi kerja, malam balik dan masak, pastu terus tido. Hmmm. Malam pertama je dia mau-mau. Tapi selepas itu dia menjadi dingin. Nak pelok pon wat bodoh je. Pastu buat-buat tak paham bila gua buat posing menggoda atas katil. Maybe sebab dia penat. Atau dia protes gua asyik lepak main Fesbuk kat rumah. Jeles la tu game Mobwar gua dah level 485. Ah abaikan. Dia bukan watak utama dalam cerita ini pon sebenarnya.

Zaman-zaman ekonomi merosot ni memang sedap pekena teh kat kedai Ah Chong. Gua bukan malas berkerja tapi gua baru habis graduate kat Sekolah Kungfu Jackie Chan. Kira sepatutnya gua bukak sekolah kungfu sebijik kat area sini. Tapi bukan semudah itu untuk bukak sekolah kungfu. Gua kena usya-usya line. Mana tau ni kawasan Bruce Lee ke. Tak ke naya kalo kena Balingan Kasut Tanpa Bayang. Mau hilang 3 bijik gigi.

Sedang gua sedap minum teh, tiba-tiba..




bersambung..

Saturday, December 25, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku!


Ayuh kawan-kawan!
Bersatu kita rakyat Malaysia!
Naik LRT @ Komuter Tasik Selatan!
Sampai di stesen Bukit Jalil!
Turun LRT beli beger!
Jalan ramai-ramai!
Suruh pakwe dukung kalo tak larat!


Malaysia Vs Indonesia!

Biar menang semangat!
Jangan putus harap!
Melawan sehabis upaya!
Sampai titisan peluh yang terakhir!
Balik rumah mandi dengan Shokubutsu!


Jumpa esok di
Stadium Bolasepak Bukit Jalil!


Saturday, December 18, 2010

Berkerjaya Di Petang Sabtu.

Di suatu petang di dalam opis sunyi yang terletak di Seri Hartamas..



"Babi la. Tak jumpa-jumpa command coding ni", marah Debab sambil menumbuk Nasi Goreng Mamak dalam pinggan bertubi-tubi.

Terus gua menoleh ke arah beliau sambil membuat muka ketenangan dan kelaparan.

"Apa la kau ni mencarut. Cuba matang seket. Kita kan dah berkerjaya. Kena la berkelakuan matang", jawab gua sambil membukak aplikasi fesbuk dan terus mengorat makwe.

Entri Untuk Bulan Ni.

Anda pelik kenapa saya sudah lama tidak meng'update belog?
Anda terasa saya sudah kehilangan sense humor?








SALAHKAN FESBUKKKKKKKKK!
Sebab fesbuk la gua sebok mengayat makwe sampai terlupa nak membuat kelaka dalam belog.

HUH!



P/S- PROSES MENYALAHKAN ORANG LAIN LEBIH MUDAH DARI MENGAKUI KELEMAHAN DIRI SENDIRI. KAHKAHKAH

Thursday, November 11, 2010

Lagu Penipu Aku Maki,

Oh dalam dunia ini,
Makin ramai penipu mintak maki.
Semuanya da tak peduli,
Janji perot sendiri penuh diisi. (intro)

Ya gua memang anti,
Dengan penipu yang sanggup tipu kawan sendiri,
Cuba la bawak-bawak berhenti,
Takot nanti duit haram itu akan makan diri,
Atau aku sendiri yang terajang kau nanti. (remix la beb)

Ohh belajar la macam mana mau respek diri,
Jangan buat perangai macam babi,
Nanti ade orang potong ko buat sup babi.
Oohhh penipu babi. (chorus 13 kali sampai lebam)




P/S: Dedicated spesel untuk kaki MLM yang tegar menipu member-member.

KAHKAHKAHKAHAHAKAHAKHARUN..



-Nik Teri wuz here- :P

Wednesday, November 10, 2010

Harimau Malaya Tumbang 0-2 Kepada Samurai Biru.

Deretan kekalahan Malaysia di tangan Jepun, tiba-tiba ade seorang makwe Myanmar ym gua,

"Shah, u are malaysian rite?".

Gua terus cuak untuk beberapa saat.

Kemudian..





(bersambung)

Saturday, October 30, 2010

Dasar Sungai Kita.

Ku renung ke dalam dasar sungai sedalam-dalamnya. Ternampak si Piranha tergedik-gedik moon walk. Aku kaget. Ku tarik nafas sekuat kuatnya lalu ku teran! Tapi tidak pernah ada hasilnya.





-Nukilan Teri-

Tuesday, October 26, 2010

Yayang!

Bangun-bangun pagi. Bukak pc dengan mamai-mamai. On ym sambil lupa mana hilang kibod. Tetiba..

AwekYangTakDikenali: Yayang!
AwekYangTakDikenali: :(
Gua: ......


Cilaka bila masa gua ada makwe?

