PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Friday, January 22, 2010

Kisah Hidup Seorang Penyanyi Terkenal



Gua sudah dua hari berturut-turut tak pergi kelas circuit. Bz dengan eseimen dan memang dasar pemonteng yang tegar. Haha. Dah la lecturer yang mengajar subjek circuit ni pulak garang. Timbul gak perasaan cuak. Maka dengan itu, gua pon cuba menguatkan kaki untuk pergi ke kelas pada hari ini.

Sampai ke kelas je gua terus berdebor. Gua duduk atas kerusi, rasa macam ade jerawat kat bontot. Tak penah nak menetap bontotnya. Cuak la pulak. Sebab dengar cerita lecturer ni jenis mendenda orang-orang yang ponteng kelas beliau. Peloh laju menitik walaupon aircond kuat gle. Haih xleh jadi ni. Dua kali gak gua g jamban untuk menghilangkan air gelisah yang da lama bertakung. Sedar tak sedar da tamat kelas. Gua pon pegi la ke depan untuk sign attendant.

Aih pelik. Kenapa ada orang lain sain kat attendant gua pada tempoh hari? Dua hari berturut-turut pulak tu. Gua terus suspek Muiz yang tolong sainkan sebab gua kenal dia sorang je dalam kelas ni. Tu pon xsmpai sebulan gua kenal dia. Baik btol mamat ni. (Gua bukan jenis tak suka berkawan cuma yang lain kuat haram menyombong. Tapi kalo pon dorang tak sombong, mesti la gua yang sombong. Kata gua paling senior dalam Uniten ni. KAH KAH KAH.)

Gua usya Muiz, pastu gua senyum berbentuk terima kasih. Tapi Muiz buat-buat tak paham. Ah susah btol kalo MUET dapat band 3 ni.. Gua pon datang dekat.

Gua: Weh Muiz. Ko tolong sain aku punya attendant ke?
Muiz: Eh mana ada.
Gua: Aik. Da tu sapa yang sain?
Muiz: Secret admirer la tu.


WTF! Gua ada SECRET ADMIRER ke dalam UNITEN ni?


**UPDATED: Sampai skang aku tak pecaya. Tapi sambil2 tu duk usya gak makwe2 hot dalam kelas. Mana tau dorg kot yg duk minat senyap2 tu. Keh keh keh

6 comments:

M O N I C A said...

x suka ek ada secret admirer??>.<

teRi said...

haha. cm xlogik je ade secret admirer. saya tak kacak kot. zzz

Aidi-Safuan said...

makcik cleaner la tuh...

Anonymous said...

gua nak comment pasal pic tu je..
sgt xsesuai kalau kau jadi model utk loreal.. hahaha.. /me cuba bayangkan~

teRi said...

lu ni anon. da tentu2 gua nak tunjuk logo AJL tu je. baru ade motif tajuk dgn gambar. yang lu gatal nak kenen2 gua dgn loreal pe hal?

Anonymous said...

Jangan banyak ponteng kelas, nanti dapat banyak E, lepas tu tak boleh nak grad.
Tak payahlah dibanggakan sangat menjadi pemonteng kelas tegar tu, buat rugi diri sendiri sahaja.