PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, February 18, 2009

Makan tengah hari yang menyeramkan!

Tengah hari tadi aku pergi menjamu selera di kedai makan yang terletak berdekatan dgn opis aku ni.. pehhh ramai gler org.. nasib baik aku dapat meja kosong.. pastu aku pon amik la nasi + lauk best2.. ayam kicap dgn ikan keli goreng je.. sdp2.. rm4.50 je.. air lak ais kosong sudah.. hoho.. sep sket.. aku cm biasa la.. makan sorang2.. mana ada awek.. hoh.. satu kelebihan makan sorang2 ni ialah ko leh makan dgn gelojoh.. haha.. sdp2.. tapi kelaka makcik kedai makan ni.. nasi da separuh aku makan tapi ais kosong yg aku order tak sampai2 lg.. adoi.. nak tercekik!

Tibe2.. "Awak.. bole tak kitaorg nak duk sini? ", pinta 2 org awek yg agak cun.. dem la.. ada awek nak makan sama2 lak.. rasa cm hensem lak aku ari ni.. haha.. meja semua da penuh.. tu dorg wat muka tak malu nak makan semeja dgn aku.. kemudian aku dengan bersuara ala2 jamal abdillah pon berkata,"Duduk la.. takpe2.. hehe.." Aku sengeh2 kerang busuk je..hehe.. Secara tiba- tiba awek tu cube membuat lawak splastik,"Jom kiteorg nak interview awak.. hikhik.. acah je.. hehe.. " Aku just sengeh2 je smbil berkata dalam hati, "Agak2 la nak wat lawak.. Gua ngah comot ni..hoh!"

Seminit kemudian, gua da makin tercekik.. dem la makcik kedai makan ni.. susah sgt ke nak wat ais kosong aku? aku cuba control ayu smbil makan dgn lemah lembut.. awek2 ni senyum2 dan bergelak ketawa sesama mereka.. Tibe2 salah sorg awek ni ajak aku berborak lak.. demit la.. tanya nak mcm2.. masa aku ngah sibuk penuhkan mulot aku ni dgn nasi ni la ko nak ajak berborak.. alamak! dia nak ajak speking.. sebelum dia sempat fasih berbahasa inggeris, aku terus pantas cantas percakapan dia dgn bahasa melayu aku yg dpt B3 masa SPM dulu.. fuh selamat.. ckp melayu sudah.. haha.. aku bukan tak paham.. cuma aku ckp pelat.. kompem kena gelak dgn awek2 ni nanti.. da la awek2 ni semua da keje.. muka sekor2 mcm ada pendidikan tinggi je.. aku? degree pon tak habis lagi.. hoh.

Aku semakin gelisah.. awek ni da start tanya benda2 yang agak personal hingga membuatkan aku rimas.. Aku cuba mengelak dgn memberi jawapan ala2 artis popular.. Fuhh.. nasib aku cukup baik kerana perbualan aku dengan beliau berjaya dihentikan dek kerana membe beliau itu cuba mengajak beliau berborak pasal hal kerja.. maka aku telah berjaya di ignore kan dan ini memberi kebebasan kepada aku untuk meneruskan perjalanan permakanan aku.. Thank GOD! hoho.. Aku memang akan failed kalo amik subjek berborak dgn awek.. lagi2 kalo bercerita tentang perkara2 yang berkaitan dgn kerjaya atau hal semasa.. bukan pe.. aku ni cuak nak lebeh.. gementar beb.. haha.. kalo setakat nak merapu tu, anytime la.. tapi disebabkan awek ni macam awek high class, aku cuba berhati-hati dalam percakapan agar tidak terkeluar perkataan2 yang berbaur kebodohan.. hoho..

Nasi, ayam dan ikan keli telah selamat masuk dalam perot aku tapi awek2 ni maseh rancak bersembang.. Tekak yang tercekik tadi, semakin mencekik.. Aku cube senyum high class depan awek2 ni sambil menunggu makcik kedai makan membawa ais kosong aku..

Ok ada benda lucu sket.. Aku baru perasan nasi yang aku makan tadi bersepah bawah pinggan.. haha. malu2.. cmne ni? takkan aku nak lap2 meja ni.. Perasaan ketidak-selesa-an semakin menambah pabila aku terasa perot aku semakin membuncit selepas makan tadi.. dem.. aku cuba control pernafasan jap.. fuhh.. baru mcm taff sket.. haha..

Seminit kemudian, di meja yang sama.. aku dapat merasakan yang diri aku ni semakin penyegan tak tentu pasal.. tibe2 muka nak merah sorang2.. adoi.. cmne nak blah ni? perlu ke aku bawak pinggan ni dan basuh kt belakang kedai makan ni utk cover kemaluan aku?? dem..

Seminit seterusnya aku da berada kt opis.. hoh! aku blah mcm tu je.. takde adab tatasusila langsung.. sepatutnya aku cakap,"Saya balik dulu eh?" pehh.. bapak pemalu gua ni.. nak cakap tapi lidah da terkucil giler tadi.. Seram tol aku td.. kan best kalo aku ni seseorang yang petah bercakap dgn awek? rugi tol.. mcm mana nak ayat awek ni.. dem! ok kelaka.. lupa nak basuh tangan pas makan tadi.. ok jamban jap.. bye..

nota kecik: ais kosong aku tetap tak sampai2.. T_T

8 comments:

odette said...

"lain kali bawak air sendiri kalau nk oder ais kosong je," kate makcik pembuat air kepada paparazi yg slalu mengekori terry ekekkeke

teRi said...

rupa2nya ko la makcik pembuat air tu! bak duit ais kosong saya, 20 sen! bagi balik!

xoul said...

haha..esok ko gi mkn dkt tepi2 pokok tuh..konfem tade awek nk dtg kaco..

odette said...

esok g makan pakai kacak2 ckit pure2 speeking skali barula mantap..jgn ko speeking tamil dh T_T

hackerzx said...

ko ckp cmni je.. "ni air kosong kne wat sndiri ke ni kuat2 skit"

sure awek tu "peh mamat ni taff gle ckp cmtu"

-Sifu Dr Love-

teRi said...

pehh.. semua membe gagah2 siot.. hahaha..
aku ni penyegan dowh.. depan korang leh la wat benda2 cmtu.. depan awek, tak dpt chek.. ketaq lutut ni... haha

odette said...

baru aku pasan patutla ko makan sepah2 sbb mase nk suap kat mulut mesti tgn ko ketaq2 kan? mcm parkinson hohohoh nk suap kat mulut tersuap kat telinge perhhhh kacak2

teRi said...

jangan sampai aku terlempang ko sambil parkinson.. koakaokao