PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, June 16, 2010

Punca Keruntuhan Akhlak Makcik-Makcik Zaman Sekarang



Minggu lepas aku balik kampung kat Terengganu, Perancis. Macam biasa gua mesti jadi driver. Selamba je 6 jam drive sorang-sorang. Tu pon malas nak laju. Adik kat belakang bising bila meter cecah 1400km/jam. Bosan betol.

Saja je balik kampung. Tu pon takde plan. Semuanya spontan. Aku main sauk je baju dengan seluar. Pastu aku bole salah amik seluar adek aku lak kan? Taknak singkat lak. Tak pasal-pasal pakai kain pelikat je lepak Burger King. Ah korang ingat kampung aku takde Berger King ke? Ingat tak maju ke? Rumah tok aku ada 2 bijik astro tau tak? Huh.

Ingatkan bila balik kampung ni boleh lepak dengan tenang la kat kampung yang bebas dari gejala internet yang tak sihat tu sambil naik helikopter pusing-pusing Eiffel Tower kat sana tapi semua itu tidak berlaku! Sebaliknya bertambah serabut. Korang tau soalan apa yang makcik aku tanya masa mula-mula aku masuk rumah? "Along ada facebook tak? Nak add ni".




Gua macam rasa nak halimunan secara tiba-tiba. Kalo kehidupan ini adalah button 'invisible' , gua da tekan 12 kali. Saja nak bagi button tu punoh. Ntah dari planet mana pulak tiba tiba makcik-makcik ni reti main facebook lak. Gelepor aku buat-buat buta IT. Aku siap tanya facebook tu untuk apa? Selamba je makcik aku cakap, "Senang nak cari makwe. Semua ada dalam tu. Pilih je". Gua rasa macam nak nyorok belakang pokok kelapa sawit je masa tu.

Haih facebook. Ko memang bakal menyusahkan aku. Mati la aku bila orang kampung aku tau aku ada facebook. Kantoi la semua benda. Kantoi la banyak makwe. ZZZZZZZZZZ.


P/S- Naseb baik makcik2 dengan sepupu2 aku xpandai eja nama btol aku. Kalo tak, kantoi fb aku. Muahahahhaa. Ok kalo kantoi fb, maknanya kantoi blog gak. Demit! Ok g block fb dorang jap.

3 comments:

.ella ainnadjla. said...

blik trg bukan nk cakap..

teRi said...

err. balik mengejut. kalo ade no hp ella. da lama sms. :P

khadijah said...

klu sepupu tau ape salahnye. sedara kan kene ada silaturahim