PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, June 9, 2010

Today is my birthday but I'm not happy.


Banyak sangat masalah yang dihimpun. Banyak sangat ujian yang mendatang. Masa depan yang sangat mengaburi. Aku cuba buat-buat gembira tapi hanya separuh mampu. Yang pasti ku cuma mampu taip 'hahaha' sebagai alas. Hakikatnya, tiada siapa tau isi hati ini. Terlalu banyak yang bermain di minda.

Kebetulan, ini 1st birthday ku tanpa arwah abah. Jarang amat aku menyambut hari kelahiran tapi malam ini aku sangat rindukan abah. Selalunya semua benda dalam kawalan abah, tapi sekarang semuanya menjadi tanggungjawab sendiri. Bukannya aku tidak pernah hidup berdikari, tidaknya aku takot dengan realiti kehidupan, kalau tidak, masakan aku boleh hidup di perantauan orang pada suatu masa dahulu. Akan tetapi pabila abah sudah tiada, rasa seolah olah tiang kekuatan ku longgar. Diibaratkan payung ku bocor, baju ku carik. Seolah-olah ada sahaja yang tidak kena. Bukan niat ku meletakkan kehilangan arwah abah sebagai punca kenapa kehidupan ku jadi begini, aku cuma terlalu rindukan dia.

Dan menjadi kelaziman pabila mempunyai masalah, aku akan slalu buat-buat lupa. Cuba lelapkan mata untuk hilang memori sebentar. Ku ketahui ia tidak akan dapat selesaikan apa-apa tapi sedikit sebanyak dapat mengurangi berat beban yang ku pikul ini buat seketika. Aku cuba pengaruhi minda ku bahawasanya semua masalah ini boleh diselesaikan dan semuanya akan kembali pulih sedia kala. Aku rindu semuanya. Sentiasa ingin masa dapat diputar seperti roda. Tapi semuanya mimpi. Dan aku akan cuba untuk gembira. Cuba tersenyum. Cuba hadapi semua ini dengan gagah. Dan tolong doakan supaya semuanya akan jadi ok.


Rindu arwah abah. Al Fatihah.













chat dgn awk,
wat sy hepi.

7 comments:

.ella ainnadjla. said...

selamat hati mentua kan diri...=)

Bintang Hati said...

happy birthday..
may all ur wishes come true...
smoga awk tabah mhadapi ari2 yg mdtg...
al fatihah gak tuk arwah abah awk..

Asiah Termizi said...

selamat hari lahir Teri. jangan sedih-sedih tau. abah mesti tak suka kalau awak sedih-sedih. hehehe. Al-fatihah untuk abah.

-xoul- said...

peh ayat macam ahadiat akasyah..cepat buat novel serious..

otak ketat said...

selamat hari lahir! al-fatihah. semoga arwah ayah kau tenang di sana. kita yg masih hidup hanya mampu berdoa dan sedekahkan yassin utk mereka yg dh pergi.

kk said...

happy birthdayy:) first time datang sini heheh

dan juga al fatihah utk arwah..teguh kan hati ye:)

Syahid said...

hepi or tak hepi...hepi belated besday..