PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Saturday, May 15, 2010

Rahsia Di Sebalik Remote Astro PART 1


Pagi tadi gua pergi Warta dekat Bangi. Warta ni lebeh kurang macam Alamanda kat Putrajaya. Ada wayang, karaoke, pusat beli belah dan bermacam-macam lagi kedai yang menipu darjah dan bentuk modal intelek yang mempengaruhi amalan perakaunan manusia. Tapi bezanya Alamanda dengan Warta ni satu je. Nak tau apa? Ok malas nak bagitau.

Tujuan gua datang ni satu je. Nak tukar balik remote ASTRO yang gua baru beli hari tu. Dah la harga dia mahal gile babi pastu bila nak guna, tak boleh plak. Panas la ati gua. Tak pepasal kena datang balik. Membazir minyak kereta gua! @$#$%^*!!!

Yang paling gua menyirap limau, masa beli hari tu, gua cuba nak test remote tu dulu tapi dorang tak bagi test lak. Dorang cakap, kalo rosak, boleh datang tukar balik. Gua malas nak bertekak panjang. Bini pon da sebok sms suh balik kasi nafkah batin. Pas gua bayar, terus gua gerak balik rumah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Selesai menunaikan hajat, gua terus test remote tu. CILAKA. Tak jadi pe. Gua cuba salahkan bateri. Selepas puas memaki bateri, gua pegi 7 Eleven, untuk beli bateri baru. Habis dalam rm10 gak la. Tapi tetap tak jadi pe. Memang gua hangen satu badan. Tambah hangen, mak gua lak bebel-bebel kata gua tak pandai beli barang. Ok gua memang berdendam dengan orang Warta kali ni. Tak pasal-pasal gua kena datang balik untuk tukar balik remote tu. Grrrrrrrrrr!

Sampai-sampai je kat Warta tu, gua terus tendang meja kaunter cashier Warta tu. Terkejut semua orang kat situ. Gua buat muka langsi. Ada budak-budak kecik menjerit terkejutanberuk. Menanges tak henti-henti. Serigala duk menyalak macam nampak hantu Neng Nak. Makcik-makcik kat situ pulak semuanya meraung-raung. Gua wat tak paham je. Malas nak memujuk. Pastu datang 4,5 orang pakcik polis cuba nak tahan gua. Tapi bila gua selak zip seluar gua, kasi nampak pisau Rambo, dorang terus berundur. Gua buat muka ganas. Tiba-tiba petir sabung menyabung.




Bersambung..


.

3 comments:

Aidi-Safuan said...

kau ada bini ke?

otak ketat said...

bajet intermission ah? haha. warta dah lama berkubur woy. bintang! bintang! kah kah kah. oh aku tahu beza antara alamanda dgn bintang. bintang tade vincci. haha.

teRi said...

aidi: kamu anggap je ade bini. baru mcm best sket gaya penulisan teman. lol

otak ketat: haha. tau da tukar nama. tapi nama bintang ni xfamous la. dorang still panggil warta. huhu. lgpon ade bintang kt seksyen 7, so wat cmni utk bezakan warta dgn bintang seksyen 7. hehehe. kedai vincci? ok aku xpenah tau ade kedai nama tu. wkakakaka