PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Kenangan Kareb Lama

Semalam bosan gile babi. Habis taktau nak buat apa. Semua keje da setel walaupon hanya makan dan tido dan duduk depan pc 24 jam. Hahahaha. Pastu bukak folder lama2 dalam pc. Delete2 porn yang gambar xclear. Hahahaha. Pastu usya gambar-gambar lama dalam pc. Then terjumpa lak gambar ni.


Gambar kareb lama. Diambil masa 3 tahun lepas kot. Hehe. Muka nak terencat sekor2. Hahahaha. Aku knal budak2 ni 6 tahun lepas. Aku main masuk je mana2 rumah penginapan kat uniten tu. Mana aku tau korang satu geng, pastu sorang kawan korang tak dapat nak masuk rumah tu sebab aku da register rumah tu lagi awal dari budak tu. Mula2 semua panas dengan aku sampai nak berangan cerita lebat nak pukul aku masa tidor. Perangai cam lahabai sekor2. Hahahaha. Tapi misi korang tak berjaya sebab aku selalu keluar rumah sampai subuh. Hahaha. Bodo je perangai sekor2. Last2 kita jadi kawan baik gak kan? Perangai nak sama. Sama2 mata keranjang dan suka berlawak lucah memang kombinasi terbaik antara kita. Hahahaha!

Aku rindu nak dengar Iss bercerita dongeng sebelum kitaorang masuk tido. Walaupon dia merepek tak tentu hala mintak terajang. Pastu bercerita nak sekerat jalan je sebab dia tido dulu masa kitaorang ngah klimaks mendengar cerita. Perangai cam gampang. Orang taknak dengar tapi dia paksa orang dengar. Last2 dia tido dulu. Cam arem. Dah la suka tido bogel. Pastu jalan bogel dalam rumah. Hahaha. Cilaka la ko iss. Aku terbayang kot skang ni. Ko ingat aku tidur mati ke? Babun ayam! Hahaha. Pastu ko cuba tutup kemaluan dengan langsir bila kantoi. Harem jadah btol. Hahahaa.

Aku juga rindu pada mulot jantan berapi, si Shah. Hahaha. Mulot ko kalo tak berapi tak sah kan? Cite nak letup2. Sampai sarol pon join perangai ko sampai skang. Haha. Pastu bila orang bahan, Ko nak marah sungguh2. Hahaha. Gurau2 je la. Ko baik kot. Aku saja usik2. hehe. =)

Dan tak ketinggalan bekas paling kareb, si Topek jambu! Haha! Aku ingat lagi dulu setiap malam kita lepak depan kptm bangi semata mata nak usya awek mana ntah. Cam arem. Pastu lari2 pegi komuter bank negara la. Then lari ke lrt kat belakang sogo pulak. Macam setan! Tak pasal2 bermarathon lak kat KL tengah-tengah malam. Aku ngah cirit birit kot masa tu. Tapi demi nak tengok kawan hepi, aku sanggup berkejar2 dalam taik berciciran supaya ko dapat skodeng makwe tu dari jauh. Babun. Pastu korang leh taknak jumpa gak kan? Penat aku lari dari stesen komuter ke stesen lrt tu. Tak pasal2 aku berak 4 kali dalam sogo tu. Huh.

Hehehe. Banyak lagi kenangan bersama dengan korang je. Tapi takpe la. Kenangan lain tu banyak bahan diri sendiri je. So baik aku simpan sorang2. Hahahaha. Cukup la kenangan ni. Aku dapat bahan korang sket. Hehehe. Jaga diri bebaik weh! Aku selalu jadi kawan baik korang walaupon kita dah tak macam dulu. Aku tau aku banyak susahkan orang. Aku mintak maaf banyak2. Gud luck dalam kehidupan korang! I miss u all! =)

Friday, December 11, 2009

Filem Terbaru Profesor Teri : Lahirnya Wira Badminton..


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan bagaimana liku siku kehidupan lima budak remaja yang bercita-cita ingin menjadi pemain badminton profesional yang disegani sambil cuba menguruskan badan sehingga ke tahap Roslin Hashim.

Kisah ini bermula pada suatu malam di mana ketika angin sedang sepoi-sepoi bahasa, kelihatan 5 jejaka gagah menaiki volvo lalu sesat di area Cyberjaya kerana failed mencari court badminton. Dan di pengakhirannya mereka berjaya ketemu jalan yang benar di sebuah Restoran Seafood Tomyam.