Monday, October 25, 2010

Kenangan Bersama Cikgu Sekolah Rendah


Tadi gua usya-usya fesbuk sekolah rendah gua. Semua duk citer pasal kenangan dengan cikgu kelas masing-masing. Teringat pulak serba sedikit kenangan di sekolah lama tersayang gua tu. Sekolah terbaik di Gombak kot. Kahkahkah. So kat sini gua nak kongsi secara ringkas apa yang yang patut tak patut tentang cikgu-cikgu kelas gua sepanjang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat dulu.


2 Seroja
Gua masuk sekolah ni masa darjah 2. Sebelum tu gua sekolah dekat Petaling Jaya. Masuk-masuk je sekolah ni jiwa remaja gua berontak sebab kena berpisah dengan geng Ghostbuster kat PJ. Terus gua ngamuk dan score nombor 3 dalam kelas. Huh. Nama cikgu gua kalo tak silap rasanya Puan Asiah. Baik orangnya. Selalu puji gua pandai melukis. Masa tu gua bercita-cita nak jadi pelukis komik Doraemon. Nasib baik gua reti lukis orang lidi je. Kalo tak, sekarang ni gua dah duk Jepun dah. Huh. Oh ye masuk-masuk je sekolah ni, gua terus kena belasah ramai-ramai. Gile ke pe. Dah macam masuk sekolah silat lak. Ade testing-testing ilmu di dada. Last-last gua makan pasir. Dem!

3 Anggerik
Ok tak ingat nama cikgu. Lelaki kot. Suka sangat soal sifir. Dia ajar matematik. Aku cekap congak sejak lepak dengan cikgu ni la. Siapa tak hafal sifir, kena denda duk atas kipas siling. =.= Paling best bila cikgu ni hilangkan report card aku. Habis hilang bukti aku penah dapat nombor top ten dalam kelas. T_T

4 Kenanga
Cikgu kelas masa ni nama Puan Jamilah. Ajar subjek Bahasa Melayu. Pengalaman yang tak boleh aku lupa bila kena lempang sedas sebab kantoi tak hantar karangan bertajuk 'Pengalaman naik kenderaan'. Dekat 3 bulan gak gua kelepet cikgu tu. Last-last mak aku spotcheck bag sekolah aku. Pastu dia pegi report kat cikgu. Tak pasal-pasal kena pelempang. Berpinar kepala. Penat je aku kelentong selama ni, kata takde pengalaman naik kereta.. T_T

5 Anggerik
Ok lupa gak nama apa. Tapi kalo tak silap, jenis macam gatal. Cikgu lelaki yang suka sangat dengar cakap budak perempuan. Hampeh. Dah la suka denda kiteorang lari kat padang berpusing-pusingan. Kadang-kadang aku kompius salah masuk Sekolah Sukan ke apa. Nasib baik last-last body gua taff dan hensem. Dan tak lupa, masa ni gua tengah giat aktif bersukan pedang kayu ala-ala Star Wars atau sukan Teng Teng belakang jamban sekolah. Gua baling batu pejam mata ok? Tak tau sukan Teng Teng tu pe? Pegi google la woi!

6 Kenanga
Nama cikgu adalah Puan Ainon. Dia ni memang legend. Siapa tak kenal dia kat sekolah ni memang tak true la. Bek pegi terjun tiruk kat Sungai Gombak belakang sekolah tu. Cikgu gua ni memang terkenal dengan garang. Dia memang suka cubit perot orang kalo tak dpt full mark untuk subjek yang dia ajar iaitu matematik. Tapi lama-lama perut gua jadi kebal. Pastu dah tak takot nak kena cubit. Last-last gua masuk kumpulan kongsi gelap gagak hitam dengan Faizal Hussein dan bikin album dengan Anuar Zain. Penah dengar lagu Kain Pelikat? Haaa. Gua punya kain pelikat la tu.



The end.

Wednesday, October 20, 2010

Bumblebee? :P

Seronok betol bercinta dengan kereta ni. Apa yang kita laburkan, semuanya memulangkan hasil. Takde curang-curang. Takde jeles-jeles. Takde gaduh-gaduh. Sangat aman damai. I love you, you love me. I tunggang you, you henjut laju-laju. Semuanya indah-indah belaka.

Then, bila tengah sedih-sedih, bole cuba tengok kereta. Kompem tersenyum. Mana tak senyum kalo cat kereta sampai harga ribu-ribu. Memang la sengih pening kepala pikir duit dalam bank kering. Kahkahkah.

Oh sangat bahagia. Betol. Sangat-sangat bahagia. Tapi satu je cilakanya, tak dapat nak ringan-ringan. Takot nanti patah dalam. Damn!

Friday, October 15, 2010

Cita-cita.

Dulu-dulu masa sekolah rendah, gua bercita-cita nak bukak kandang keretapi. Korang punya cita-cita apa pulak?

