PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, April 27, 2011

Panggilan Misteri.

Hari isnin lepas gua pergi kerja macam biasa. Buat kerja macam biasa. Ngantok macam biasa. Main fesbuk macam biasa. Jeling makwe macam biasa. So sepatutnya hari tu macam biasa-biasa je la kan seperti hari-hari kerja yang lain. Kan kan kan kan kan?



Tapi..


Tiba-tiba HANDPHONE gua berbunyi..

'0383138000 is calling'

Aik. Nombor area Putrajaya/Cyberjaya ni. Pelik. Siapa je yang ada nombor aku kat area sini? Takkan opis aku sendiri yang call. Eh aku da save nombor opis aku. Ke adik aku yang call? Hmmm. Malas nak pikir panjang, so gua pon jawab je la panggilan tu.

Gua: Helo.
Lelaki: WOI ni teri ke?
Gua: Aah.
Lelaki: Alih kereta jap. Aku nak buat kerja ni.
Gua: Ok-ok.

Gua letak panggilan tu. Keluar opis. Berjalan dalam 30 saat. Kemudian gua berhenti pegang dinding dan fikir betol-betol..



"Dem! Siapa sebenarnya yang call aku tadi??"

3 comments:

arch-t said...

guy secret admirer la tu ;))

p.e.y.u.z. said...

pastu apa jadi?

teRi said...

aceed: well~~ haha.

peyuz: misteri sampai skang. -.-