PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, February 1, 2011

Kisah 4 Pagi.

Cerita dia macam ni. Sekarang ni pukul 4.30 pagi tapi gua takboleh tidur. Walhal gua dah tertidur pun sebenarnya pukul 1pagi tadi tapi terbangun sebab cirit birit. Sedang sedap cirit, masa tu la gua start bersin tanpa berhenti. Yela. Dah jamban tu sejuk. Mana tahan oh.

Dalam termenung-menung tu gua teringat kisah kenakalan gua kat kampung. Dulu masa gua umur 4 tahun, gua memang gangster. Kambing, itik, angsa dengan ayam kat kampung tu memang dah cukup respek dengan gua masa tu. Cucu-cucu lain lak memang jenis ikut je cakap gua. Semua berdebor kalau gua tenung sambil tarik seluar dorang. Lagi-lagi gua ni cucu sulung dalam keluarga mak gua. Born to be a leader, mak gua kabo. So secara automatiknya semua orang kena ikut cakap gua, kalo tak gua merajuk sambil bawak lari ayam goreng panjat pokok kelapa.

Atok gua cerita, hobi gua yang paling true time tu adalah scene pukul kambing. Tapi pukul tak kuat mana la. Yela masa tu gua umur 4 tahun. Pukul kuat mana je pon. Tumbuk sambal belacan pon tak menjadi. Paling kuat gua pukul pon, nanti kambing tu kejar gua balik dan tanduk bontot gua laju-laju. Patut bontot gua tongek. Cis.

Tapi selepas bergaduh lebih kurang, kitaorang kembali berdamai. Dah puas main dengan kambing, gua mesti ajak kambing tu balik rumah atok gua. Biasanya masa nak balik tu, dia berlakon jadi kuda dan gua lak berlakon jadi penunggang kuda. Kira kitaorang punya ikatan kimia masa tu memang padu la. Hanya makwe je boleh memecah belahkan kami. Tapi semua tu hanyalah kisah sebelum Hari Raya Korban. Selepas hari raya, semua wat hal masing-masing.

2 comments:

ZaTiE AsHaR said...

haha..makcik ye..;P
nie kesa benar ke hape..
real semacam jer..haha..;P

teRi said...

haha. kisah benar la kak.