Wednesday, October 13, 2010

Lagu Aku Cerita Aku.

hei dengarlah cerita aku,
ada benda nak bagitau,
tapi aku rasa malu,
mungkin boleh makan nasi dulu.

sedap juga makan nasi cicah budu,
mari basuh tangan dulu,
dan mari dekat dengan ku,
aku dah sedia nak cerita sesuatu.

aku pergi situ,
nampak engkau malu-malu,
engkau jeling aku,
aku pula malu-malu,
aku cuba hilang malu,
kau pula buat-buat potong kuku,
pastu kau usya aku,
aku pula buat-buat kira bulu. (chorus 4 kali)

ooooo... (nyanyi ramai-ramai)

kau tersenyum tersipu-sipu,
aku baru nak belajar nak cakap i love you.

kisah cinta ini benar-benar berlaku,
serius aku tak tipu,
aku tau kau terharu,
tapi diam-diam aku suka tengok bontotmu.

hooooo.. hooo.. hooo..

Monday, October 11, 2010

www.ohtidak.com



Cuba Teka Sapa Saya? Hahahahaha


Thursday, September 30, 2010

Open House Gegar Raya Teri Kacak 2010!



THANKS SEMUA!

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!



Tuesday, September 28, 2010

Sila Sayangi BFF Anda.



Debab: Oi Teri...
Aku: Apa dia?
Debab: Aku cakap ni sekali je.
Aku: Ape dia?
Debab: Sekali je aku cakap benda ni.

Aku: APE DIAAAAAAAAAAAA??!!!!!
Debab: Kau sebenarnya hensem tapi silap ko gelap je. Hahahahaa.
Aku: ...


~YA ALLAH. KUATKAN IMAN HAMBA MU INI. AMIN.~

Friday, September 24, 2010

Komputer Dan Seks?

Kategori Entri: Seks
Kesesuaian Entri: Sesuai untuk golongan pembaca yang baligh sendiri.


Korang tau tak komputer/laptop sebenarnya ada jantina masing-masing? Haaa. Tak percaya la tu. Tu la korang taktau. Main beli je komputer kat lowyatt tu. Dah la kena tipu harga. Pastu entah-entah dapat laptop jantina pondan. Aku tau la sebab dulu aku keje lowyatt. Ni semua mainan aku je. Lain kali sebelum beli komputer, check dulu kat bawah tu. Biasanya kalo ada benda juntai-juntai tu kompem lelaki. Tapi kalo macam ade bentuk bontot tu, paham-paham sendiri la eh. KahKahKah.

Tapi ada juga komputer yang susah nak diketahui jantinanya. Memang kalo jenis ni, korang check 10 kali pon tak jumpa pape kat bawah tu. Bawak jumpa doktor sakit puan pon tak tentu lagi boleh tau jantina dia. Silap-silap doktor sakit puan tu kena kencing manis. Tapi korang jangan risau. Sebab aku tau camne cara nak check. Korang nak tau? Haaa. Korang ikot je step-step kat bawah ni:

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btol-btol suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya computer/laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya.... Pastu bila dah tau jantina, korang dah boleh namakan komputer/laptop korang ikot jantina masing-masing. Nak letak nama Adlia ke Ali ke Sarol ke Zulhilmi ke Syahid ke semuanya boleh. Ikot kesesuaian masing-masing. Pastu dah takyah nak segan-segan kalo nak kaler laptop dengan kaler pink ke pe kalo jantinanya pondan. Bukan apa, takot laptop tu krisis jantina je nanti. Ok? Baiklah. Selamat mencuba!

Wednesday, September 22, 2010

Kod Rahsia


Korang penah dengar tak tentang mitos berkenaan perempuan??? Ala pasal ayat perempuan yang ada maksud-maksud yang tersembunyi tu la. Kononnya ade kod-kod rahsia. Dan kononnya macam susah la nak paham hati perempuan ni. Kahkahkah. Dah la ayat pusing-pusing. Bila tak paham, emo pula. Pastu bila kita tanya apa maksud ayat dia, dia nak bertambah merajuk. Adoi macam-macam betol. Nasib baik la makwe cun kan? Kalo tak, memang hantar dorang pegi Banting beli kerepek je terus. Hahaha. (lawak banting)

Contoh-contoh ayat-ayat rahsia wanita adalah:

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Kalo u cakap dia lawa, siap u!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Eh u tak paham-paham ke? I taknak u la!

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Haaa. Lebih kurang macam tu la. Tapi adakah anda tahu lelaki pon ada bahasa rahsia tersendiri? Jeng jeng jeng! Nak tau ke? Okay okay okay. AYAT RAHSIA LELAKI ADALAH...

Kalau lelaki macam saya kata: Saya sayang awak.

