PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, June 22, 2011

Jatuh Hati Sehingga Hatinya Jatuh Bersepai Episod 1






Pada suatu pagi di Kampung Jaya, Mersing kelihatan seorang makwe membawa basikal. Nama makwe tu Nora Elena. Mak bapak dia bagi nama tu sebab terpengaruh dengan drama TV3. Muka makwe tu biasa-biasa. Tak serupa langsung rupa macam heroin drama TV3 tu. Alah heroin TV3 tu tak de comel mana jugak. Bila sengeh serupa macam nak kena baling selipar juga. Tapi ada satu keistimewaan pada heroin itu. Keistimewaan yang buat Aaron Aziz rasa malu nak tambah nasi bila scene makan nasi. Ok kita teruskan cerita.

Nora Elena beranggapan pagi tu sama seperti hari-hari yang biasa. Tapi dia silap. Dia memang silap! Ada mata mengekori beliau. Nora jadi suspen, dia bawak basikal laju-laju. Mata tu tak larat nak kejar. Nora Elena meninggalkan mata tu 3 tiang lampu TNB. Mata tu berasa penyesalan yang amat kerana malas jogging masa muda-muda dahulu..

Manakala di suatu tempat berhampiran dengan Kampung Jaya yang mempunyai sebuah dapur rumah orang bujang kelihatan seorang pemuda bernama Amirul melutut ke lantai. Dia memegang dada kirinya dengan begitu ampuh. Kaki Amirul tersepak tin milo ketika cuba bangun. Dan tak semena-mena kawannya, Ismail yang sedang menonton televisyen di halaman rumah jirannya terkejut mendengar bunyi tin milo kegemarannya jatuh, lalu bergegas ke dapur rumah mereka. Setibanya Ismail..

Ismail: Kau kenapa? Buang tebiat ke melutut melamar pagi-pagi ni?
Amirul: Hmmm..
Ismail: Rul..
Amirul: Urghh..

Ismail melibas kepala Amirul dengan paip getah. Amirul kool, seperti tidak endah. Ismail menjadi cemas. Tiba-tiba Amirul bersuara..

Amirul: Is..
Ismail: Ya Rul.
Amirul: Aku sebenarnya sudah tidak punya masa yang lama.
Ismail: Kau kenapa nak bikin suspen sangat?
Amirul: Tidak Is.. Aku sebenarnya sudah jatuh hati.
Ismail: Oh. Bertuahnya gadis itu. Siapa dia Rul?
Amirul: Hmm.. (Amirul membetulkan position duduk beliau. Kelihatan beliau lebih selesa duduk bersandar pada sebuah peti sejuk)
Ismail: Rul..
Amirul: Kau tau kan bahawa sebenarnya..

Tiba-tiba..!!




(bersambung)

4 comments:

arch-t said...

konfem 2bln kemudian br sambung..tu pn kalo sambung..haha

rafiq said...

kalau tak tak sambung2.. ha2

miss labi said...

harap sambung betul ah..jgn hilang pulak..

dekkai said...

harapan la nak sambung