PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Showing posts with label kelaka. Show all posts
Showing posts with label kelaka. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Kisah Hidup Seorang Gembala Kambing.



Pada suatu malam yang aman damai yang terletak di sebuah negara yang bernama Pantai Dua Butir, tiba-tiba..

Makwe: Pffft! Lipas!
Teri: ...
Makwe: Dem!
Teri: Ala lipas je pon. Bukan dia leh geget. Paling koman pon masuk dalam spender je. Lol
Makwe: Yes! Berjaya bunuh. Kesian tepon saya.
Teri: Eeeeewww


Dan 5 minit kemudian..

Makwe: Awak. Kenapa antar mesej kosong kt tepon orang?
Teri: Kehkeh.
Makwe: Fuck! Terpegang tepon!
Teri: HAHAHAHA
Makwe: Demmmmmmmmmmmmmmm!
Teri: WAKAKAKAKA
Makwe: Teri jahat. ;((
Teri: Wangi kan bau lipas? Hahahahhahahaha
Makwe: Taknak kawan teri! Huh!



PENGAJARAN:
Sayangilah haiwan ternakan anda. Hahahahaha.

Saturday, May 22, 2010

Mari Belajar Matematik Dengan Cikgu Teri.


1+0= 0
1+1= 2

2+1= threesome?



....






p/s- candid beb. kelam kabut gua capai dslr member gua. lol


.

Monday, May 17, 2010

Rahsia Di Sebalik Remote Astro PART 2



Sambungan dari entri di bawah ini..

Pisau Rambo gua hunus macam keris Taming Sari. Gua acah-acah pisau tersebut pada patung model baju dalam. Orang ramai lari bertempiaran tanda ketakutan yang amat sangat. Gua still wat muka ganas macam dah 14 hari tak makan nasi. Kemudian gua jeling ganas kat minah yang ada dalam kaunter cashier tu. Minah tu dekat 10 kali telan air liur sambil geget bibir. Kemudian, terus gua sound..

"Askum kak, remote ni rosak la. Nak tukar bole?"

"Bole2. Jap eh. Zamjad.. oooo Zamjad.. Ada orang nak tukar remote ni".

Gua berpaling ke belakang. Gua ternampak lembaga yang berbulu kerinting di tangan dan dada melambai-lambai menyuruh gua supaya datang kepadanya dia. Gua simpan balik pisau Rambo dalam spender. Dan gua melangkah dengan penuh gengster ke arah lembaga tersebut. Dari jauh macam mamat bangla. Bila da dekat, OK KOMPEM BANGLA.

Gua menganggap mamat bangla ni macam tak reti bahasa je. So gua pon cuba menggunakan ilmu bahasa isyarat yang penah gua pelajari dalam library dulu untuk menjelaskan kepada beliau berkenaan masalah yang gua alami. Kelihatan beliau buat-buat paham dan berkemungkinan besar sebenarnya memang tak paham. Gua pasrah.

"So mau tukar?", tanya beliau secara mendadak.

Gua terus mengangguk tanda setuju tanpa mengeluarkan suara kerana malu tak menyangka beliau sebenarnya paham Bahasa Melayu. ZZZZZZZZZ

Gua passing remote lama tersebut. Beliau menerimanya dengan hati yang terbuka. Kemudian beliau mengambil remote baru yang masih elok tersarung dalam plastik, seterusnya membuka plastik tersebut, lalu mengeluarkan remote baru tersebut, dan seterusnya memberi kepada gua. Gua menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

Tetapi yang amat haramnya, dia amik balik remote lama gua tu, pastu letak balik dalam plastik baru tu dan letak balik kat tempat jual tu. Gua dah mencarot keriangan. BABI LA PUNYA BANGLA! Memang la takde orang tau remote mana yang boleh pakai kalo dorang wat camni!!

Gua dah malas nak kisah dengan lu orang. Lantak la. Suka ati lu orang la nak niaga macam mana. Janji remote gua dah ok dan gua tak perlu datang lagi ke Warta.

