PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, September 22, 2010

Kod Rahsia


Korang penah dengar tak tentang mitos berkenaan perempuan??? Ala pasal ayat perempuan yang ada maksud-maksud yang tersembunyi tu la. Kononnya ade kod-kod rahsia. Dan kononnya macam susah la nak paham hati perempuan ni. Kahkahkah. Dah la ayat pusing-pusing. Bila tak paham, emo pula. Pastu bila kita tanya apa maksud ayat dia, dia nak bertambah merajuk. Adoi macam-macam betol. Nasib baik la makwe cun kan? Kalo tak, memang hantar dorang pegi Banting beli kerepek je terus. Hahaha. (lawak banting)

Contoh-contoh ayat-ayat rahsia wanita adalah:

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Kalo u cakap dia lawa, siap u!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Eh u tak paham-paham ke? I taknak u la!

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Haaa. Lebih kurang macam tu la. Tapi adakah anda tahu lelaki pon ada bahasa rahsia tersendiri? Jeng jeng jeng! Nak tau ke? Okay okay okay. AYAT RAHSIA LELAKI ADALAH...

Kalau lelaki macam saya kata: Saya sayang awak.

Makna tersembunyi: Saya lelaki. Saya tidak mudah sayang pada orang. Mungkin saya boleh suka/minat pada seseorang yang baik, artis atau orang yang lawa. Tapi perasaan sayang tu hanya boleh datang jika saya sudah mengenali awak, memahami awak dan paling penting saya sudah terima awak seadanya. Saya sangat sayangkan awak sebagai kawan biasa awak, sebagai kawan baik awak, sebagai kawan happy awak, sebagai kawan susah awak, sebagai kawan sehidup semati awak. Kenapa saya kata kawan? Kerana hubungan kita bermula dengan kawan semasa saya mula mula mengenali awak dan sepatutnya juga hubungan kita berakhir sebagai kawan juga bila saya tiada nanti. Saya tau awak hanya berkongsi kegembiraan kawan awak. Saya tau bila awak sedih, awak akan cari kawan baik awak. Saya tau awak sayang kat kawan-kawan awak. Maka dengan itu saya sudah berjanji pada diri saya, saya nak jadi kawan awak sampai bila-bila. Tidak kisahlah walaupon awak bukan hak milik saya ataupun awak penah sakitkan hati saya beribu kali, saya tetap kawan awak dan saya sayang awak. =)



Pepatah omputeh penah berkata,
"Perasaan Jatuh Hati timbul bila tengok makwe cun tapi ia hilang semudah ia datang,
Perasaan Suka timbul bila tengok makwe baik tapi hanya suka melihat sahaja, DAN
Perasaan Sayang timbul bila awak buat saya tersenyum
dan ia akan berkekalan dalam hati ini buat selama-lamanya. "

3 comments:

Paan Ovrtd said...

Apakah nerakanya ini Teri? Apakah nerakanya ini????? I demand an answer!!!

TROLOLOLOLOLOLOL

herna said...

encek teri...sy suke entri ini..haha

.rafiq. said...

likeeee..!