Berikut adalah gambar-gambar trailer yang berjaya ditangkap secara curi sepanjang shooting filem tersebut.


Muka kerek yang diekspresikan oleh Encik Hero sebelum turun ke gelanggang
"Huhhhhhhh!"



Aksi Partner Hero yang sedang cuba memanaskan badan sambil cuba berlakon jadi serius. Korang jangan main-main. Mamat ni pernah berlakon dalam Kisah Benar kot.



Ok da penat setelah memanaskan badan selama 2.3 minit. Macam cilaka dia punya penat. tu la. Sapa suruh tak bersenam selama 5 tahun ni, kan da pancit? Oke rehat dulu selama 3 jam.



Sesi bergambar peminat dengan kasut-kasut baru yang bakal tak dibasuh selama 10tahun berturut-turut.



Pasangan Chandra Wijaya & Sugit Budiarto dari Hulu Batam, Indonesia memulakan permainan..



Dari arah bertentangan, Bambang Pamungkas tersenyum manja dan kemudian Misbun Sidek dengan cekap serta amanah dan bersahaja membalas servis dari pasangan Indonesia..



Encik Syahid (baju kuning) cuba membuat percubaan untuk mengetuk kepala Encik Aiman(baju puteh suci) dengan raket secara bertubi-tubi tetapi gagal. Oh sayang sekali..
(suara pengulas: Haji Hasbullah Awang)



Kelihatan Bambang Pamungkas terkedu dan kagum pabila melihat Misbun Sidek membuat pergerakan sejenak Songoku Dragonball yang amat mirip sekali dengan pergerakan ghaib dari filem Time Traveler's Wife..



Jumping smash setinggi 0.91mm dilakukan oleh Misbun Sidek tepat ke arah pintu gawang gol Thailand. Dan terus gooooooooolllllllll!!!
(Keputusan: Malaysia 2-1 Thailand)



Kemenangan kami dirai bersama Encik Xoul merangkap pengurus + pengadil yang tak reti kira point + camera man + pelakon tambahan + tukang masak dari siam + pom pom gal + penonton + tukang curi bulu tangkis court sebelah..



Hadiah kemenangan berupa Udang Masak Petai, Sup Ekor dan 2 Pinggan Nasi. Demit! Penat-penat bersenam, akhirnya tewas pada nafsu juga. isk3.. (insap)



200 kalori yang terbakar ketika bersenam digantikan dengan 500 kalori Mee Goreng Mamak. Menarik kan diet kami?



Kami berjaya untuk kurus!!!! Anda bila lagi???




-The END-


Monday, November 16, 2009

Hari Terakhir Bersama Mu..

Ku sangkakan jodoh kita panjang. Tapi rupa-rupanya terhenti di tengah jalan. Bukan salah mu. Bukan salah ku. Tapi keadaan yang memaksa ku. Aku terpaksa mencari pengganti mu. Percayalah sayang.. Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Tiada siapa yang mahu hidup dalam kerinduan. Semoga engkau dapat memaafkanku. Semoga engkau berbahagia dengan si dia yang baru.Terima kasih di atas segala galanya. Engkau akan sentiasa berada di hatiku sebagai antara yang terbaik. I will always love you and gonna miss you a lot. Selamat tinggal Honda Accord sayang..



p/s- Gambar terakhir jejaka taff bersama Honda Accord sayang. Sila jangan horny . Sekian.

Tuesday, November 10, 2009

Saturday, October 24, 2009

Berita Baik Untuk Gadis- Gadis Di Luar Sana!



Perhatian! Perhatian!



Kita semua pasti akan berkahwin bukan? Walaupun ada pelbagai halangan, berkemungkinan 80% daripada kita pasti akan berkahwin pada suatu hari nanti.. Dan selepas berkahwin, kita pasti inginkan anak-anak yang comel.. Tapi itu mungkin menimbulkan masalah kerana kita tidak tau adakah bakal anak kite itu comel atau tidak.. Ramai daripada kita akan cuba berusaha untuk memastikan anak yang dilahirkan nanti comel.

Antaranya ialah menatap gambar bayi-bayi yang comel, atau mengusya pakwe-pakwe yang hensem di Sungai Wang, Pertama Kompleks, Sogo( ini untuk mereka yang berpendapat, wajah mat rempit sungguh comel), Stadium Bolasepak(ini untuk mereka yang mengidolakan wajah-wajah kejantanan pemain bolasepak), channel HBO(ini untuk mereka-mereka yang nak anak-anak mereka comel seperti pelakon-pelakon Hollywood).