Makna tersembunyi: Saya lelaki. Saya tidak mudah sayang pada orang. Mungkin saya boleh suka/minat pada seseorang yang baik, artis atau orang yang lawa. Tapi perasaan sayang tu hanya boleh datang jika saya sudah mengenali awak, memahami awak dan paling penting saya sudah terima awak seadanya. Saya sangat sayangkan awak sebagai kawan biasa awak, sebagai kawan baik awak, sebagai kawan happy awak, sebagai kawan susah awak, sebagai kawan sehidup semati awak. Kenapa saya kata kawan? Kerana hubungan kita bermula dengan kawan semasa saya mula mula mengenali awak dan sepatutnya juga hubungan kita berakhir sebagai kawan juga bila saya tiada nanti. Saya tau awak hanya berkongsi kegembiraan kawan awak. Saya tau bila awak sedih, awak akan cari kawan baik awak. Saya tau awak sayang kat kawan-kawan awak. Maka dengan itu saya sudah berjanji pada diri saya, saya nak jadi kawan awak sampai bila-bila. Tidak kisahlah walaupon awak bukan hak milik saya ataupun awak penah sakitkan hati saya beribu kali, saya tetap kawan awak dan saya sayang awak. =)



Pepatah omputeh penah berkata,
"Perasaan Jatuh Hati timbul bila tengok makwe cun tapi ia hilang semudah ia datang,
Perasaan Suka timbul bila tengok makwe baik tapi hanya suka melihat sahaja, DAN
Perasaan Sayang timbul bila awak buat saya tersenyum
dan ia akan berkekalan dalam hati ini buat selama-lamanya. "

Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung La WOi!


Hari ni gua balik kampung kat terengganu dan kelantan. Harap semuanya selamat dan lancar. Barang siapa yang nak ajak beraya dengan gua kat terengganu tu, hello-hello la henpon gua. Jangan malu-malu, yang penting rumah lu kena ade makwe cun je. Kehkeh. Ok ok mak gua dah panggil kat bawah tu. Jap nak start enjin camry ni. Vrooommmmmmm. (Mcm cilaka nak tunjuk kaya gak. kahkah). Assalammualaikum!

Tuesday, September 7, 2010

Maxis Bengap Forever.

Eh bodo btol la maxis ni. Masa bateri ngah takde, ko sebok nak anta 2,3 sms iklan ko. Rasa nak lempang je. Kang kalo habis bateri, cmne bini aku nak sms? Kalo aku gado dgn bini, korang nak bayar? Huh!

Monday, September 6, 2010

Sunday, September 5, 2010

Tak Paham.

Gua tak paham betol mamat cina sebelah ni. Orang keje weekend. Dia pon sebok nak keje. Tapi last2 tido depan pc. Pastu nak dengkur. Tekanan gua. arghhhh.

Eh eh eh. Lupa lak. Gua rasa setiap hari kot mamat ni tido kat dalam opis. Kena ketuk dengan bos kang baru tau. Huh.





(tadi gua cuba amik gambar dia senyap2 tapi terkeluar flash lak. bodoh punya hp. terus mamat tu terjaga. kang tak pasal2 gua berbuka dengan penumbuk. zzz)

Friday, September 3, 2010

Entri Jiwang.

Paranawei betol. Gua sebenarnya nak post entri jiwang tapi macam nak terajang muka sendiri pula bila baca balik. Kahkahkah. Kalo lu orang perasan, gua banyak post gambar je skang ni. Gile malas nak menulis masa bulan puasa ni. Nak merapu tak berapa nak cukup tenaga. Malam-malam pula bz buat kuih raya. Siang-siang keje. Adoi. Penat betol. Naseb baik gua memang taff. At least gua nampak taff kalo pakai baju superman. Kalo tak pakai baju, paham-paham sendiri la. Kahkahkah.






(macam bodoh juga gelak kahkahkah ni tapi nak steady punya pasal)

Tulis Blog?

Gua ingat gua nak tulis blog ni stail macam buat status kat facebook. Boleh? Kahkahkah.

Manusia Berubah.

Sejak dua tiga minggu ni, gua taktau kenapa gua dah banyak berubah. Bila sampai masa tengah hari, gua mesti takde selera nak makan nasi. Taktau apasal. Hmmmm..

Wednesday, September 1, 2010

Siapa Juliana Evans Di Mata ku..


Sapa Juliana Evans? Sapa? Sapa?
Gua da tak heran sama dia.
Ketam masak lomak cili api ni lagi meleleh weh!!

Sunday, August 29, 2010

Friday, August 27, 2010

Peace!

Jumpa pakcik ni kat Highway LDP hari tu. Lu memang sporting. Kahkahkah

Wednesday, August 25, 2010

Meh nak bagitau something.







Jangan tengok entri bawah ni.



















Tuesday, August 24, 2010

Sunday, August 22, 2010

Pengumuman!

Pada hari ini dengan rasminya gua menyatakan bahawa pintu dan tingkap serta serombong hati gua telah tertutup kepada gadis-gadis. Oleh itu janganlah ada yang hairan pabila gua mula bersikap dingin atau hangin atau buang angin laju-laju pabila berhadapan dengan gadis-gadis. Tidak akan ada pengecualian walaupon muka anda se'cun nora danish atau juliana advances sekalipon. Maka dengan ini gua menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pencuri hati gua! Case close!







p/s- kalo gua layan gak, maknanya gua sayang lu lebeh la tu, tak reti2?

