PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, February 7, 2011

LPT

Korang tau LPT tu apa? Haa. LPT tu singkatan untuk 'Lebuhraya Pantai Timur' yakni lebuhraya yang menghubungkan negeri-negeri pantai timur dari Karak, Pahang sampailah ke Terengganu. Haa taktau Karak kat mana? Pergi jahanam.


Gua siap lukis peta LPT fasa 1 untuk korang-korang yang buta geografi. Kalau tak reti juga baca peta, sila pergi dapur dan amik kuali lalu masak daging masak kicap. Pastu bila da siap, buh daging kicap tu dalam pinggan dan seterusnya ketuk kepala anda guna kuali. Ni asal bebal ikut cakap gua ni? Lempang kang.

Dulu dulu sebelum wujudnya Lady Gaga, LPT ni takde lagi. Kira baru gak la menatang LPT ni lahir. Dalam tahun 2004 kalau gua tak silap. Sebelum LPT ada kenderaan-kenderaan berat perlu menggunakan jalan-jalan dalam Pahang. Memang jauh la. Korang bayang la biasanya kalau ikot LPT dari Karak ke Kuantan amik masa 2 jam je tapi kalau ikot jalan dalam ni mau cecah 5 jam jugak gua rasa.

Sememangnya kampung gua kat Terengganu dan Kelantan so memang selalu la guna jalan dalam ni untuk balik bersama keluarga yang tercinta menaiki kereta dengan masa perjalanan selama 8 atau 9 jam. Memang letih. Memang pitam. Tapi layan je la. Nasib baik pantai banyak. Boleh berhenti berkelah dan mandi manda secara bogel. Seronok.

Dan kisahnya bermula pada suatu hari dalam tahun 1994 yakni semasa gua darjah 4, kami sekeluarga telah sebulat suara untuk pulang ke kampung. Nak atau taknak kiteorang memang kena lalu jalan dalam Pahang jugak walaupon gua pernah muntah 36 kali dalam kereta sebelum itu dek kerana mabuk kereta.

Sepanjang perjalanan tu gua tak berapa boleh nak tidur sangat sebab bergelut dengan penyakit mabuk kereta. Struggle juga la. Habis tiang lampu gua kira untuk hilangkan mabuk kereta. Tak cukup tiang lampu, gua kira dengan lembu-lembu sekali. Dan dalam tak semena-mena, gua terjumpa sebuah tempat yang sangat rare.




"Oooo New Zealand dengan kampung gua tak jauh mana rupa-rupanya"


















Nukilan budak darjah empat yang tak sempat ambik subjek kajian tempatan.

2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

Lembu tompok-tompok itam putih tu ade sane?

intan.maisarah said...

~.~"

bestnye nama kampung.