Balik-balik rumah je, gua terus melompat-lompat keriangan. Senyum bahagia. Pasti hidup gua akan tenang dan aman damai menonton ASTRO selepas ini.

Gua masukkan bateri dalam remote. Gua sempat wat peace sebelum tekan remote tersebut dan..













MACAM CILAKA! REMOTE NI PON ROSAK GAK! !@#$%^&*#$%^&!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 15, 2010

Rahsia Di Sebalik Remote Astro PART 1


Pagi tadi gua pergi Warta dekat Bangi. Warta ni lebeh kurang macam Alamanda kat Putrajaya. Ada wayang, karaoke, pusat beli belah dan bermacam-macam lagi kedai yang menipu darjah dan bentuk modal intelek yang mempengaruhi amalan perakaunan manusia. Tapi bezanya Alamanda dengan Warta ni satu je. Nak tau apa? Ok malas nak bagitau.

Tujuan gua datang ni satu je. Nak tukar balik remote ASTRO yang gua baru beli hari tu. Dah la harga dia mahal gile babi pastu bila nak guna, tak boleh plak. Panas la ati gua. Tak pepasal kena datang balik. Membazir minyak kereta gua! @$#$%^*!!!

Yang paling gua menyirap limau, masa beli hari tu, gua cuba nak test remote tu dulu tapi dorang tak bagi test lak. Dorang cakap, kalo rosak, boleh datang tukar balik. Gua malas nak bertekak panjang. Bini pon da sebok sms suh balik kasi nafkah batin. Pas gua bayar, terus gua gerak balik rumah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Selesai menunaikan hajat, gua terus test remote tu. CILAKA. Tak jadi pe. Gua cuba salahkan bateri. Selepas puas memaki bateri, gua pegi 7 Eleven, untuk beli bateri baru. Habis dalam rm10 gak la. Tapi tetap tak jadi pe. Memang gua hangen satu badan. Tambah hangen, mak gua lak bebel-bebel kata gua tak pandai beli barang. Ok gua memang berdendam dengan orang Warta kali ni. Tak pasal-pasal gua kena datang balik untuk tukar balik remote tu. Grrrrrrrrrr!

Sampai-sampai je kat Warta tu, gua terus tendang meja kaunter cashier Warta tu. Terkejut semua orang kat situ. Gua buat muka langsi. Ada budak-budak kecik menjerit terkejutanberuk. Menanges tak henti-henti. Serigala duk menyalak macam nampak hantu Neng Nak. Makcik-makcik kat situ pulak semuanya meraung-raung. Gua wat tak paham je. Malas nak memujuk. Pastu datang 4,5 orang pakcik polis cuba nak tahan gua. Tapi bila gua selak zip seluar gua, kasi nampak pisau Rambo, dorang terus berundur. Gua buat muka ganas. Tiba-tiba petir sabung menyabung.




Bersambung..


.

Monday, April 26, 2010

Keciwa

Tadi dalam kol 10 malam, aku tertido. Skali mimpi benda-benda ngarot. Nasib baik tersedar. Bosan layan mimpi. Pastu dalam keadaan mamai, aku pon bangun dan bukak pc. Ade awek Uniten ym aku. Aku pon layan la.

AWEK: Hey stranger
GUA: ..
GUA: hey beauty
AWEK: hahaha, wow I'm in SHOCK right now..
GUA: haha
AWEK: hey whats up sweetie?
GUA: baru bgn tdo
AWEK: http://www.OfferGiveaway.Info I won the new Apple Ipad here and got it today, use that site quick tell me if u win, they still have a few
GUA: -.-
AWEK: yea it's totally free too, I only put my email and zip code..then 5 min after get an email saying i won, they shipped it overnight.
AWEK: these are soooo cool! lol I never won anything in my life..I can't believe this worked



GUA: ....................




MACAM CILAKA.
CAMNE GUA BOLE LAYAN YM DENGAN VIRUS? DEM!!