Monday, August 16, 2010

Juadah Berbuka.


Hari-hari berbuka kat opis dengan benda alah ni.
Kalo tak kurus gak, gua taktau la.






p/s- kadang-kadang kalo lapar sangat, dengan kunci-kunci kereta gua telan.

Thursday, August 12, 2010

Day Two Part Two

ok da boleh bukak puasa. jum telan air liur!

p/s-demit sedap gle bau makanan yg bdk2 ni beli kat bazar. T_T

Day Two

hari puasa kedua..
7.00malam..


Gua maseh gagah duduk bersimpuh di depan pc opis. Maseh selamba bermain game solitaire walhal lagi 30 minit menjelang masa berbuka. Gua cuba tahan lemak-lemak dari menguncup kerana aircond dalam opis ni macam harem punya sejuk. Nasib baik ade balance lemak dari tahun lepas. Boleh la pakai wat alas ye dok?








Wednesday, August 11, 2010

1st Day

Baru hari pertama puasa, badan dah lembik sungguh-sungguh. Padahal hari ni tak pegi keje pon. Tadi tido je sampai ke Asar. Kehkehkeh.

Taktau la camne esok. Keje sampai pukul 9 malam kot. =.=

Berusahalah!




p/s- esok nak start diet. tadi balun 5 lauk. muahaha.

SORRY.


Hari pertama berpuasa tanpa arwah abah. Tiada lagi suruhan supaya meneman arwah ke Bazar. Tiada lagi nasi kerabu setiap kali berbuka. Tiada lagi kejutan oleh arwah supaya bangun sahur. IMISSYOUSOMUCH. Al fatihah untuk arwah abah dan untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita kepada penciptaNya. Sentiasa hargai ketika mereka masih ada. =)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْض شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى



Wednesday, August 4, 2010

Sikat pon Fleksibel.

Cilaka. Siapa punya kerja ni?
Camne gua nak sikat rambut pasni?

Tuesday, August 3, 2010

Kenapa Mee Dipinggirkan?


Astaga. Siapa la nak beli mee tikus ni. Geli siot. Nama pon dah selekeh. Tu belom bayang mee ni diperbuat dari apa. Euwww. =.=' Kot ye pon, bagi la nama elok-elok seket. Mee NormanHakim ke, Mee ErraFazira ke, Mee JustinBieber ke. Baru la market sket. Lol.

Monday, August 2, 2010

Bapak Suparman.

Semalam gua keluar KL dengan kareb yang bernama Sarol Suparman. Saja jalan-jalan sambil usya makwe gothic bawak payung kat Times Square. Sempat la gak ragut 13 beg tangan.

Lepas makan GCB (GayCintaBerahi) kat McD, gua terus rushing balik rumah sebab ada hal mustahak. Sebelum balik, gua hantar budak Sarol ni ke Uniten dulu. Macam biasa pak guard nak jaga ketat macam jaga anak dara zaman dulu-dulu. Keluar masuk semua nak tahan. Semua nak tanya. Bosan betol.

Beratur lama gak nak masuk Uniten. Hujan pulak tu. Memang jem sket la. Sampai turn kereta gua, gua turun tingkap dan angkat tangan ala-ala brother.

"Nak hantar member masuk dalam kejap", pinta gua secara berhemah.
"La. Ingatkan nak hantar anak", jawab Pak Guard sambil buat muka manja.

"............................."





Sekarang lu orang bagitau gua baik-baik.
Muka gua ada macam bapak kepada mamat yang pejam mata ni ke?
Huh!


Sunday, August 1, 2010

Selamat Datang Encik Ugus!

Bulan Ogos dah sampai!



...








Ok taktau nak tulis ape. Demit.

Thursday, July 29, 2010

Gua Dulu Penah Ajar Budak Bersilat.

Time ni darah pendekar gua memang mudah mendidih. Sapa curi megi gua je, gua terajang cuping telinga. Ada sekali tu senior gua buat lawak sorok megi kari gua. Petang tu gak gua datang tumbok katil senior tu. Pastu gua blah camtu je tanpa cakap pape sebab tangan sakit. T_T

Wednesday, July 28, 2010

=)


Ada ke orang yang boleh hepikan badut yang dalam kesedihan? =)

Kami Rindu The Rock.


Tadi usya-usya fesbuk, pastu terjumpa gambar lama ni. Hahaha. Rindu gile kat mamat yg kena conteng ni. Kitaorang panggil dia 'The Rock' sebab muka dia ala-ala 'The Rock' pastu kebantutan pon nak sama. Hahahaha. Padahal nama sebenar dia, Muhammad Firdaus Omar kot. Rasa2nya la. Aku pon da lupa. Dah 10 tahun habis sekolah.

