PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, March 23, 2010

Sambungan panaihhh..



Sambungan dari entri panaihhhh

Tetibe..




Gua ternampak sebungkus nasi kerabu di atas meja. Layan gak. Da lama gua tak lahap nasi kerabu ni. Selesai sarapan, gua usya jam dinding. Dem! Dah pukol 12 tengah hari rupa-rupanya. Gua dah terlambat untuk study group dengan Aceed dan Xoul. Maka gua pon bergegas ke perpustakaan UNITEN untuk stadi sambil usya makwe-makwe pakai spek. Dengar cerita makwe pakai spek ni mudah dingorat sebab dorang takleh beza lembu dengan kerbau. Tapi gua dengar cerita je la.

Sampai-sampai je perpustakaan, gua nampak Xoul dengan Aceed ngah stadi dengan tekun. Gua pon datang dekat sambil sengih-sengih kerang je sebab gua da terlambat. Nasib baik dorang memahami kerjaya gua sebagai peneman awek-awek sepi ketika malam.

30 minit kemudian..

Tetibe je gua sakit perot. Ni mesti kes makan nasi kerabu tadi lupa nak baca bismillah. Gua pon bertempiaran berlari mencari tandas yang berhampiran.

Tandas-tandas yang ada semuanya kelihatan seperti misteri nusantara. Puas sudah gua menekan suis lampu yang ada akan tetapi semua lampu tidak mengeluarkan cahaya. Mungkin hari ini Encik Cahaya amik MC. Peluh seram menitik-nitik. Akan tetapi demi perjuangan yang belum selesai, gua turutkan juga nafsu ini.

Gua berhati-hati memilih tandas kerana fobia mendapat hadiah bongkah emas berwarna coklat yang terapung di permukaan air. Yeah memang cilaka, banyak juga bongkah emas yang gua jumpa.

Di tandas yang terakhir, gua telah terjumpa sebuah mangkuk yang masih suci. Lalu gua membuat keputusan untuk membuang saki baki akaun perot gua di situ. Selesai sahaja membuang, gua pon cuba mengflush tandas tersebut.. Akan tetapi...








Macam cilaka bilik air ni takde
AIR!
$%$#^$#@??^!!!!!

4 comments:

.rafiq. said...

hahaha
padan muka lu
abes lu pakai ape?
gua syak lu pakai seluar lu je lap
haha

Aidi-Safuan said...

haha...gi la toilet library yang kat bawah sekali tuh. adeih. xpenah gi library ke? :p

farrah said...

grosss.
sure u ta sarung je suar buat muke ta bersalah kelaur kan2

teRi said...

ah rasia!