PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Sunday, April 24, 2011

Email Dari Seorang Makwe.

Tadi gua pergi makan nasi kat dapur. Sedang sedap makan nasi berlauk ikan merah masak kari, tiba-tiba hujan turun lebat. Dengan tangan penuh kuah kari, gua pantas menghilangkan diri ke dalam bilik tidur. Dan secara automatiknya, gua terus menyamar jadi sebijik bantal.

Gua terdengar jeritan mak gua. Gua jadi keras. Hampir 20 saat gua tahan nafas supaya mak gua tak berapa nak perasan bunyi nafas gua. Kemudian gua terdengar suara adik gua menyahut. YES! Taktik menjadi! Adik gua kena angkat kain jemuran. Muahahaha!

Tengah gua boring-boring nyamar jadi bantal, gua pon bangun dan buka facebook kat komputer depan katil. Alang-alang dah main facebook, gua pon check email. Mana tau ada makwe ajak gua kapel ke.

Tekaan gua memang tepat. Ada 30 email dari makwe yang berlainan bangsa, kulit dan warna gigi yang berebut nak ajak gua melayari bahtera bersama-sama. Tapi gua pilih yang terbaik dari ladang je. Mana makwe yang nama macam lelaki, gua terus pantas delete. Gua siap report as spam lagi. Huh.

Dalam diam-diam ubi, gua ternampak ada makwe hot ni bagi satu email. Dia punya tajuk email macam nak seduce gua jugak. So gua layankan je la. Gua buka email tu macam biasa.


"Assala muala i kum...

I am Aisyah Rahim, a malaysian, Based in United Kingdom ,
I will be pleased to have a discussion with you on my
company intended offshore partnership,in which you will
stand as a middle man between my company and the supplier
of this product there in malaysia. If you are genuinely
interested, respond immediately for details.

Regards,

Ms Aisyah Rahim. "




Habis je baca email, gua terus bersandar kat dinding sambil fikir benda yang paling penting dalam hidup gua.



"Agak-agak kan mak gua bagi tak gua kahwin dengan makwe United Kingdom?"

2 comments:

rafiq said...

lu dah la pemalas. ade ati nk awek uk. ulu kelang pun belum tentu dapat. adik lu ade can kot.

teRi said...

ah keciwa!