Gambar ni diambil masa malam besday dia yang ke 16 kat dalam asrama teknik kl. Macam gampang mamat ni tido mati. Kena conteng tak hingat tapi bole tido selamba. Da la baik punya posing. Memang mengundang la. Hahahhaha. Yang join wat keje harem ni adalah ustad, nuex, azim n arwah mukmin. Dorang siap sign nama dorang kat body the rock. Hahaha. Macam setan sekor2 punya perangai. Aku tak join. Tak ingat sebab apa. Mayb sebab tido awal kot. Ke sebab masa ni aku asyik berak berdarah. =.='

Yang aku tau, tetibe budak-budak ni duk tunjuk gambar ni pastu The Rock ngamuk kejar dorang kat tempat prep. Haha. Seronok-seronok. Rindu siot kat mamat ni. Da la baik hati. Pandai gile lak tu. Kepala pon sama-sama masuk air. Tapi masa mula-mula aku knal, mamat ni memang kerek annoying gile. Dah la suka ejek rambut aku macam nobita. Whatthefun. Last2 aku tumbuk muka dia dengan air tin coke, terus senyap dan jadi kareb. Banggang punya budak. Hahaha.

Lepas habis SPM, aku sempat jumpa dia masa open house umah Hamidah. Siap g umah parents mamat ni lagi. Then dengar cite dia g belajar kat germany. Pastu senyap. Hilang punca. Takde jejak. Dulu kitaorang takde henpon. Tu susah nak kontek. Pastu keluarga dia pindah rumah. Lagi la tak jumpa. Huhuhu. Then. bile reunion dibuat pada tahun lepas, aku ingat dia ada tapi dia tak datang pon pastu bila tanya semua orang, takde orang tau dia kat mane. Rindu pulak kat mamat ni. Kawan lama kot. Dah la budak lain da kawen. Aku sorang je single. Sob sob sob. The Rock.. Mana ko hilang weiiiii?


P/S- Korang perasan tak ada nama Rozana diconteng kat body mamat tu? Haaa. Tu nama makwe yang kena gosip dgn The Rock masa form 4. Bape kali ntah budak2 ni duk tag fesbuk minah ni kat gambar tu. Tapi mesti dia remove balik sampai last2 da tak boleh tag. Malu kot. Hahahaaha.

Tuesday, July 27, 2010

Lawak Mesut Ozil.

-Mesut Ozil, pemain bolasepak Jerman-

A long time a go, terdapat dua manusia berlainan jantina yang bersekolah skali tapi tidak pernah bertegur sapa time di sekolah. Malah ketika dewasa, add ym pon secara membuta tuli tanpa mengenali antara satu sama lain.

Kemudian pada suatu hari, mereka berdua ini terchatting dengan mesra alam buat pertama kalinya dan menjadi karib, lalu bermulalah kisahnya...

Teri: Blablablablabla.
Awek: Blalalalalalalala gak.

Teri: ..
Awek: Need someone to wake up me early morning.
Teri: Peh speking siot. Asal nak bangun awal pagi-pagi?
Awek: Da berminggu punch kad aku merah dow. Ni sebab world cup la. Pas world cup, aku terus takleh bangun awal. Last2 hari tu bos aku sound aku suh tukar attitude. Huhu.
Teri: Kelaka ko. Guano nak jadi bini solehah kalo camni?
Awek: Takpe. Tu improve automatically.
Teri: Jadah! Hmmm. Sian ko. Meh aku tolong. Dapat upah x?
Awek: Dapat2. Sebanyak $*******.
Teri: Wow. Lumayan. Ok2.
Awek: Dalam 5 hari ni je ko kena call kejut aku bangun awal pagi sampai bangun. Pastu takpe la. Aku just nak biasa2kan diri bangun awal je. Deal?
Teri: Ok2 deal.


*hari pertama*
6.30pagi..

Beeep! (bunyi sms)
"Aku da bangun. xyah kejut aku", awek tu tulis dalam sms.
Gua pon ok la. Sambung tdo balik. Maknanya ade lagi 4 hari nak kejut minah ni.

*hari kedua*
6.30pagi..

Gua bukak sebelah mata. Ok da 6.30pagi. Mari kejut minah ni.
Truttttttt.. truttttttttt.. truttttttt.. trutttttt..
(Siot tak angkat call. Tido nak mati)
Tetibe panggilan diangkat.

Awek: Helo.
Teri: Wei bangun la wei! Da subuh ni.
Awek: Err. Sapa ni?
Teri: ... (Kelaka minah ni wat lawak pe xknal aku tetibe. Ooo main2 eh)
Awek: Sapa ni???
Teri: Ni Mesut Ozil la. Kehkehkehkeh (aku saja sebut nama ni sebab membe aku ni minat Mesut Ozil)
Awek: Sapa ni? Tak knal la. Kawan kakak eh?
Teri: Erkkkkkkkk!
Awek: Ni adik dia la. Dia divert call ke henpon saya.
Teri: Alamak! Salah orang. Malu2. Bye2. Zzz


Babunnnnnnnn! Malu gile gua. Terus gua sms membe gua tu sambil sound2 sambil suruh dia bangun tdo. Dia bole tak bagitau aku yang dia ada buat divert call ke adek dia. Maknanya kalo dia xangkat call tu, call tu akan disambung ke no adek dia.Hampeh. Malu gile wei. Gila serik nak call minah ni. Dah la ada 3 hari lagi kot kena call kejut dia. Dem!


