PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Sunday, January 3, 2010

Kenapa Gua Takot Masuk Tahun Baru?

1. Gua semakin tua. hampeh btol. Tahun ni da 26 kot umur gua. Tapi asal gua rasa gua macam baru 21? huh!
2. Gua mesti akan salah tulis tahun dalam apa-apa dokumen. Mesti nak tulis tahun sebelum tu gak. Kompem la. Tengok la senin ni cmne. Hish
3. Argghhh! Da makin dekat 2012. Kiamat2. Hahahahha. Bodo gle kiamat 2012. zzz. Bek cakap esok je. Heheheh.
4. Ok cm gampang. Gua da dekat 3 tahun single. Demit. Makin lama single, makin xpandai mengorat makwe, pastu xpandai nak romantik2, pastu tak pandai nak main sms dgn makwe. Harem btol.
5. Muka gua tambah tua. demyu!
6. Makin ramai kawan-kawan yang akan kawen. Stress2. Sori la kepada kawan2 yang aku tak g majlis korang. Bukan apa. Aku segan. Da la aku blaja lagi. Korang da keje gaji riban2 semua. Self confident gua macam turun lak. Pastu korang yang pegi majlis kawen semua tu bawak makwe atau tunang atau isteri. Aku? Single gak. ;((((
7. Harga kereta akan menurun. Bole bagi alasan cmni? Hahaha



Papepon bila masuk tahun baru je, mesti gua rasa kekok. taktau la asal. kena amik masa untuk sesuaikan diri. nervous2. lol. gua memang ade chemistry dengan angka-angka ni. kata pakar matematik sekolah rendah kan? kehkehkehkeh..



p/s- insyaALLAH kalo xde aral melintang, tahun ni body gua akan taff macam roslin hashim. huh.

12 comments:

cik EPAL said...

harap dapat jadi macam roslin hashim :)

-Butterfly- said...

xpe la teri da CKOP TAFF da neh...opss ;p

teRi said...

zzz

M O N I C A said...

encik teri..

good luck ok..percayalah tahun ini akan menjadi lebih baik lagiii..:)

TashadeNatasha said...

wishing you best of luck!

teRi said...

thanks semua. =)

Aidi-Safuan said...

pesal sume awek yang wish ko? siot!

teRi said...

biasa la. ramai peminat beb

cik bunga kristal said...

ni baru 2010 dah takot..kalo 2011,2012,2013...cmne tuh?

teRi said...

lambat lagi. xpe. sempat lagi nak wat plastik surgery. zzz

Nas said...

semuge tahun ni dpt aweksss...ngee~

teRi said...

haha. tu yg kita nak dgr. :P