PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, January 18, 2010

Rindu abah setiap masa..

Selesai sahaja makan malam, aku mengambil tugas membasuh pinggan. Mak yang berada di sebelah tiba-tiba bersuara..

Emak: Tadi mak masuk bilik Ira. Mak nampak ada gambar yang dia potong2.
Along: Aaa. Dulu ada gak along nampak dia potong2. Tapi malas nak tegur.
Emak: Ira potong2 gambar dia dan gambar abah. Pastu mak tengok ada tulisan adik kat belakang gambar tu. "Adik rindu sangat kat arwah abah".

Terasa air mata bergenang. Sian adik Ira. Dia kecil lagi ketika arwah abah meninggalkan kami. Dia paling tabah walhal dia paling rapat dengan abah sejak dia lahir lagi. Baru 3 bulan lebeh arwah abah pergi meninggalkan kami. Aku rasa macam semalam je abah ada lagi. Suruh aku beli rokok tapi aku tak belikan sebab abah ngah sakit. Itulah kali terakhir aku tak tunaikan permintaan abah. Kali terakhir aku picit abah. Kali terakhir aku nampak abah. Aku tak sempat jaga abah kat hospital. Semua orang dalam keluarga ade kekesalan masing-masing. Aku tau mak lagi sedih. Cuma dia taknak tunjukkan pada kami. Dia nak kami semua kuat. Akan tetapi, siapa yang tidak sedih? Semua orang dalam keluarga masih tak boleh terima hakikat arwah abah dah takde.

Bila along tengok filem P Ramlee mesti orang ingat kat abah sebab abah minat sgt dgn P Ramlee. Sampaikan lawak-lawak abah pon macam P Ramlee. Nyanyian abah. Gaya abah pon macam P Ramlee. Along ingat lagi pada masa zaman 'tape recoder' dulu, abah dengan along berjaga sampai pukul 3 pagi, semata-mata nak rakam semua citer P Ramlee. hehe. Skang hari- hari keluar kt TV. Hari-hari juga abah dengan adik Ira duk tengok cite P Ramlee tu. Along da kurang tengok sebab da bosan. Tapi hari ni, bila along tengok citer P Ramlee, along mesti rasa nak menitis air mata. Teringatkan abah.

Sepanjang arwah abah takde. Kami semua cuba hidup seperti biasa. Mak masih anggap seolah-olah arwah abah pegi out station. Along dan adik-adik pula selalu bermimpi yang sebenarnya abah masih ada, akan tetapi kami terpaksa merahsiakan perkara tersebut. Ya mimpi tu ngarot. Hanya mainan tidur. Tapi along gembira sebab sekurang-kurangnya along dapat berjumpa dengan abah dalam mimpi. =)

Kawan aku pernah berkata, aku tabah menghadapi semua ini. Bukan soal tabah atau tidak, cuma bagi ku, semua orang akan pergi suatu hari nanti. Itu yang selalu aku beritahu kepada semua orang dan juga diri sendiri. Tapi jauh dalam sudut ati aku, aku sering menganggap yang arwah abah sebenarnya masih ada dengan kami. Memerhati kami. Menjaga kami. Memberitahu kami. Menguatkan kami. Gelak bersama kami. Kami sekeluarga selalu jadikan arwah abah sebagai guide line dalam membuat keputusan untuk keluarga. Kitaorang tau camne cara abah berfikir. Kiteorang selalu ingat abah. Buat apa pon, mesti ingat. Sesungguhnya kami semua rindu sangat kat abah. Rindu sangat.

Al-fatihah untuk arwah Haji Mah Hassan Bin Ab. Rahman. Semoga arwah abah saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
AMIN.

12 comments:

syafawani said...

aminnn..semoga arwah dicucuri rahmat hendaknya..Al-Fatihah..

e. indah said...

doa ya ...
al-Fatihah

melatidaisy said...

Allahummaghfirlahu warhamhu..amin..

semoga awk sekeluarga terus tabah dan dalam rahmat Allah selalu..:)

HaNiM PoSh said...

teri..
anak 1st kena kuat..coz dia tulang blkg family..kalau dia pun goyang..adik2 pun goyang..
mmg hati anak 1st sensitive mcm agar2..tp dpn org kita kena tunjuk kita kuat..nk meraung,menangis kena sorok sorg2 diri kat dlm bilik..:)

i know u can do it.. :-)

Qila Azali said...

al-fatihah.. tabah k teri.. i know u can do it.. doakan arwah ayah byk2.. tu je yg jdi bekalan dia kat sana.. bimbing adik2, tunjuk yg teri ni abg yg kuat n tabah.. mak pon jgn lupa.. jaga hati dia.. (:

qishie said...

tiap kali ko mimpi abah ko, jangan lupa sedekahkan yaasin dan doa untuk dia.

bila mati anak adam,terputus hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara,

sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan
doa anak yang soleh.

semoga abah ko tenang di sana.

M O N I C A said...

stay strong k..:)

Nas said...

amin...
Aku doakan ko jadi anak yang soleh..supaya dapat selalu mimpi ayah ko tengah tersenyum...:)

al-fatihah...

.rafiq. said...

kau kena belajar terima hakikat. macam sorang kawan aku cakap walaupun kita sayang sangat dekat satu benda tu, tak semestinya kita akan dapat benda tu sampai bila-bila.

kau kena tabah.

Nina Soraya said...

oh teri.
sabarlah.

anak-anak itu pinjaman.
ayah itu pun pinjaman.

mara pun pinjaman.
ptptn pun pinjaman.

ayah saya pun dah pulang 7bulan yg lalu.

chics said...

sedihnya, bergenang air mata :(

Anonymous said...

Jangan banyak ponteng kelas, nanti dapat banyak E, lepas tu tak boleh nak grad.
Tak payahlah dibanggakan sangat menjadi pemonteng kelas tegar tu, buat rugi diri sendiri sahaja.