PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Friday, February 13, 2009

Surat untuk Edrie.. (format surat rasmi)

Encik Teri,
No.20, Jalan 3o/19134112,
Bandar Baru bangi
43650 Selangor.
_____
_______________________________________________________________________________________________________
Edrie Si Hekes,
No umah tak tau, Rumah akak dia, Jalan lagila aku taktau,
Shah alam, Poskod buhsendirik,
Selangor Darul Ehsan.

_________________________________________________________________13 febuari 2009.


Tuan,

Rayuan Untuk Ngadu Pasal Membe Kita
--------------------------------------------------
Kehadapan saudara edrie yang berada di umah kakak yang berdekatan dgn uptown shah alam, apa kabar tuan hamba? Sonok ke makan free kt umah kakak? Btol ke dengar cite da kurus? Asal hamba rasa cm sama je? koakao.. Adapun hamba sihat2 sahaja berada di sini.

2. Tujuan hamba menulis surat rasmi ini adalah untuk mengadu kepada saudara edrie berkenaan member kita yang sedang sihat membesar di uniten jauh di sana.. Nama beliau? Tak perlulah hamba nyatakan disini kerana risau raut wajah beliau akan terpampang perkataan malu. Lagipun kalau hamba letakkan nama beliau, sure beliau akan suruh hamba delete surat ini dari blog hamba, maka amat membazir la masa hamba menulis surat ini.

3. Seperti yang saudara sedia tak dimaklumkan, saudara sendiri pasti tau sapakah membe kita itu.. Ala.. Bukan ramai pon membe kita yang sedang membesar di uniten tu. Hanya sorang sahaja kalau hamba tidak silap. Yang lain tu memang susah nak membesar dah. So beliau sorang sahaja ada potensi untuk membesar disamping hobi beliau yang suka makan dan tidor tanpa ingt dunia. Berkenaan beliau ingin hamba ceritakan serba sedikit kepada saudara.. Tetapi disebabkan hamba sedang dalam kesedihan ni, hamba dapati hamba rasa susah sedikit nak bercerita.. Isk2.. Sedihnya.. Kehidupan ni memang macam roda.. Isk2.. Ada masanya kita diguling- guling, ada masanya kita dibuat race, dan ada masanya kita dibuat macam roda impian. Sebenarnya saya bukan nak citer pasal roda.. Isk.. sedehnya.. jap.. nak lap air mata.. ok da ok.. Sambung kat perenggan bawah lak.. Saja nak banyakkan perenggan je.. iskk..

4. Kisahnya bermula dengan perintah paksaan bonda supaya hamba mengikut keluarga pergi port dickson utk menyertai family day anjuran pejabat bonda. Hamba bukan tidak berminat untuk menyertai family day, tetapi disebabkan tiada kawan2 yang sebaya atau awek cun yang turut serta menyebabkan hamba rasa malas nak pergi. So untuk mengelak kebosanan hamba pon mengajak semua kawan2 termasuk sahabat baik kita itu datang ke port dickson utk meneman hamba.. Maka sahabat baik kita ini telah memberi confirmation utk datang ke P.D.. Hamba pon berasa seronok la.. sbb ingt leh lari dari family day dan leh bersuka ria dengan sahabat2.. Arakian hamba terlalu berharap akan kedatangan sahabat kita ini, maka sebaik sahaja hamba sampai ke port dickson, hamba pon terus sms beliau.. Jawapan sms beliau? Tidak ada sepatah haram kerana beliau langsung tidak membalas sms. Bagaimanapon hamba cube memujuk hati hamba.. Mana la tau kalo tibe2 beliau membuat kejutan nanti.. Jeng2.. Hamba pon semakin berharap.. Bagaimanapun setelah 3 hari 2 malam hamba berada di Port Dickson, secubit bayang perot beliau pon hamba tak nampak.. Beta keciwa.. Pehh.. Takpe la..Sebenarnya hamba da agak.. Kalo membe kite ni plan, mesti tak jadi punya.. Kompem.. Ok bahan jap.. Ok sudah.. Maka hamba pon memendamlah luka perasaan yang lara ini sorang2..