Friday, April 16, 2010

Montok.

mantap gak bontot gua bila pakai kain pelikat ni.
ok away sembahyang jumaat.

Tuesday, March 30, 2010

Nasi Kerabu Memang Sedap!


Pada zaman dahulu kala terdapat sebuah tempat yang diberi nama Negara Nasi Kerabu. Adapun negara ini sejak Perang Dunia Ke Dua memang aman damai sahaja. Jarang sekali berlaku pertelingkahan makcik jiran rumah sebelah berebut pokok rambutan. Kira memang aman damai betol la. Polis pon dah banyak letak jawatan masuk Akademi Fantasia.

Pada suatu hari, kelihatan sesusuk tubuh tegap berlari pantas memasuki kawasan Istana. Tiada siapa berani menahan pemuda tersebut. Gayanya seperti cemas benar.

Sebentar sahaja tubuh tegap itu sudah terpacul di depan Sultan Gajah yang sedang asyik menonton Saluran Astro Ceria. Tergamam seketika baginda. Remote Astro terlepas dari tangan. Sang Aceed yang berada di sebelah baginda, terus merampas remote Astro tersebut dan menekan Saluran Disney, saluran kegemaran beliau.

Sultan Gajah mencebik muka. Dan tidak semena-mena suasana menjadi hening.


"Ampun patik beribu-ribu ampun! Sembah patik harap diampun!!", sembah Sang Pasola yang berbadan tegap itu.

"Ya Mamanda Perdana Menteri Sang Pasola, apakah gerangannya datang masuk mengadap?", balas baginda.

"Patik mau tumpang tandas kejap. Dah tak tahan dah ni. Isk.."

"..........."



(BERSAMBUNG...)

Friday, March 26, 2010

Nasi Goreng Ketam Dua Rasa..



Apakah perasaan anda di kala sedang enak menikmati nasi goreng ketam, tibe-tibe datang seorang pelayan restoran itu berlari-lari mengejar tikus dan selamba memijak tikus berkenaan sampai mati di depan mata anda?

Perasaan saya? Mudah saja. Saya cuma berasa macam nak control macho sambil menyumbat telinga dengan straw supaya tidak kedengaran member-member berbual pasal tikus yang mati itu dan saya juga cuba jangan memandang nasi goreng ketam itu sebagai nasi goreng tikus kerana ingin mengelak dari muntah secara tibe-tibe.

Dan akhirnya saya berjaya menanges dengan penuh kekesalan kerana membazir rm25 untuk sepinggan nasi goreng ketam yang hanya sesuap je saya makan. Saya tidak tau samada saya perlu mencarut keriangan atau tidak.

Anda pula bagaimana?



.............






p/s- Gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan seorang perempuan yang kuat minum air dan kuat pergi ke jamban. Sekian

Wednesday, March 24, 2010

Kenapa Lelaki Yang Baik Dan Kelaka Takde Makwe?

Pada suatu hari di suatu tempat yang terletak di UNITEN, kelihatan dua sahabat kareb sedang berbual dengan gembira. Dari isu makwe UKM hingga ke isu kereta turbo. Tibe-tibe..

Debab: Wei. Tu Si A tu!
Teri: Haaaa!? Mana-mana?
Debab: Tu belakang ko..
Teri: Oooo. Nampak-nampak.
Debab: Hmmm.. Aku rasa sebenarnya Si A suka kat ko la tapi dia malu nak ngaku.
Teri: Pejadah! Kalo suka, da lama aku kapel. Lol.
Debab: Betol la. Ko bukannya tak hensem........
Teri: Tu la. Aku pon rasa macam tu.
Debab: Cuma dia malu nak ngaku sebab ko GELAP. Hahahhahahahahaahahha (gelak macam harem jubo)
Teri: .......... T_T.............


(Mood: Rasa nak mandi susu kambing)

Tuesday, March 23, 2010

Sambungan panaihhh..



Sambungan dari entri panaihhhh

Tetibe..




