PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, November 9, 2009

Cuti Semester..

Bunyi hon bas berleluasa. Orang ramai berpusu-pusu. Pada hujung minggu memang macam inilah suasana di stesen bas. Bising dan sibuk. Kelihatan seorang lelaki yang memakai cermin mata, duduk bercangkung di atas lantai. Sudah 2 purnama Zulhilmi tidak pulang ke kampung halaman. Beliau terlalu sibuk dengan pelajaran sehingga terlupa keluarga, ayam, itik dan makwe berambut panjang di kampung halaman. Akan tetapi, Zulhilmi sedar. Tanpa keluarga di kampung, siapalah dia. Hanya seorang budak kampung memakai cermin mata sahaja. Di sebalik kesedaran itu, beliau nekad untuk pulang ke kampung selama 3 minggu, selari dengan cuti semester tempat beliau menuntut ilmu.

Zulhilmi semakin resah. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.55 malam. Bas yang dinanti-nanti, tak kunjung tiba. Sepatutnya bas sudah sampai pada pukul 9.45malam jika mengikut jadual. Menurut falsafah matematik, bas tersebut sudah terlambat 10 minit. Dengan muka yang malas, Zulhilmi pergi ke sebuah kaunter untuk bertanya.

"Kak, bila bas nak ke Perlis ni sampai?"

"Maaflah adik, ini kaunter jamban. Kalo adik nak tanya pasal kenapa jamban rosak, boleh la akak bagitau kenapa. Tapi kalo adek nak tanya pasal bas, akak syorkan adik pergi bertanya dekat kaunter bas di depan sana.", tunjuk akak tersebut pada sebuah booth yang terletak 4 meter dari kaunter jamban tersebut.

"Erk. Maaf akak. Saya bukan orang Kuala Lumpur. Tak biasa lagi dengan tempat ini. Maaf ya".

Muka Zulhilmi merah menahan malu. Perlahan-lahan dia ke kaunter bas dan bertanya soalan yang sama. Jawapan yang diterima cukup menghampakan. Bas tersebut terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan berkemungkinan tiba lewat lagi 20 minit.

Lantaran kebosanan, Zulhilmi merayau-rayau ke kedai makan. Dek tergoda dengan keayuan makcik-makcik kedai makan, Zulhilmi terpesan mee goreng basah berserta air kegemaran beliau, teh ais. Sementara menunggu mee goreng siap, beliau menghantar sms kepada salah seorang kawan baik beliau..

"Teri, ko ngah watpe?"

Beep! Bunyi sms dibalas.

"Sapa ni? Tak knal la."

Air mata Zulhilmi menitik.

Mee goreng sudah tinggal separuh. Sudu dan garfu tersusun elok di tepi pinggan. Sudah menjadi fitrah Zulhilmi tidak pandai menggunakan sudu dan garfu. Beliau hanya reti makan menggunakan tangan. Tak dapat dibayangkan bagaimana beliau makan Ais Batu Campur dengan tangan. Pasti buruk rupanya.

Sedang enak Zulhilmi menjamu selera, tetiba beliau teringat sesuatu.. Dengan panik, beliau terus melompat meja makan tersebut lalu tersepak pinggan mee goreng tersebut. Zulhilmi jatuh tergolek. Gaya lagaknya persis Pak Pandir. Kedengaran gelak tawa yang sumbang sekeliling kedai makan itu. Tapi Zulhilmi tidak peduli, beliau terus bangun dan berlari! Dari jauh, makcik kedai makan menjerit!

"Woi, bayar dulu makan ni!!"


bersambung..

9 comments:

Paan said...

Habiskan betul2 la setan!

teRi said...

hak hak hak!

Anonymous said...

haha..watak utama xoul

sya said...

suke sambung2!!
menyampah tol!!
grrrr..
(terlebih emo :D )

teRi said...

haha. :P

white amanda said...

mcm haram..cte sebelum nie pun trtunggak!!

ko nie msti mamat kaki tunggak bil air,bil api, bil tpon,hah lg 1 bil kdai mkn mkcik timah!!

hakhak

teRi said...

haha

xoul said...

peh..nama zulhilmi mmg dh common skang..watak utama novel ko pun nama zulhilmi gak..

teRi said...

kebetulan je semua ni. huh