PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, March 30, 2010

Nasi Kerabu Memang Sedap!


Pada zaman dahulu kala terdapat sebuah tempat yang diberi nama Negara Nasi Kerabu. Adapun negara ini sejak Perang Dunia Ke Dua memang aman damai sahaja. Jarang sekali berlaku pertelingkahan makcik jiran rumah sebelah berebut pokok rambutan. Kira memang aman damai betol la. Polis pon dah banyak letak jawatan masuk Akademi Fantasia.

Pada suatu hari, kelihatan sesusuk tubuh tegap berlari pantas memasuki kawasan Istana. Tiada siapa berani menahan pemuda tersebut. Gayanya seperti cemas benar.

Sebentar sahaja tubuh tegap itu sudah terpacul di depan Sultan Gajah yang sedang asyik menonton Saluran Astro Ceria. Tergamam seketika baginda. Remote Astro terlepas dari tangan. Sang Aceed yang berada di sebelah baginda, terus merampas remote Astro tersebut dan menekan Saluran Disney, saluran kegemaran beliau.

Sultan Gajah mencebik muka. Dan tidak semena-mena suasana menjadi hening.


"Ampun patik beribu-ribu ampun! Sembah patik harap diampun!!", sembah Sang Pasola yang berbadan tegap itu.

"Ya Mamanda Perdana Menteri Sang Pasola, apakah gerangannya datang masuk mengadap?", balas baginda.

"Patik mau tumpang tandas kejap. Dah tak tahan dah ni. Isk.."

"..........."



(BERSAMBUNG...)

7 comments:

arin ahamad said...

ala...da letih je sik kene sambung??hihih

TashadeNatasha said...

gila la weh. kau buat aku menangis tgk gmbr tu. damn u teri!

teRi said...

keh keh keh

suezensuzanna said...

sedap giler weh!

Seri said...

slekeh la.. suke jamban ke. hahha

.rafiq. said...

aku tk nak mencarut. pls.

vidadarisakura said...

aku nda baca entri ko sebab aku lapar tengok gambar tu.
cis.