P/S- Adek membe gua tu sempat sms ckp tq sbb kejut dia pegi skola. Cam arem. Hahahaha. Da usya fb, comel budak tu. Ada chance. Kakakakakkaka.

Friday, July 23, 2010

rajagopal

lelaki mungkin merajai bumi.
tapi wanita yang merajai hati mereka.

Wednesday, July 21, 2010

mohon maaf kepada semua.

rasanya sudah terlambat jika saya ingin mengucapkan selamat hari raya haji. oleh itu, saya ingin menyusun ribuan jari kaki ayam sebagai pemohonan maaf kepada jutaan peminat belog kerana sudah kurang membuat kelaka di dalam belog ini. arakian maklumlah saya terlalu busy semenjak kawin 2 hari yang lepas. bini asyik merengek mintak pelempang dimana menyebabkan saya kedaifan tangan untuk melayan papan taip di komputer peribadi. diharap ketidakhadiran lawak saya selama lapanbelas bulan ini akan diisi dengan kegiatan berfaedah.sekian wasalam.






mood: ngah pompom

fokus sekarang

1. komputer
2. kereta
3. duit

Thursday, July 15, 2010

Entri Untuk Rakyat dan Perdana Menteri 1Malaysia


Seperti semua sedia maklum, mulai esok, Jumaat, 16 Julai 2010, harga minyak petrol RON95 akan naik sebanyak 5 sen dari RM1.80 kepada RM1.85. Memang naik seket je dan tak jejas penggunaan minyak harian sangat. Tapi yang tak sedapnya, peniaga akan menggunakan alasan ini untuk naikkan harga barangan dorang. Silap-silap naik 100% dari harga asal. Memang pastu, rakyat mengamuk cabut jalanraya dan karate tiang letrik depan rumah masing-masing.

So diharap kerajaan akan memantau harga barang runcit dan menabur janji-janji manis serta melaksanakan projek manis kepada rakyat supaya berjaya memenangi hati rakyat kembali. At least aku tak dengar mak aku bebel pasal aku kuat habis duit minyak kereta sebab suka merayau-rayau sampai pagi. =.='


P/S-Kepada yang kuat emo, sila jangan kuat melatah maki kerajaan dan huru hara pergi beratur sejam kt stesen minyak isi minyak full. Naik 5 sen je pon. Tak jejas tabung minyak hangpa. Plus, buat dosa je maki2 ni. Bek ngaji.

Katakan Takpe!!




VS









Semalam gua pergi Bengkel Zam repair ferrari member gua. Ngah sedap2 lepak sambil pekena cokodok, tetibe ada mamat indon duk tersengih2 kat gua. Gua pon balas sengih balik sambil wat muka taff. Tiba-tiba..

Irwansyah: Rokok bang?
Teri: Aaa? Takpe2. Hehe.
Irwansyah: Tidak hisap? Waduh. Enggak laki kalo begitu.
Teri: Errk.. Jantung lemah. (sambil wat gaya saiful apek tunjuk jantung berdegup)
Member kat belakang: Kahkahkah *gelak macam setan*

Teri: ...


Kelakian sangat ke hisap rokok? Aku bukan tak penah try. Busuk kot. Dah la membazir. Pastu buat orang yang ko sayang ada masalah sistem pernafasan. Tu belum kes korang nak cepat gol lagi. Korang nak merokok?

Wednesday, July 7, 2010

Kembar Belanda

-Wesley Sneijder-


Kalo lu orang nak tau, ni la kembar Belanda gua. Secara sainstismenya semua orang mempunyai kembar kat oversea. Cuma antara korang nak amik tahu ataupon sebenarnya memang malas nak amik tau ataupon jenis kura-kura dalam perahu je.

Dah nama kembar, maka secara kimianya kitaorang ada banyak persamaan. Lahir pada hari,bulan dan tahun yang sama, 9 Jun 1984. Pastu muka pon nak sama, cuma gua hensem lebeh seket je. Botak pon da sama. Tinggi nak sama. Body pon dekat nak sama taff. Pendek kata, kalo tengok 10 kali, memang macam sama tapi tak serupa je.


Tapi korang nak tau apa yang berbeza?

Malam ni dia main bola untuk Belanda.
Gua? Main bola dalam kocek.



Go Belanda Go!





p/s- apa aku merepek ni? zzz

Tuesday, July 6, 2010

Lucky?

A girl wrote this for me,
"
..tell her, she's damn lucky to have you.."







I wonder if there's a chance.

