PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, May 19, 2010

Lu Orang Ingat Senang Ke Nak Jadi Artis Macam Gua?




Dalam 2, 3 hari lepas, gua baca suratkhabar Mingguan. Semuanya kisah artis nak bercerai. Mak gua da bebel-bebel. Gua wat bodo je. Bagi gua semua ni lumrah dunia. Tak kisah la awak artis ke, nelayan ke, pemain bolasepak ke, kalo awak tak pandai jaga rumah tangga awak elok2, kompem akan ada masalah.

Gua paling meluat bila ada orang nak salahkan pihak lelaki 100%. Padahal yang tuduh ni, taktau kisah pon. Dah la pihak perempuan suka sangat ngadu macam2 kat media. Kata nafkah zahir tak cukup la. Aksi di ranjang tak mencapai durasi 30 saat la. Pastu orang luar yang dengar cerita-cerita dari sebelah pihak perempuan ni akan terus saja meletakkan kesalahan pada lelaki tanpa berhenti di mana-mana hentian RnR. Ini bukan sahaja mengaibkan pihak suami, malahan memalukan diri sendiri dan juga menjatuhkan martabat wanita. Apa benda duk cite2 pasal hal dalam kelambu kat media? Setel dalam mahkamah sudah. Ntah2 terus berdamai selepas balik rumah beraksi malam pertama.

Biasanya orang hanya dengar luahan dari seorang isteri tapi pernahkah korang dengar luahan dari seorang suami? Ingat dia tak penat ke nak layan isteri yang perangai macam-macam? Nak itu la, ini la. Ntah-ntah gadoh sebab suami dia tak beli langsir umah je. Lupa nak beli belacan? Lupa nak mainkan game Farmville di Facebook?? Mana kita tau? Yang gua tau, ketika orang perempuan tengah marah, mereka akan mudah melatah dan mengeluarkan perkataan itu secara percuma.

Gua sangat menghormati perempuan yang sanggup bersabar dengan karenah suami dan bkerja keras memelihara rumahtangga beliau. Orang macam ni takkan mudah melafazkan permintaan cerai dengan sewenang wenangnya. Biasanya dia akan cuba bertahan sedaya upaya. Dan bila macam dia memang dah tak tahan, baru dia give up. Dan bila nak mintak cerai pon kool je, tak kecoh2 kat media prima. Dia hanya nak setel cepat2 pastu bina balik kehidupan baru dan hidup aman damai tanpa susahkan sapa-sapa. Yang ni, memang gua sapot la kalo nak bercerai. Better bercerai dan start new life. Dunia tak kiamat tanpa suami atau lelaki. Dan perempuan camni akan jadi kegilaan lelaki-lelaki serigala di luar sana. Ok bahan lelaki nak over. Wakakakaka. Mampuslah. Lelaki memang gatal. OK FULLSTOP!

Dan sebagai seksyen tambahan, gua tak nafikan ada yang suami yang sememangnya menjadi punca kepada keretakan rumah tangga dek mempunyai perangai buruk yang macam lebeh kurang seekor babi kuat menyondol pokok pisang lalu mengawan dengan pokok ubi. Malah memang ramai lelaki yang macam tu. Ok persetankan lelaki yang bodoh macam tu sebab masih ade berjuta lagi lelaki-lelaki baik yang single macam gua yang tetap akan menjaga makwe atau bakal bini dengan sebaik-baiknya tanpa menyebut perkataan cerai sewenang-wenangnya. Ok terpromote diri sendiri lak. lol

Tapi bagi gua, semuanya sudah terang bersuluh. Semua orang ada kesilapan masing-masing. Tak perlu kita saling menuding jari antara satu sama lain untuk mengelak dari mengaku kesilapan sendiri. Apa yang perlu kita buat adalah sedari kesilapan kita dan perbaiki balik kerosakan yang telah kita buat pastu make up cantik-cantik kasi laki sonok bila malam pertama menjelma. Kalau anda sayangkan keluarga anda, buat yang terbaik untuk mereka! Jangan biarkan anak-anak kita menderita tak makan kfc selama 14 hari. Sekian syarahan percuma dari Dr Teri Mohd Shahairri yang didatangkan khas dari Jerusalem. Wasalam.


Pesanan penaja:
Ingatlah orang yang tersayang ketika memandu.

6 comments:

otak ketat said...

tak jiwang pn! apsal nak guna font kecek plak! haha. tetbe tak puas hati. arr aku rasa betul lah apa kau taip neh. patutnya kalau dah jd suami isteri tuh, kena la bertolak ansur. selagi boleh bincang, bincang leklok kan. heh. nak komen lebih tareti ah. aku pn lom kawen. apa pn, kurgkn mkn kfc kt warta sbb kebersihannya agak kurg terjamin. haha.

teRi said...

kelaka warta kena jugak. hahaha. ko blaja mana wei? ukm ke pe?

Jazica Albek said...

like! ;)

otak ketat said...

bukan. rumah aku kt bangi. haha.

teRi said...

ceh. umah aku pon bangi. ntah2 kita jiran. aku duk jalan 3/12. ko?

otak ketat said...

haha. mungkin lah. kau ank macik temah ke? haha