Gua ternampak sebungkus nasi kerabu di atas meja. Layan gak. Da lama gua tak lahap nasi kerabu ni. Selesai sarapan, gua usya jam dinding. Dem! Dah pukol 12 tengah hari rupa-rupanya. Gua dah terlambat untuk study group dengan Aceed dan Xoul. Maka gua pon bergegas ke perpustakaan UNITEN untuk stadi sambil usya makwe-makwe pakai spek. Dengar cerita makwe pakai spek ni mudah dingorat sebab dorang takleh beza lembu dengan kerbau. Tapi gua dengar cerita je la.

Sampai-sampai je perpustakaan, gua nampak Xoul dengan Aceed ngah stadi dengan tekun. Gua pon datang dekat sambil sengih-sengih kerang je sebab gua da terlambat. Nasib baik dorang memahami kerjaya gua sebagai peneman awek-awek sepi ketika malam.

30 minit kemudian..

Tetibe je gua sakit perot. Ni mesti kes makan nasi kerabu tadi lupa nak baca bismillah. Gua pon bertempiaran berlari mencari tandas yang berhampiran.

Tandas-tandas yang ada semuanya kelihatan seperti misteri nusantara. Puas sudah gua menekan suis lampu yang ada akan tetapi semua lampu tidak mengeluarkan cahaya. Mungkin hari ini Encik Cahaya amik MC. Peluh seram menitik-nitik. Akan tetapi demi perjuangan yang belum selesai, gua turutkan juga nafsu ini.

Gua berhati-hati memilih tandas kerana fobia mendapat hadiah bongkah emas berwarna coklat yang terapung di permukaan air. Yeah memang cilaka, banyak juga bongkah emas yang gua jumpa.

Di tandas yang terakhir, gua telah terjumpa sebuah mangkuk yang masih suci. Lalu gua membuat keputusan untuk membuang saki baki akaun perot gua di situ. Selesai sahaja membuang, gua pon cuba mengflush tandas tersebut.. Akan tetapi...








Macam cilaka bilik air ni takde
AIR!
$%$#^$#@??^!!!!!

Saturday, March 20, 2010

Panaihhh!

Pagi tadi gua panas hati. Semuanya disebabkan rumah sebelah buat bunyi drill macam setan di pagi hari. Dorang taktau ke yang gua tido lambat malam semalam sebab layan makwe fesbuk?

Habis seluruh rumah gua bergegar kena drill. Ikot hati nak je repot kat Aduan Rakyat TV3. Nasib baik gua dengan Mazidulakmal tak berapa nak ngam. Nak tau kenapa? Tahun depan gua citer.

Gua terus suspek rumah sebelah ni ngah wat terowong bawah tanah nak rompak bank CIMB kat UKM tu. Gila punya lama dorang main drill. Dekat 2 minggu kot. Takde skill langsung. Ni mesti masa sekolah vokasional, main penutup botol dalam kelas.

Gua usya jam loceng. Ah baru kol 11 pagi. Awal lagi. Burung hantu pon tak keluar keje lagi time ni. Gua suspek Sarol pon ngah membuta lagi masa ni. Tanpa melengahkan masa, gua pon pura-pura tido sambil tutup telinga dengan bantal pelok.

"ALONGGG!! BANGUNNNNNNN!!!!!", mak gua menjerit.

Menggelepor gua lari masuk jamban..

Selesai mandi, gua terus siap2 berpakaian formal. Gua ade misi hari ni!

Turun je gua ke bawah.. tetibe..








(BERSAMBUNG..)

Tuesday, March 9, 2010

Alip Ya Mim = BUAYA



(30 minit sebelum test..)


Kelam kabut gua capai tuala. Mandi laju2. Siap2. Sikat rambot dan pakai baju. Pastu turun bawah. Demit. Lupa nak pakai seluar. Naik atas balik.

(20 minit sebelum test..)


Gua da ada dalam kete. Start enjin. Vrooomm. Mantap enjin mitsubishi gua mengaum. Sambil panaskan enjin, gua usya-usya formula. ALAMAK! Lupa lak nak beli pensel! Terus gua drive ke kedai runcit depan umah. Pas usya-usya mana yang patot, gua buat keputusan untuk beli pensel tekan je. Senang sket. Takyah gua kelam kabut nak mengasah pensel dengan kapak nanti.

(5 minit sebelum test..)

Gua da smpai dalam dewan peperiksaan. Duduk sambil baca doa supaya tenang menjawab test. Usya2 makwe sebelah. HUH! Semua laki. Bosan.

(masa test..)

CILAKAK! CAMNE GUA BOLEH TERBELI PENSEL TEKAN KHAT? DEM!

Wednesday, March 3, 2010

Kisah Hidup Seorang Model Rexona..




Minggu Pertama..


teri: Salam. Ko da siap eseimen thermo n micro p?
syafiq: Sapa ni? Tak siap lagi la.
teri: Aku teri la. Siot la lupa.
syafiq: Ouh. Aku da save no ko tapi tak kuar. Sori2.
teri: Ok2.

Minggu Kedua..

teri: Wei test thermo masuk bab apa?
syafiq: Sapa ni? Tak knal la. Thermo masuk bab 4 hingga 7.
teri: Ni teri. Siot la xsave no aku.
syafiq: Sori2.
teri: Ok2.

Minggu Ketiga

teri: Oit! Test micro p masuk bab mana?
syafiq: Sapa ni?
teri: ...........


Sunday, February 21, 2010

Jonggang.. jonggangggggggg!

Pada suatu malam yang aman damai.. tetibe..

teRi BoGaD: ble nak gerak ni
Xoul: jom
Xoul: da gerak

5 minit kemudian..

teRi BoGaD: siot la sarol main fb lg
Xoul: tu la..aku dh dlm keta kut
Xoul: dem
teRi BoGaD: ...........

Jatuh!


Minggu lepas aku dan keluarga aku balik kampung kat terengganu dan kelantan. Layan gak la. Da lama tak balik. Balik sekali skala rasa lapang gak dada ni. Pastu pergi minum kat Kedai Air Buah Gelas Besar dengan semua sedara. Ngah sedap hirup air buah, tetibe adik sepupu aku yang baru darjah 1 yang duduk sebelah aku menjerit cemas..

Adek sepupu: Ala jatuh!
Aku: Haaah? Jatuh pe? (aku terkejut sambil mata melilau tengok lantai)
Adek sepupu: Jatuh cinta lagi. Lagi-lagi jatuh cinta. (nyanyi)
Aku: .........
Semua orang: Kahkahkahkahkahkahakah (gelak ramai2.. cm arem)


Ni rasa macam malas nak balik kampung da ni. Huh

Friday, January 22, 2010

Kisah Hidup Seorang Pelajar Yang Cemerlang

Hari ni gua bangun lambat. Dalam pukol 8.30 pagi camtu. Kelas lak pukol 9 pagi. Menggelepor gua mandi laju-laju tadi. Da la ade kuiz. Mandi memang macam superman la. Air tak kena kepala lagi, gua da sarung stokin.

Siap-siap je, gua terus turun ke bawah. Amik kunci kereta n kunci rumah. Jam da menunjukkan pukul 8.45 pagi. Tetibe tak boleh nak bukak gate. Penat gua tekan remote banyak kali.

Haram! Lupa lak remote gua xda bateri. Gua pon lincah cari kunci spare dalam laci.





20 minit kemudian..

Terbaring atas lantai. Keciwa. Kunci spare, adik gua rembat bawak g sekolah. Tak pasal-pasal kuiz gua dapat kosong. T_T

Kisah Hidup Seorang Penyanyi Terkenal



Gua sudah dua hari berturut-turut tak pergi kelas circuit. Bz dengan eseimen dan memang dasar pemonteng yang tegar. Haha. Dah la lecturer yang mengajar subjek circuit ni pulak garang. Timbul gak perasaan cuak. Maka dengan itu, gua pon cuba menguatkan kaki untuk pergi ke kelas pada hari ini.

