PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, October 25, 2010

Kenangan Bersama Cikgu Sekolah Rendah


Tadi gua usya-usya fesbuk sekolah rendah gua. Semua duk citer pasal kenangan dengan cikgu kelas masing-masing. Teringat pulak serba sedikit kenangan di sekolah lama tersayang gua tu. Sekolah terbaik di Gombak kot. Kahkahkah. So kat sini gua nak kongsi secara ringkas apa yang yang patut tak patut tentang cikgu-cikgu kelas gua sepanjang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat dulu.


2 Seroja
Gua masuk sekolah ni masa darjah 2. Sebelum tu gua sekolah dekat Petaling Jaya. Masuk-masuk je sekolah ni jiwa remaja gua berontak sebab kena berpisah dengan geng Ghostbuster kat PJ. Terus gua ngamuk dan score nombor 3 dalam kelas. Huh. Nama cikgu gua kalo tak silap rasanya Puan Asiah. Baik orangnya. Selalu puji gua pandai melukis. Masa tu gua bercita-cita nak jadi pelukis komik Doraemon. Nasib baik gua reti lukis orang lidi je. Kalo tak, sekarang ni gua dah duk Jepun dah. Huh. Oh ye masuk-masuk je sekolah ni, gua terus kena belasah ramai-ramai. Gile ke pe. Dah macam masuk sekolah silat lak. Ade testing-testing ilmu di dada. Last-last gua makan pasir. Dem!

3 Anggerik
Ok tak ingat nama cikgu. Lelaki kot. Suka sangat soal sifir. Dia ajar matematik. Aku cekap congak sejak lepak dengan cikgu ni la. Siapa tak hafal sifir, kena denda duk atas kipas siling. =.= Paling best bila cikgu ni hilangkan report card aku. Habis hilang bukti aku penah dapat nombor top ten dalam kelas. T_T

4 Kenanga
Cikgu kelas masa ni nama Puan Jamilah. Ajar subjek Bahasa Melayu. Pengalaman yang tak boleh aku lupa bila kena lempang sedas sebab kantoi tak hantar karangan bertajuk 'Pengalaman naik kenderaan'. Dekat 3 bulan gak gua kelepet cikgu tu. Last-last mak aku spotcheck bag sekolah aku. Pastu dia pegi report kat cikgu. Tak pasal-pasal kena pelempang. Berpinar kepala. Penat je aku kelentong selama ni, kata takde pengalaman naik kereta.. T_T

5 Anggerik
Ok lupa gak nama apa. Tapi kalo tak silap, jenis macam gatal. Cikgu lelaki yang suka sangat dengar cakap budak perempuan. Hampeh. Dah la suka denda kiteorang lari kat padang berpusing-pusingan. Kadang-kadang aku kompius salah masuk Sekolah Sukan ke apa. Nasib baik last-last body gua taff dan hensem. Dan tak lupa, masa ni gua tengah giat aktif bersukan pedang kayu ala-ala Star Wars atau sukan Teng Teng belakang jamban sekolah. Gua baling batu pejam mata ok? Tak tau sukan Teng Teng tu pe? Pegi google la woi!

6 Kenanga
Nama cikgu adalah Puan Ainon. Dia ni memang legend. Siapa tak kenal dia kat sekolah ni memang tak true la. Bek pegi terjun tiruk kat Sungai Gombak belakang sekolah tu. Cikgu gua ni memang terkenal dengan garang. Dia memang suka cubit perot orang kalo tak dpt full mark untuk subjek yang dia ajar iaitu matematik. Tapi lama-lama perut gua jadi kebal. Pastu dah tak takot nak kena cubit. Last-last gua masuk kumpulan kongsi gelap gagak hitam dengan Faizal Hussein dan bikin album dengan Anuar Zain. Penah dengar lagu Kain Pelikat? Haaa. Gua punya kain pelikat la tu.



The end.

6 comments:

imanshah said...

wah nama kelas berbunga2..saya kelas saya nama warna sudah..merah, kuning, biru dan hijau

teRi said...

haha. sekolah aku nak didik anak murid dia jadi mat bunga kot.

aRrEs™ said...

teri mana cerita lu bersama dengan cikgu misel?


sampai hati lu melupakan jasa cikgu misel..

teRi said...

aku kareb dgn misel. so xde kisah sgt. hahaha. ala ni cite psl cikgu kelas. cite bersama cikgu bi, nanti2 la. hehe

Nem0 o0h Nem0 said...

wow name kelas bunga2..patut la ko pun cam mat bunga..hahahaha

teRi said...

gua cite panjang2 kt blog, tu je kesimpulan korg? huh!