PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, July 28, 2010

Kami Rindu The Rock.


Tadi usya-usya fesbuk, pastu terjumpa gambar lama ni. Hahaha. Rindu gile kat mamat yg kena conteng ni. Kitaorang panggil dia 'The Rock' sebab muka dia ala-ala 'The Rock' pastu kebantutan pon nak sama. Hahahaha. Padahal nama sebenar dia, Muhammad Firdaus Omar kot. Rasa2nya la. Aku pon da lupa. Dah 10 tahun habis sekolah.

Gambar ni diambil masa malam besday dia yang ke 16 kat dalam asrama teknik kl. Macam gampang mamat ni tido mati. Kena conteng tak hingat tapi bole tido selamba. Da la baik punya posing. Memang mengundang la. Hahahhaha. Yang join wat keje harem ni adalah ustad, nuex, azim n arwah mukmin. Dorang siap sign nama dorang kat body the rock. Hahaha. Macam setan sekor2 punya perangai. Aku tak join. Tak ingat sebab apa. Mayb sebab tido awal kot. Ke sebab masa ni aku asyik berak berdarah. =.='

Yang aku tau, tetibe budak-budak ni duk tunjuk gambar ni pastu The Rock ngamuk kejar dorang kat tempat prep. Haha. Seronok-seronok. Rindu siot kat mamat ni. Da la baik hati. Pandai gile lak tu. Kepala pon sama-sama masuk air. Tapi masa mula-mula aku knal, mamat ni memang kerek annoying gile. Dah la suka ejek rambut aku macam nobita. Whatthefun. Last2 aku tumbuk muka dia dengan air tin coke, terus senyap dan jadi kareb. Banggang punya budak. Hahaha.

Lepas habis SPM, aku sempat jumpa dia masa open house umah Hamidah. Siap g umah parents mamat ni lagi. Then dengar cite dia g belajar kat germany. Pastu senyap. Hilang punca. Takde jejak. Dulu kitaorang takde henpon. Tu susah nak kontek. Pastu keluarga dia pindah rumah. Lagi la tak jumpa. Huhuhu. Then. bile reunion dibuat pada tahun lepas, aku ingat dia ada tapi dia tak datang pon pastu bila tanya semua orang, takde orang tau dia kat mane. Rindu pulak kat mamat ni. Kawan lama kot. Dah la budak lain da kawen. Aku sorang je single. Sob sob sob. The Rock.. Mana ko hilang weiiiii?


P/S- Korang perasan tak ada nama Rozana diconteng kat body mamat tu? Haaa. Tu nama makwe yang kena gosip dgn The Rock masa form 4. Bape kali ntah budak2 ni duk tag fesbuk minah ni kat gambar tu. Tapi mesti dia remove balik sampai last2 da tak boleh tag. Malu kot. Hahahaaha.

No comments: