PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Sunday, November 1, 2009

Hari Pertama Peperiksaan Episod 2

Disebabkan ade 2 orang peminat merayu-rayu kepada saya supaya menyambung semula cerita yang tak habis tu, maka dengan bangganya saya mengumumkan bahawasanya saya akan menyambung cerita tesebut sekarang juga..

..........................................................


Hujan mula turun rintik2.. Ade gaya macam nak hujan lebat. Gua makin gelisah.. Jam menunjukkan lagi 5 minit hendak masuk pukol 9. Tetapi gua masih duduk di dalam umah. Camne ni? Exam pukol 9 pagi. Peloh jantan mula menitik. Gua mula panik. Tibe-tibe gua membuat senaman memanaskan badan.. Push up 10 kali. Sit up 20 kali. Ok badan da panas.

Dalam tempoh 0.89 saat, gua dah memecut di atas jalan raya. gua da nekad nak redah je berlari ke UNITEN. Gua taktau betol ke tak tindakan gua ni. Gua da tak peduli apa nak jadi. Yang gua tau gua rasa macam nak menanges sambil terkencing dalam seluar kerana gua bakal terlepas peperiksaan pada pagi itu. Jarak rumah gua dengan UNITEN ada dalam 12kilometer persegi. Gua cuba hisab masa yang perlu diperlukan untuk sampai ke UNITEN tapi malangnya asas-asas logik dalam akal gua tidak berfungsi.

Agak-agak dalam 400 meter, mata gua macam berpinar2. Gua mula nampak bulan dan bintang di pagi hari. Gua dapat rasa isi-isi dalam perot gua macam berlumba nak keluar. Shit! Rasa macam nak pitam. Gila kot. Da 2 tahun tak jogging, pastu tetibe gua terus masuk lari merentas desa. Mana bole handel. Gua suspek Usain Bolt pon boleh muntah nuget kalo cuba kaedah larian gua ni. Gua cuba perlahankan gerak langkah supaya selari dengan metabolisme dan tenaga gua. Gua atur langkah baik punya. Ala-ala slow motion gitu. Kebetulan time-time pagi camni, taik anjing memang subur. Baru melepas ke pe. Stress lak gua tengok taik-taik ni. Bersepah-sepah! Mata gua mula melilau cari taik anjing. Takot gila kalo terpijak.. Mana sempat nak mandi hadas besar. Eh. silap. Mana sempat nak mandi air tanah time2 cmni.

Sedang mata gua melilau tengok taik anjing yang bersepah-sepah, tiba-tiba..

Oiiiiiiiiiii!!!





alamak! citer ni bersambung lagi la!

2 comments:

Azie said...

salam ziarah..

skt perut sy gelak bce cte nih..hahaha
dah la tgh2 tension exm, bley la release jap..
erm..but xpuas ht cuz xde ending.. T_T

teRi said...

cik kak kena byk bsabar eh. hehe