PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Sunday, December 26, 2010

Ini Bukan Kisah Bruce Lee. Wachaaaaaaaaaaa!


Gambar gua masa muda-muda dulu. Suruh member lukis je kot. Pakai crayon je. Masa tu kamera mana ada lagi woi. Kalo sesiapa ade simpan bateri pon dah kira macam orang kaya Ahmad Albab time tu.

------------------------------------------------------------------------------------------


1965..

Gua baru berkahwin. Bini gua kira orait juga. Body ala-ala model. Rupa boleh tahan la. Hotnya ada. Macam rupa Maggie Q. Sila google kalo tak kenal siapa beliau.

Kisah percintaan kami sangat komplikated sebenarnya. Korang pon sedia maklum bagaimana kisah cinta kat TV tu kan? Guling-guling bukit, sedar-sedar Pak JAIS dah standby kat tepi. Peluh ketiak gak nak menjawab dengan mak bapak. Lagi-lagi budak UITM. Ye tak?

Selepas berkahwin, kami berpindah ke kawasan rumah baru. Kami hanya mampu tinggal di rumah flat. Ekonomi negara agak merosot ketika itu. Nak duduk rumah emak, malas nak dengar emak membebel bangun lambat, so kami protes dan beli rumah baru.

Bini gua sudah berkerja. Sangat sibuk berkerja. Pagi pergi kerja, malam balik dan masak, pastu terus tido. Hmmm. Malam pertama je dia mau-mau. Tapi selepas itu dia menjadi dingin. Nak pelok pon wat bodoh je. Pastu buat-buat tak paham bila gua buat posing menggoda atas katil. Maybe sebab dia penat. Atau dia protes gua asyik lepak main Fesbuk kat rumah. Jeles la tu game Mobwar gua dah level 485. Ah abaikan. Dia bukan watak utama dalam cerita ini pon sebenarnya.

Zaman-zaman ekonomi merosot ni memang sedap pekena teh kat kedai Ah Chong. Gua bukan malas berkerja tapi gua baru habis graduate kat Sekolah Kungfu Jackie Chan. Kira sepatutnya gua bukak sekolah kungfu sebijik kat area sini. Tapi bukan semudah itu untuk bukak sekolah kungfu. Gua kena usya-usya line. Mana tau ni kawasan Bruce Lee ke. Tak ke naya kalo kena Balingan Kasut Tanpa Bayang. Mau hilang 3 bijik gigi.

Sedang gua sedap minum teh, tiba-tiba..




bersambung..

8 comments:

tanJung said...

cpat laa smbung!

teRi said...

cey ingat sapa tanjung ni. bikin suspen je. gambar nak cun. haha.

adlia said...

dengki aa tuh!

teRi said...

aik ni cm bulat sket. :P

adlia said...

xpe..sumernye comel..lalalala..

teRi said...

haha. gambar baru ni buat teri betol-betol rindu. =)

adlia said...

hahahaha..gedik ah! :P

teRi said...

=)