Sampai ke kelas je gua terus berdebor. Gua duduk atas kerusi, rasa macam ade jerawat kat bontot. Tak penah nak menetap bontotnya. Cuak la pulak. Sebab dengar cerita lecturer ni jenis mendenda orang-orang yang ponteng kelas beliau. Peloh laju menitik walaupon aircond kuat gle. Haih xleh jadi ni. Dua kali gak gua g jamban untuk menghilangkan air gelisah yang da lama bertakung. Sedar tak sedar da tamat kelas. Gua pon pegi la ke depan untuk sign attendant.

Aih pelik. Kenapa ada orang lain sain kat attendant gua pada tempoh hari? Dua hari berturut-turut pulak tu. Gua terus suspek Muiz yang tolong sainkan sebab gua kenal dia sorang je dalam kelas ni. Tu pon xsmpai sebulan gua kenal dia. Baik btol mamat ni. (Gua bukan jenis tak suka berkawan cuma yang lain kuat haram menyombong. Tapi kalo pon dorang tak sombong, mesti la gua yang sombong. Kata gua paling senior dalam Uniten ni. KAH KAH KAH.)

Gua usya Muiz, pastu gua senyum berbentuk terima kasih. Tapi Muiz buat-buat tak paham. Ah susah btol kalo MUET dapat band 3 ni.. Gua pon datang dekat.

Gua: Weh Muiz. Ko tolong sain aku punya attendant ke?
Muiz: Eh mana ada.
Gua: Aik. Da tu sapa yang sain?
Muiz: Secret admirer la tu.


WTF! Gua ada SECRET ADMIRER ke dalam UNITEN ni?


**UPDATED: Sampai skang aku tak pecaya. Tapi sambil2 tu duk usya gak makwe2 hot dalam kelas. Mana tau dorg kot yg duk minat senyap2 tu. Keh keh keh

Sunday, January 3, 2010

Kenapa Gua Takot Masuk Tahun Baru?

1. Gua semakin tua. hampeh btol. Tahun ni da 26 kot umur gua. Tapi asal gua rasa gua macam baru 21? huh!
2. Gua mesti akan salah tulis tahun dalam apa-apa dokumen. Mesti nak tulis tahun sebelum tu gak. Kompem la. Tengok la senin ni cmne. Hish
3. Argghhh! Da makin dekat 2012. Kiamat2. Hahahahha. Bodo gle kiamat 2012. zzz. Bek cakap esok je. Heheheh.
4. Ok cm gampang. Gua da dekat 3 tahun single. Demit. Makin lama single, makin xpandai mengorat makwe, pastu xpandai nak romantik2, pastu tak pandai nak main sms dgn makwe. Harem btol.
5. Muka gua tambah tua. demyu!
6. Makin ramai kawan-kawan yang akan kawen. Stress2. Sori la kepada kawan2 yang aku tak g majlis korang. Bukan apa. Aku segan. Da la aku blaja lagi. Korang da keje gaji riban2 semua. Self confident gua macam turun lak. Pastu korang yang pegi majlis kawen semua tu bawak makwe atau tunang atau isteri. Aku? Single gak. ;((((
7. Harga kereta akan menurun. Bole bagi alasan cmni? Hahaha



Papepon bila masuk tahun baru je, mesti gua rasa kekok. taktau la asal. kena amik masa untuk sesuaikan diri. nervous2. lol. gua memang ade chemistry dengan angka-angka ni. kata pakar matematik sekolah rendah kan? kehkehkehkeh..



p/s- insyaALLAH kalo xde aral melintang, tahun ni body gua akan taff macam roslin hashim. huh.

Friday, December 11, 2009

Filem Terbaru Profesor Teri : Lahirnya Wira Badminton..


