PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Friday, November 6, 2009

Cerita Pengembara Masa Yang Kelaka


Korang dah tengok cite The Time Traveler's Wife ni? Aku baru je tengok. Ok la. Biasa-biasa je. Walaupon tajuk dia pasal isteri pengembara masa tapi sebenarnya watak isteri dia tu takde la menonjol sangat. Biasa-biasa je. Ah yang sebenarnya semua watak dalam ni pon biasa-biasa je.

Tetapi yang buat aku rasa nak bahan ialah kebolehan atau kuasa hero citer ni. Ade ke setiap kali mamat tu travel masa, dia akan berada dalam keadaan kebogelan? Maksudnya dia travel masa just bawak body dia je. Baju, seluar, bra, dompet, jam tangan, kunci kereta, rambut palsu n boxer semua tinggal kat tempat asal. Sampai je tempat baru, dia akan kebogelan dan harus cari pakaian. Ye la. Da la sejuk pastu kang takot ada orang suspek dia giler seks lak. So, dia terpaksa la cari pakaian dengan mencuri atau merompak sesapa. Ada skali tu dia rembat baju pondan. Pastu ada orang nak langgan dia. Cam gampang. Hahahahaha. Last2 dia pukol je mamat tu. Bodo je.

Kalo aku, xnak la aku jadi pengembara masa camni. Pegi masa lain je, mesti kena bogel. Leteh la perot gua nak tahan nafas supaya nampak taff. Tu belum kira nak sorok bulu dada dan ketiak lagi. Huh! Filem ni gua kasi rating 2.5 dari 5 je la. Biasa je cite ni. Takde apa yg menarik sangat..

p/s- gua nyaris nak keluar awal lantaran bosan dengan jalan cerita dia yang amat klise. Naseb baik gua ngah bosan. Dapat gak la tdo dalam aircond free. kehkehkehkeh.

Secara Langsung Dari Dewan Peperiksaan



Time ni gua ngah amik exam.
Tepat kol 9 pagi hari jumaat, 6 Nov 2009.

Amacam?
Teror tak gua online dari dewam peperiksaan?
Keh keh keh keh.

Wish me luck. I need them.

Erk!! Ok2. Exam2!! Syhhh...

Rekod!

Gua telah mencipta rekod baru dalam hidup gua. Sepanjang exam selama seminggu ini, gua terpaksa pakai 10 biji pen! Tak penah- penah gua dan orang rumah gua buat selama ni. Dulu time SPM selamba je pakai 3 biji pen. 10 paper kot. Ini baru 5 paper, bang pen oi. Isk isk isk... Selepas habis 1 paper, kompem 3 biji pen akan terkorban di medan peperangan. Apakah ini semua? Tak pasal-pasal muka gua slalu kua masuk 7Eleven depan umah. Huh. Da la malu gle asyik beli pen. Kang dorang ingat gua wat bisnes jual pen lak. Apa nak jadi dengan industri per'pen'an malaysia? Nak lingkup??? Ke nak kena lempang???

p/s- pen yg gua beli tu bukan cikai2 tau. mana main pen murah2.. sebijik rm2 kot.

Thursday, November 5, 2009

sayastressnakexamesok

internet di rumah saya sangat penting sehingga saya merasakan kalau takde internet seumpama kehilangan seorang makwe. maka dengan itu dengan bangganya dengan saya dan dengan awak serta dengan kami ingin mengumumkan bahawa saya dan internet dah kapel. so secara tak rasminya saya sudah tidak single. sekian terima kasih. dan tak lupa kepada makwe2 di luar sana, sila jangan keciwa, kalo ada jodoh, rezeki memang tak ke mana. eh ke kalo ada rezeki, jodoh tak kemana? whatever la. i sayang u all. g mati. byeee..

Lagu abang malas nak exam

video


bang, saya ada exam..
bang, mak saya pesan kena score sem ni.
bang, nampaknya saya macam malas nak exam..
bang, hati ni mulai tak tenang..

bang, tolong jawabkan exam saya,
bang, nanti bagi saya meniru esok.
bang, kang aku bakar nota ni.
bang, kalo tersilap jawab, mmg mampus, kalo tak jawab, lagi mampus.

bang, orang lain da habis exam, aku kena jawab exam esok..
bang, esok pagi saya kena pegi exam.
bang, kenapa saya perlu amik exam?
bang, kang best kalo saya dah keje macam abang.

bang, bosannya stadi!
bang, saya mau dewasa macam abang!
bang, saya nak ada makwe macam abang!
bang, saya taknak pegi exam!

p/s-brapa byk bang da. ni semua salah video atas la ni! huh!