PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, October 28, 2009

Panggilan Dari Balai Polis..

Kisah ini berlaku pada dua tahun yang lepas.. Macam biasa, gua memang kaki keluar setiap malam. Bukan g kelabbing pon. Just hang out dengan kawan2 je. Lepak sana sini. Usya bapok kt Lorong Haji Taib ke. Pegi skodeng gay kat Tasik Permaisuri ke. Ok korang jangan salah anggap. Gua bukan gay atau nyah ok? Plssss mak tak rela tau~~ Auwwwww.. Hahahahah. Takde la. Saja je wat keje bodo sket. Bosan la duk uniten. Takde life langsung. At least kalo g KL, dapat tengok gelagat manusia yang macam-macam ragam. Lagipon pada waktu malam macam ni la KL hidup! Yeah!

Aku balik rumah dalam pukol 6 pagi. Padahal pukol 8 pagi tu gua ada community service lak kat UNITEN. Untuk pengetahuan korang, sesapa yang amik subjek agama diwajibkan membuat community service ni. Dan pada sem tersebut, kami telah ditugaskan untuk cat pagar masjid. Community service start kul 8 pagi. Setelah gua hisab2 masa, gua rasa macam sempat lagi nak tido kejap. Gua da tak tahan sebenarnya. Gile tak tido satu malam. Mata pon leh bukak separuh je. Ngantok gile. Dapat tdo sejam pon jadi la. Ok tdo kejap!

Gua celik mata.. DEM!! dah kol 12 tengahhari! Siot la! Tido mati plak gua! Ok mampus gua. Da la banyak markah untuk community service tu. 10/100 ke pe.. Dem! Ok bawak bertenang. Gua mesti rileks. 10 markah je. Gua mesti score eseimen lain dan juga final. Busuk2 pon gua leh dapat B. Yeah!! Ok sambung tdo balik. ZZZZZ


Dan sebulan kemudian..

truttt... truttt... (bunyi tepon rumah aku)

aku: Helo.
encik: Helo bole bercakap dengan Mohd Shahairri?
aku: Sedang bercakap. sapa ni?
encik: Saya dari balai polis. (sambil wat sore garau)
aku: Erk.. (asal gua macam knal je sore org tua ni)
encik: Saya nak tanya, hari tu awak ada pergi community service tak?
aku: Erk. Tak pegi.. (pekes tetibe polis nak tau aku g community service ke x?)
encik: Betol awak tak pergi?
aku: A'ah tak pegi.
encik: Asal awak tak pegi?
aku: Erk saya tertido..
encik: Ok terima kasih di atas kerjasama awak.
aku: Sama-sama
encik: Oh lupa nak bagitau. Sebenarnya saya Ustaz Adnan, lecturer subjek Agama awak.
aku: CEH!!

WHAT THE FUN!!! Patot la suara macam kenal je! Siot je! Bole plak orang tua ni nyamar dari balai polis. Adoi. Takleh blah btol. Lantak la. Abaikan suda. Ahh! Mana tau disebabkan gua jujur tadi, Ustaz Adnan pon bagi markah kejujuran ke. Sapa tau? Kata subjek AGAMA. Oyeaaaah!!



Hari result keluar..

Result: Gagal subjek agama.

Perasaan: @#$%&!!!!!!!

Moral of the story: Sila jangan malas.. hahaha

3 comments:

.rafiq. said...

Memang betul kot ustat tu dekat balai polis. beli cendol dekat-dekat balai tu.hehe

.ella ainnadjla. said...

hahahahah...
oppsss hanya mampu gelak..

ekaz said...

hahaha!!!
padan muka kamu!!!