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan bagaimana liku siku kehidupan lima budak remaja yang bercita-cita ingin menjadi pemain badminton profesional yang disegani sambil cuba menguruskan badan sehingga ke tahap Roslin Hashim.

Kisah ini bermula pada suatu malam di mana ketika angin sedang sepoi-sepoi bahasa, kelihatan 5 jejaka gagah menaiki volvo lalu sesat di area Cyberjaya kerana failed mencari court badminton. Dan di pengakhirannya mereka berjaya ketemu jalan yang benar di sebuah Restoran Seafood Tomyam.





Berikut adalah gambar-gambar trailer yang berjaya ditangkap secara curi sepanjang shooting filem tersebut.


Muka kerek yang diekspresikan oleh Encik Hero sebelum turun ke gelanggang
"Huhhhhhhh!"



Aksi Partner Hero yang sedang cuba memanaskan badan sambil cuba berlakon jadi serius. Korang jangan main-main. Mamat ni pernah berlakon dalam Kisah Benar kot.



Ok da penat setelah memanaskan badan selama 2.3 minit. Macam cilaka dia punya penat. tu la. Sapa suruh tak bersenam selama 5 tahun ni, kan da pancit? Oke rehat dulu selama 3 jam.



Sesi bergambar peminat dengan kasut-kasut baru yang bakal tak dibasuh selama 10tahun berturut-turut.



Pasangan Chandra Wijaya & Sugit Budiarto dari Hulu Batam, Indonesia memulakan permainan..



Dari arah bertentangan, Bambang Pamungkas tersenyum manja dan kemudian Misbun Sidek dengan cekap serta amanah dan bersahaja membalas servis dari pasangan Indonesia..



Encik Syahid (baju kuning) cuba membuat percubaan untuk mengetuk kepala Encik Aiman(baju puteh suci) dengan raket secara bertubi-tubi tetapi gagal. Oh sayang sekali..
(suara pengulas: Haji Hasbullah Awang)



Kelihatan Bambang Pamungkas terkedu dan kagum pabila melihat Misbun Sidek membuat pergerakan sejenak Songoku Dragonball yang amat mirip sekali dengan pergerakan ghaib dari filem Time Traveler's Wife..



Jumping smash setinggi 0.91mm dilakukan oleh Misbun Sidek tepat ke arah pintu gawang gol Thailand. Dan terus gooooooooolllllllll!!!
(Keputusan: Malaysia 2-1 Thailand)



Kemenangan kami dirai bersama Encik Xoul merangkap pengurus + pengadil yang tak reti kira point + camera man + pelakon tambahan + tukang masak dari siam + pom pom gal + penonton + tukang curi bulu tangkis court sebelah..



Hadiah kemenangan berupa Udang Masak Petai, Sup Ekor dan 2 Pinggan Nasi. Demit! Penat-penat bersenam, akhirnya tewas pada nafsu juga. isk3.. (insap)



200 kalori yang terbakar ketika bersenam digantikan dengan 500 kalori Mee Goreng Mamak. Menarik kan diet kami?



Kami berjaya untuk kurus!!!! Anda bila lagi???




-The END-


Sunday, November 22, 2009

Mimpi Dua Orang Gadis..


Pada tahun lepas, seorang gadis telah bermimpikan aku.
Katanya, dalam mimpi tersebut aku kelihatan amat kacak serta berambot AFRO!!!

Dan pada malam tadi, seorang gadis lain pula telah bermimpikan aku membuat aksi shuffle.

Aneh bukan mimpi-mimpi tersebut?

Setelah aku berfikir mendalam secara paranormal, maka aku telah mendapat kesimpulan bahawasanya gadis-gadis memang suka bermimpikan jejaka impian mereka dalam bentuk atau gaya yang mereka idamkan.

So lepas ni korang jangan terkejut pulak kalo ternampak aku bershuffle sambil berambot AFRO. kehkehkeh







Inilah yang dikatakan bershuffle sambil berambot AFRO.
Tengok? Awek memang suka!
Hahahahhahaha

:P