PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, November 2, 2009

Kena Denda..

Alamak! Gua datang lambat lagi hari ni. Kena tulis nama skali lagi. Masuk kali ni da 7 kali gua tulis nama dalam buku 555 pengawas. Tensi tol. Nasib baik awek-awek pengawas kat sekolah gua ni cun. Dapat gak la gua praktikkan skill nak bagi nama kt awek. " Hi, nama saya mohd shahairri, shin alip ha alip ya ra ya. jangan silap lak. Darjah 5 anggerik.", sengeh gua dengan harapan agar awek pengawas tu hafal nama dan muka gua.

Selepas gua tak dilayan oleh awek pengawas tersebut, gua terus bergegas ke tapak perhimpunan. Gila ramai orang. Ok mmg la ramai. Kata ade perhimpunan setiap pagi. Gua terus cari port nak berdiri. Disebabkan gua ni agak tinggi, gua lepak belakang dgn fikri, mamat yang baru je mencabuli penjanjian kami untuk hidup bujang sampai mati. Baru 2 hari wat perjanjian, terus ada awek ayat dia. Cibai btol. Rasa nak lempang je. Tapi tak jadi sebab fikri ni boleh tahan taff. Gua pulak kurus kering. Terus buat gua termenung. Fikri memang hensem. Gua pon bukan calang-calang hensem. Dengan rambut belah tengah gua, Gua telah mendapat sambutan hangat dari membe-membe kelas selama 2 minggu. Mau tak kecoh, time tu orang lain maseh setia dengan rambot belah tepi zaman 60-an dan rambot jenis dawai malas disikat. "peh rambot belah tengah siot!", ujar membe-membe yang jeles. Time tu rambot belah tengah memang top sebab ada kaitan dengan kehenseman david beckham. Tetapi apasal takde sekor awek pon yang ayat gua?? Huh! Mayb sebab gua ni david beckham versi gelap kot. Ah abaikan!

Suasana kat tapak perhimpunan riuh rendah. Ketua pengawas naik ke atas pentas dan memberi arahan agar semua senyap. Kitaorang beransur-ansur senyap walaupon masih ada lagi suara-suara sumbang taknak berhenti mengumpat di barisan budak perempuan. Fikri lak cuba betolkan spende. Cibai. Masa ni la nak betolkan. Rosak mata gua pagi-pagi ni. Ketika gua sedang memaki fikri dalam hati, guru besar dan cikgu-cikgu lain baru sampai dan terus amik port masing-masing. Secara automatik, kami semua berdiri dengan gaya megah dan tegap. Lagu negaraku pon berkumandang dan kami mula menyanyi. Sambil menyanyi, fikri cuit-cuit perot gua. Gua macam hangin gak. Fikri datang dekat dan berbisik sesuatu kat telinga gua. Gua sengeh-sengeh. Gua pon balas balik dengan berbisik sesuatu kat telinga fikri. Gua dengan fikri semakin rancak berbisik sambil tersengeh di kala semua orang sibuk menyanyi lagu Negaraku.

Habis lagu negaraku, guru-guru dan semua murid pon duduk. Tiba-tiba guru besar bangun semula dan terus datang ke tempat gua. Gua dah panik. Apa kes? Pasal gua selalu datang lambat ke? Beliau meminta supaya gua dengan fikri naik ke atas pentas. Gua da berpeloh jantan. Fikri pula sudah basah lecun dilanda peloh maknyah.

Sampai je kat atas pentas,

Guru besar terus bertanya,
"Awak bual apa tadi dengan kawan awak semasa menyanyi lagu negaraku?".

Gua cuba passing soalan tu pada fikri. Tapi fikri berlakon buat-buat baru nak blaja bahasa manusia. Tibe- tibe jadi gagap. Hampeh tol mamat ni.. Maka gua dengan penuh gaya anak jantan, cuba menjawab soalan yang mencabar tersebut.

"Err.. saya cerita dengan dia pasal camne superman terbang dalam tv malam tadi..",
jelas gua sambil cuba membuat gaya superman terbang dan fikri cuba membantu dengan membuat muka lois lane @ awek superman..






Dan selepas itu, sejarah menjadi saksi apabila julung-julung kalinya dua orang murid sekolah rendah telah dikerah menyanyi lagu negaraku secara berduet sambil disaksikan oleh ribuan manusia sebagai denda mandatori.




Sumpah! Malu gila!!



p/s- bila tengok citer superman, mesti aku teringt kisah ni. hehe. lawak gak. tapi aku tak penah simpan dendam kat guru besar tu sbb aku tau mmg salah kiteorg. huhu. tambahan pula, anak-anak dia semua cun. kehkehkeh. ouh guru besar yatim bin dolir. mana perginya anak-anak gadis kamu skang? lol