Bagaimanapun, sesungguhnya semua itu tidak menjamin apa-apa.
Peratusan kejayaan kaedah-kaedah tersebut hanyalah 0.187% sahaja.

Anda semakin buntu?????
Tidak tahu bagaimana cara
untuk memastikan bakal anak anda
nanti kompem akan menjadi
anak yang comel?



JANGAN RISAU!!



Kini kami ada tawaran istimewa untuk mengubati kerisauan gadis-gadis di luar sana!



Tawarannya adalah...






BERKAHWIN
DENGAN
TERI!!

Dan pasti anda akan dapat anak yang comel seperti yang tertera di dalam gambar bawah ini.




"Comelnya anak korang. apa rahsia? ",
tanya makcik jiran sebelah rumah kita.
Kita jawab ape??? ;p


p/s- anak yang comel itu datang daripada ibubapanya. jikalau perangai ibubapanya comel, maka comel la anak itu.

Wednesday, October 21, 2009

Teka Teki Untuk Malam Ni



Cuba Teka Di Mana Saya???





dem! asal gua macam gemuk dalam gambar ni?
bukan dulu gua kurus kering ke?


p/s- gambar diambil pada tahun 1995, kenangan manis semasa di kelas 5 Anggerik, Sek. Keb. Lembah Keramat =)

Friday, October 2, 2009

Abah suka sangat dengar lagu-lagu P. Ramlee.. =)

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti

Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Gambar terakhir bersama arwah abah yang diambil pada Hari Raya Pertama Aidilfitri 2009

A'kum. Semua orang dijemput datang ke majlis tahlil arwah abah saya. Majlis akan diadakan selama 3 malam berturut- turut pada hari khamis(selepas isyak), jumaat(selepas isyak) dan sabtu(selepas maghrib). Kepada mereka yang ada kesempatan, jemputlah datang. 












Tuesday, September 29, 2009

Digamit Memori Silam.. (tajuk nak klasik. lol)

bila aku tengok balik gambar ni, seribu kenangan menerjah pikiran ku. huhu. layan beb. gmbr ni diambil masa hujung 2001, form 5 kt sekolah teknik kl. best gle masa ni. ye la. ngah hensem, mesti la best. hahaha. xde la. masa ni kwn2 ramai. pastu hepi je. masalah takde. g skolah, pastu tdo. kakakakkakaka. duk asrama pon cm raja. eceh. kononnya. haha. badan pon kuat dan sehat. setiap petang mesti turun training bsilat. jangan main2. gua dulu siap ajar junior. selamba je terajang dada org. haha. xde la. aku terajang manja2 je. hehe. ade dulu amik gambar ngah bsilat tp ilang ke mana. huhu. xpe la. ni pon ok. memang menggamit memori silam btol! huhuhu.

p/s- cuba teka aku kat ne?

Saturday, September 26, 2009

Jangan Tengok Sampin Saya..


SEMPENA BULAN RAYA NI, HAMBA INGIN MENYUSUN 20 JARI MEMOHON MAAF DI ATAS SEMUA KESILAPAN DAN KEKHILAFAN YANG TELAH HAMBA LAKUKAN SEPANJANG MENULIS BLOG INI SERTA SEMASA MEMBAHAN BLOG-BLOG TUAN HAMBA SEKALIAN.







DAN TAK LUPA JUGA
HAMBA INGIN
MENGAMBIL KESEMPATAN INI
UNTUK
MENGUCAPKAN
..






P/S-korg jangan tanya kenapa sampin gua jd cmtu. zzz

Wednesday, June 24, 2009

Thursday, May 28, 2009

Muka Gua Masuk Berita Harian!

Pada pukul 10 pagi tadi, ketika aku ngah rancak bermain facebook di opis, tiba-tiba aku didatangi sebuah panggilan dari seorang kawan lama..


Jawa: Wei kacak! Ko kt ne ni?
Aku: Kat opis la.. asal?
Jawa: Gambar ko masuk surat khabar dow!
Aku: Jadah!
Jawa: Btol.. kat berita harian..
Aku: Harem btol!! apa kes lak ni tibe-tibe muka gua masuk paper!


Maka tanpa membuang masa, aku pon cepat-cepat membukak laman web berita harian..







FAK!! GAMBAR AKU!!













Nak tau nape muka aku masuk surat khabar? Korang baca la sendiri kat SINI