PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, November 11, 2009

60sen

Hanya tinggal 60 sen dalam dompet Zulhilmi. Mana tidak kelam kabut beliau cuba melarikan diri. Risau tidak dapat pulang ke kampung dek dibelasah makcik-makcik kedai makan, maka beliau nekad marathon tanpa memakai seluar trackbottom. Tetapi dalam hati Zulhilmi tersemat satu azam untuk membayar kembali hutang tersebut pada suatu hari. Zulhilmi mengenggam tangan erat membuat muka 1Malaysia sambil berlari-lari anak ke arah stesen bas.

Marathon Zulhilmi tidak sampai ke Australia pon. Genap sahaja 20 meter, beliau terus pancit. Menyumpah-nyumpah di dalam hati. "Apasal la aku malas nak pegi gym bila teri ajak?" Sambil menahan senak di perot, beliau melihat jam. Ouh pasti bas sudah sampai, getus hati beliau.

Betul tekaan Zulhilmi. Bas yang dinantinya telah tiba. Tersenyum lebar beliau. Naik sahaja bas itu, Zulhilmi terus mencari-cari seat. "Ala. Single seat. Tak dapat la aku duduk sebelah awek Perlis", gerutus beliau sambil membuat muka masam rojak buah. Ah padahal bukan Zulhilmi taktau yang dia memang beli single seat. Tetapi sengaja penulis nak membahan Zulhilmi lebeh-lebeh. Keh keh keh keh. <-- gelak jahat penulis. Sebaik sahaja bas tersebut meninggalkan Kuala Lumpur, Zulhilmi terus terlena di dalam bas.

***********************************

Di sebuah rumah teres 2 tinggkat yang berhampiran dengan Bukit Belacan..

"Azwannnnnnnnnnnnn!! Bangun! Bangkit lekaihhhh!!!"

Senyap. Tiada yang menyahut.

Pintu bilik dibuka.

Tersadai sebuah badan yang kiut di atas lantai.

DUSHUM! bunyi terajang menjamah badan Azwan.

"ADOI!", jerit watak Azwan.

"Woi bangun. Teri da mai tu", tegas Boy kepada Azwan, adiknya si mamat tido mati yang memang takkan bangun kecuali diterajang pada perot comelnya.

"Kuang hajaq hang sepak perot comel aku!", berontak Azwan pada abangnya sambil membaling bantal Superman kepada anu abangnya itu.

Ternyata percaturan Azwan silap. Tidak sempat Azwan menyanyi lagu anak itik tokwi di dalam hati, people elbow dari abangnya singgah ke leher beliau. Diikuti chokeslam tepat ke jubor Azwan. Maka terjadilah suatu pergaduhan yang amat dahsyat dan meleleh.

Selang 3 minit, Azwan pon turun ke bawah dengan muka lebam dan tidak mandi.

"Azwan, camne projek kita cuti ni?", sapa Teri, hero kacak kita yang sudah lama menunggu Azwan di ruang tamu.

"Aku rasa kita kena tangguh projek kita ni sampai pertengahan sem depan la sebab....", jawab Azwan sambil cuba membuat muka misteri.

"Sebab apa?", balas Teri yang makin tak sabar.

"Sebab..........................."






Ok bersambung lagi..


(Kahkahkahkahkah)

6 comments:

Paan said...

Macam sial.

Seri said...

...

xoul said...

menunggu kemunculan watak edrie..lol

qishie said...

watak tu kena ubah sket.

lagi2 tang hero.
tolong letak yang benar2 kacak.
bukan fake

teRi said...

haha. jeles!

Ikan_Pari@@ said...

Tak pernah lak teman tau... Peoples Elbow orang tuju kat leher..