PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Thursday, October 1, 2009

Rindu kat abah..

Rindu kt arwah abah. Dulu setiap hari org picit abah. Selama 15 tahun tangan ni sentuh dan urut badan abah tapi mulai hari ni orang takkan dapat picit abah dah. Semalam adalah hari terakhir, orang dapat sentuh abah, dapat cium abah, dapat tengok abah.

Lepas ni da takde orang nak tanya pasal along. Takde orang kisah pasal exam along. xde orang kisah pasal hidup along. Lepas ni da takde orang suh along beli rokok. Takde orang ajak along supaya pegi temankan ke hospital. Xkan ade org nak marah along. Xde orang nak awasi along da. xde org nak kol along setiap hari. Bila naik kereta, abah da takde sebelah. biasanya abah ada. Abah sakit camne pon mesti ada sebelah along. abah mesti panggil along nak buat keje apa pon. Nak pergi mana2 mesti abah nak along ada. nanti kt meja makan, abah da takde. Da takde orang nak makan budu. Xde orang nak makan laksam. Da xde orang nak makan nasi berlauk. da xde orang nak makan ikan kukus. da takde orang nak makan bubur. orang rindu abah. rindu sangat. Abah slalu ada dalam hidup kiteorang semua. Selalu ada dalam bayang2 hidup kiteorang.

Abah ada lagi kan? Orang tau abah ada lagi. Ada dalam hati along. Along nampak abah tdo. Along dengar lagi suara abah. Abah, along akan cuba tunaikan semua permintaan abah. Minta maaf banyak2 sbb abah tak sempat tengok along berjaya.. Tak sempat tengok along dapatkan ijazah. along tak sempat nak sara abah. Tak sempat nak belanja abah. Tak sempat nak minta maaf dgn abah. Along banyak wat dosa dgn abah. Along banyak susahkan abah. Maafkan along.

Along taktau yang hari ahad tu hari terakhir along dapat tengok abah. Along tak sempat jaga abah kt wad sebab along ada test hari selasa tu.Along xtau semua ni akan jadi camni. Sepatotnya hari rabu tu, along pergi wad untuk jaga abah. Tapi along tak sempat.

Along sayang sangat abah.. sayang sangat. Even along anak sulung tapi along la paling manja dengan abah. Abah, orang rindu abah. Rindu. Paling rindu kt abah. Orang tak sanggup tengok abah semalam. Orang nampak macam abah ngah tdo lagi. Dunia ni semua sementara je kan abah? Kita jumpa lagi kat akhirat sana. Orang akan ingat dan sayang abah sampai bila-bila. Dari kecik sampai skang, abah je la idola along. Terima kasih abah sebab jaga along selama ni. Along xdapat bagi pape. Along cuma dapat doakan abah je. Abah, along sayang sangat kat abah!!


p/s- Pada 30 september 2009, hari rabu, arwah abah saya telah meninggal dunia kerana serangan jantung. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan bandar baru bangi, sungai tangkas, bandar baru bangi, selangor. Semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

AL FATIHAH

23 comments:

.rafiq. said...

sebak aku baca entri ni. tabah ye teri. banyakkan berdoa dan bersedekah untuk arwah. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.

Budak Panjang said...

lu make sure lu berjaya. jadikan pengalaman lu yg byk sblum2 ni sebagai pengajaran. jangan byk sangat main sampai x ingat belajar oke. lu dah jadi leader dalam family lu. gua doakan lu berjaya and al-fatihah utk abah lu. good luck beb

sya said...

berjurai2 air mate bace entri kali ni..(siries)

ALFATIHAH.... =(

qishie said...

alfatihah..


keep on praying for ur dad.semoga beliau ditempatkan bersama2 orang yang beriman

intan.maisarah said...

abang teri...^^

life must go on..

byk byk doa untuk arwah..

doa agar die ditempatkan ke orang yang beriman..

study kuat kuat.!!

sekarang anda anak sulung selaku ketua keluarga..

moga anda sentiasa kuat.tabah.redha.and cekal..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara ko nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...

doa anak yang soleh yang sangat2 arwah ayah kau perlukan sekarang.. Tu cara kau nak sara dia sampai bile-bile..insyaallah..

Nas said...
This comment has been removed by the author.
Nas said...

eerr...sori..kom aku gile.. T_T

Aidi-Safuan said...

AL-FATIHAH

sori teri.gua lambat dapat berita nih.

p/s: sampai 10 bijik komen di post oleh NAS. :p

lyana said...

teri,

suatu hari nnti kita smua akan pergi, Allah lebih menyayangi abah teri so kau kena redha dgn pemergian die.aku bole rasakan kehilangan perit ni..apa yg paling penting sekarang, kau kena usahakan supaya kau berjaya habiskan stdy dan dpt kerja yg bgus utk membela orang yg masih di dunia ni iaitu ibu dan adik yg lain..peranan ALONG sgt besar, sekarang kau adalah abah dlm family kau sekarang.tabah hadapi segalanya.kitaorang kwn-kwn semua support kau..

kuatkan semangat ok! i wish u all the best dude..

cikyin said...

teri,
harap sabar, tabah, redha dgn kehilangan ini ye.
walaupun tak penah bersua, tp tumpang terasa kehilangan tersbut.
i knew, ayah teri mesti cukup bangga dgn teri selama ni, anak sulung yg selalu bahgia dan gembirakan dia. yg selalu bersama dgn dia, yg selalu gurau senda dgn dia. dia pasti tau teri takkan kecewakan dia. doakan ketenangan dia di sana ok.
so be strong dik. sbg anak sulung, skrg ni tanggungjawab sbg ketua keluarga pulak kan. so hv to be strong. teri ade kekawan dan other famili yg akan slalu support teri dlm apa jua keadaan ok.

al Fatihah.

semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

AkuAyie said...

al fatihah...

sebak baca entri ni.

walaupun tak sempat nak tunjukkan pada arwah kejayaan ang, tp aku pasti sgt2 yg arwah memang bangga dapat ank cm ang.. :)

akuxbiadab said...

sabar bro...
sori gua dapat dtg umah lu sehari jer...gua time2 nie plak nak sakit teruk...nti gua dah oke gua jumpe lu oke..tc bro...kalo ader ape2 call gua suda...

Seri said...

sedih.. for you. life is like that...