PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Friday, November 13, 2009

Seringgit..



Habis kecoh kat belog gua. Semua orang paksa suruh gua sambung Cerita 60sen. Makcik nasi lemak depan rumah gua pon asyik desak gua sambung Cerita 60sen. Tu belom lagi campur desakan dari Pak Mail, Kamarulzaman, Azwan, Zulhilmi, Noor Aqilah, Paan Overrated, Jaja Shuib, Bubu253, Ridzuan Hashim dan Hashim Mustapha. Disebabkan gua terharu dengan sokongan moral dari korang, maka gua terus up dari Cerita 60 sen ke Cerita Seringgit. Amacam? Baik hati x gua? Kahkahkahkah..

********************************************

Hari ni gua pergi ke sekolah macam biasa. Naik bas sekolah macam biasa. Belajar macam biasa. Kena ngorat dengan makwe macam biasa. Masa tingkatan 2 ni saham gua ngah bergelojak. Maklum la time ni filem Kuch Kuch Hota Hei ngah popular maka secara tidak langsung populariti gua pon naik. Semua orang asyik tuduh gua ni Shahrukh khan. Apakes ntah? Penat gua tepis tuduhan-tuduhan tersebut. Lama-lama gua putus asa dan terima seadanya. Masa zaman kegemilangan ni, jangan kata makwe-makwe tingkatan 2, bahkan makwe-makwe tingkatan 3 pon sebok mengorat gua. Nasib baik dulu gua steady dan pemalu. Bila awek panggil gua suruh ajar math je, gua terus lari pecut.

Masa tingkatan 2, gua bersekolah petang. Dalam pukul 630petang gua dah habis sekolah dan secara separa automatik, gua terus bergerak ke kedai runcit depan sekolah. Dalam jalan-jalan tu, gua teringat yang gua tak belanja lagi duit seringgit yang mak bagi. Dan tiba-tiba tekak ni pandai pula nak rasa dahaga. Maka dengan berbekalkan duit seringgit tu, mata gua terus melilau mencari air tin.

Yes! Ada pun air coke idaman gua. Gua terus pergi kaunter. Letak air tin atas kaunter. Kemudian dengan yakinnya gua memasukkan tangan di dalam poket seluar dan mengeluarkan duit seringgit tersebut. Makcik kedai runcit tu tersengih manja. Gua pon sengih hensem.

"Air tin ni seringgit", jelas makcik tersebut.

"Nah", dengan bangga gua letak duit seringgit tu kat atas kaunter.

"Eh ko jangan main2!", tetiba makcik tu bernada serius.

Erk. Gua berasa terkejut dengan ayat makcik tersebut. Apa yang dimaksudkan oleh beliau? Tetibe gua terperasan yang duit kertas seringgit tu macam kaler putih. Gua amati betol-betol duit kertas seringgit tersebut. Gua tenyeh-tenyeh mata tanda tak percaya.

CIBAI!

Ni kertas kosong! Mana pergi duit seringgit gua? Gua terus lincah raba poket seluar gua. Ah macam mana duit seringgit ni bertukar jadi kertas puteh? Gua terus suspek gua kena santau.
Dan dengan pantas, gua terus keluar dari kedai runcit itu sambil menutup muka..

Gila Malu!!!







p/s- Gambar bawah ni sebagai bukti. Gua dah kata gua bukan Shahrukh Khan. Yang korang degil sangat apasal!




14 comments:

.rafiq. said...

lu mmg kcak. skg pun mantain kcak. jeles gua.

qishie said...

lu nak kena penyepak ke teri?

apehal nak up2 cerita?

mana cerita 60sen lu?

huhu..garang neh

Paan said...

Akhirnya lu berjaya menjadikan bantal gua sebagai tempat gua melepaskan amarah.

Cerita 60 sen la!!!!

Naik 40 sen lagi apahal?????

teRi said...

haha.

Cik_daya said...

wah2x.. ada iras biras SRK tu.. patut laa jadi rebutan kan

teRi said...

ok jum kawen. lol

xoul said...

pergh mcm legolas..skarang pun mcm legolas tp legolas lepas eksiden..wakaka

teRi said...

siot

Ikan_Pari@@ said...

Eh mane satu kamu hairi? yang kene dukung tu?

lyana said...

tuh ah..aku pun tertny cm pari ni ha..ko yg mna satu? huhuhu..kalo yg tgi tu gile kurus siuts..huhuhu.

teRi said...

kelaka. aku yg kurus tu la. adeh

kotakpensel said...

perhhhh macam shah rul man~ haahahahahahahha knl x?

kotakpensel said...

perhhhh macam shah rul man~ haahahahahahahha knl x?

teRi said...

kelaka azam. aku lempang kang. lol