5. Kemudian, seminggu selepas itu, hamba datang ke uniten untuk berjumpa sahabat baik kita ini. Alangkah terkejutnya hati hamba bile mengetahui bahawa beliau sudah pon pergi ke Port Dickson pada minggu sebelum itu.. Peh lukanya hati ini.. Hati ni.. Hancur luka di toreh oleh mu.. Hati ni.. Ok jap.. Cari lirik lagu sedeh2 jap..Then.. Alang2 da pecah rahsia, hamba pon cuba lg mengorek2.. Hasil dari korekan, hamba dapat tau jugak bahawa beliau telah pergi Genting Highland sebelum ini.. Adoi keciwanya.. Semasa beliau memberitahu kisah2 itu semua, sengaja hamba wat muka kool.. Ye la. Apa barang nanges depan laki.. Kalo depan awek takpe, dapat gak pelok2.. koakoa... So disebabkan skang ni beliau tidak ada depan hamba maka hamba pon menangis la sepuas2nya.. isk.. Sedehnya.. Buruk tol laki nanges kan? Nasib baik hamba ni citer je lebat.. saja je cite konon hamba sedeh sgt.. padahal hidung hamba just kuar hingus hijau je.. Tu pun sbb sejuk duk bawah aircond ni.. Bukan sebab sedeh sgt pasal mamat tu.. tak teringin hamba.. ptuih...

6. Hamba sedeh bukan kenapa.. tetapi.. ingatkah tuan hamba kisah dahulu? Kite penah berikrar mahu ke genting bersama2.. Arakian disebabkan yuran permainan genting terlalu mahal, maka terbantutlah niat kita untuk berjoli sakan di sana.. Sehingga skarang hamba tak pergi2 genting sbb tunggu kwn kite ni dapat cari yuran genting tu.. Sedeh beb.. Dulu makan sama2.. bile hamba balik keje.. tgk membe ni tdo.. hamba masak nasi, ayam goreng semua.. pastu kejut.. bangun2.. makan sama2.. gemuk sama2.. susah sama2.. lapar sama2.. makan sushi rahim sama2. tidur dengkur sama2.. aum2.. sedeh2.. Ed..ko jgn nanges2 lak kt umah akak ko tu.. tau benda ni sedeh gle.. tapi aku takot kang kakak ko marah sbb ko wat lantai umah kakak ko basah.. pastu nanti tuduh ko mimpi basah ke apa..pehh.. aku da banjir kt cn.. sedeh2.. pelok2.. ko jgn la raba2 aku.. geli weh.. lol..

7. Adapun sebelum ini hamba telah mendapat khabar angin bahawa dia pergi ke Port Dickson dan Genting Highland tanpa mengajak kita.Akhirnya terbukti ini bukanlah khabar angin semata-mata.. Kebanyakkannya khabar yang benar, kerana beliau sendiri tanpa sengaja telah membocorkan rahsia beliau sendiri. Maka angin yang ada itu hanyalah angin kentut beliau sahaja semasa beliau bercerita itu. Khabar ini amat mendukacitakan hamba kerana selama ini hamba menyangka beliau sentiasa mengutamakan persahabatan kita bertiga. Oh syahdunya hamba rasa..

8. Sekian sahaja surat hamba yang tak seberapa ini.. Saja je hamba bosan2 tulis surat kt tuan hamba.. Pastu bubuh bedak wangi byk2 supaya tuan hamba akan menyangka ada awek cun yang bagi surat ni kt tuan hamba.. koakao.. Ok la.. Hamba mahu berundur diri sebab da terlalu lama hamba membuat surat ini.. Nanti kantoi lak tak pergi sembahyang jumaat.. Bye..

Pecah kaca,
Pecah perot,
Sudah baca,
Janganlah asyik duk jamban je memerot..

Sekian terima kaseh..

Dari yang sebenar- benarnya dan tiada yang benar,

************konon2 aku sign la**************
...............................................
[Encik teri yang kacak dan jgn ko nafikan]

p/s- saja je nak bahan member.. hahaha.. jgn terasa lak.. huahuahau..
p/s2- sebenarnya saya rindu kawan2 uniten saya.. T_T

3 comments:

hackerzx said...

sedey..tahlaa

xoul said...

"Khabar ini amat mendukacitakan hamba kerana selama ini hamba menyangka beliau sentiasa mengutamakan persahabatan kita bertiga."

peh..3 org je..tapela..aku xpenting..

/me lari peluk mave

teRi said...

cam gay xoul.. haha