Friday, July 2, 2010

4 Elektrik 1


Oh oh oh sangat rindu Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
Tempat aku belajar menjadi diri aku pada hari ini. =)

Wednesday, June 30, 2010

Tuesday, June 29, 2010

Cari Jodoh


Baru nak join askar! Kansel ah camni!

Wednesday, June 23, 2010

If he....

If he misses you, he’ll call just to hear your voice. If he wants you, he’ll say it. And if he cares, he’ll show it. If he has a thought about you, it will come out of his mouth. If you are on his mind non-stop, he will do anything he can just to see you. If he truly likes you, he won’t let get anything in the way and fight back just to keep you in his arms. If not, he can’t be worth your time because you’re obviously not worth his.

Monday, June 21, 2010

PMS?


Adoi. Asal lately ni aku agak moody?
Aku ngah PMS ke?








P/S- Pls pls aku nak hepi

Saturday, June 19, 2010

Apa Yang Penting?



Petang tu pas makan tengah hari, gua ngantok. So gua tido. Ye la. Takkan tetibe nak pegi menoreh getah lak. Ngah sedap-sedap tido sambil mimpi Nora Danish, tetibe mak gua bising-bising masuk bilik. Gua bukak sebelah mata Superman gua..

Mak: Along, bangun along.
Gua: Hmmm?
Mak: Jom pegi Redang esok. Mak nak suruh Pak Teh booking bot ni.
Gua: Aaaaa? Taknak ah. (pastu terus sambung tido)
Mak: potpetpotpetpotpet (keciwa sambil bebel-bebel pasal kandungan kolestrol)




Pengajaran:
Tido lagi penting dari bercuti ke Pulau Redang. Huh! *muka kerek*




notakaki gak: entri ni utk awk sbb awk xdpt g pulau kapas. muahaha


Thursday, June 17, 2010

Teka Teki

Kalo korang betol-betol pandai matematik masa sekolah rendah dulu, cuba teka ada berapa orang lelaki dalam gambar bawah ni?














P/S- sapa btol, gua blanje makan nasi

Wednesday, June 16, 2010

Punca Keruntuhan Akhlak Makcik-Makcik Zaman Sekarang



Minggu lepas aku balik kampung kat Terengganu, Perancis. Macam biasa gua mesti jadi driver. Selamba je 6 jam drive sorang-sorang. Tu pon malas nak laju. Adik kat belakang bising bila meter cecah 1400km/jam. Bosan betol.

Saja je balik kampung. Tu pon takde plan. Semuanya spontan. Aku main sauk je baju dengan seluar. Pastu aku bole salah amik seluar adek aku lak kan? Taknak singkat lak. Tak pasal-pasal pakai kain pelikat je lepak Burger King. Ah korang ingat kampung aku takde Berger King ke? Ingat tak maju ke? Rumah tok aku ada 2 bijik astro tau tak? Huh.

Ingatkan bila balik kampung ni boleh lepak dengan tenang la kat kampung yang bebas dari gejala internet yang tak sihat tu sambil naik helikopter pusing-pusing Eiffel Tower kat sana tapi semua itu tidak berlaku! Sebaliknya bertambah serabut. Korang tau soalan apa yang makcik aku tanya masa mula-mula aku masuk rumah? "Along ada facebook tak? Nak add ni".




Gua macam rasa nak halimunan secara tiba-tiba. Kalo kehidupan ini adalah button 'invisible' , gua da tekan 12 kali. Saja nak bagi button tu punoh. Ntah dari planet mana pulak tiba tiba makcik-makcik ni reti main facebook lak. Gelepor aku buat-buat buta IT. Aku siap tanya facebook tu untuk apa? Selamba je makcik aku cakap, "Senang nak cari makwe. Semua ada dalam tu. Pilih je". Gua rasa macam nak nyorok belakang pokok kelapa sawit je masa tu.

Haih facebook. Ko memang bakal menyusahkan aku. Mati la aku bila orang kampung aku tau aku ada facebook. Kantoi la semua benda. Kantoi la banyak makwe. ZZZZZZZZZZ.


P/S- Naseb baik makcik2 dengan sepupu2 aku xpandai eja nama btol aku. Kalo tak, kantoi fb aku. Muahahahhaa. Ok kalo kantoi fb, maknanya kantoi blog gak. Demit! Ok g block fb dorang jap.

Sedap Gak Kalo Dapat Makan Apam Balik Pukul 2 Pagi



Dulu gua ingat apam balik ni ada kat Ampang je. Sebab apa? Sebab dulu gua ingat ejaan dia adalah 'ampang balik'. Sekali rupa-rupanya salah. Dah la salah eja masa buat karangan final exam darjah 3 ke pe. Demit! Cis gelakkan gua! Mana la gua tau masa tu. Eja Honda Civic pon gagap. Gua ingatkan ejaan dia Honda Service. Huh.

P/S- Kebetulan lak, masa tu gua duduk kat Ampang. Dem lagi.