PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Thursday, April 21, 2011

Benda Automatik Ni Jangan Dibuat Main-Main.

Hujung minggu yang lepas, gua jadi rajin sedikit dari hujung-hujung minggu yang lain. Gua datang lepak dapur sambil layan borak dengan mak gua.

Kitaorang berborak cukup berirama dan lengkap melodinya. Dari hal politik Indonesia sampai ke hal masa depan gua yang kabur. Kemudian masuk cerita hal pinggan nasi yang adik gua sorok dalam tilam. Pastu keluar cerita pasal sepupu-sepupu gua yang lagi muda dari gua tapi dah kahwin.

Dan tidak semena-mena..


Mak: Hari tu Rashidah(sepupu gua) ada tanya mak. Dia tanya along dah kahwin ke?


Secara automatik mata gua berair. Agaknya bawang masuk mata kot.