PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, August 24, 2009

kisah debab dan boye..

hari ni adalah hari ke 3 kite berpuasa..

macam biasa, pas bsahur dan solat subuh pagi tadi, gua terus sambung tdo sementara menunggu time nak bangun g kelas..

ngah sedap2 gua tdo.. tibe gua dpt sms..

dengan sebelah mata, gua usya sms tu..

DEBAB: lunch kol 1. lol :D

KACAK: $%^&!!!! (gua carot dalam hati je)



malas gua nak layan kanak-kanak tak matang ni. huh. so disebabkan gua xnak membuang pahala gua dengan mencarot, gua pon dgn baik hatinya sambung tdo balik..

tibe-tibe..

beep!

"haih. sapa lak sms ni?". gua pon usya hp gua..

BOYE: gap kol bape? debab ajak lunch..

KACAK:.... (kelu)



korang rasa patot ke gua cari dan pukol budak dua ekor ni? haha

Jum Teraweh (tajuk simple je..)

gua baru ingat hari ni nak g teraweh tapi sekali ade bisul lak. dem. skali tumboh dua bijik lak tu. ni mesti proses pemecahan lemak. kompem! gua budget dekat 20kg kot da turun. kalo xsilap, mengikut pengalaman gua sebagai abang kepada bakal doktor, bisul yg tumboh ni adalah nama saintifik bagi lemak2 yg degil, yg malas nak kua dr bontot so sangkut kt bontot. ok x wikipedia gua pasal bisul? mesti lu org rasa gua mcm tambah kelaka kan? kan? kan?

ok hambar sebenarnya. bye!


nota calculus: korg cmne lak? apa alasan korg xg teraweh malam ni? kehkehkehkeh

entri ini dipaksa oleh xoul..

arghh! tekanan! semua org paksa gua update blog.. yela2. aku update.

hmmm..

ok..

da update.

bye.

Wednesday, June 24, 2009

Tuesday, June 2, 2009

Ego Seorang Lelaki!

Masuk je opis, terus aku on YM..
Saja je.. mana tau ade awek rindu nak chat dgn aku pagi2 ni ke.. lol


Akan tetapi..
Sebaik saja aku bukak YM, ade seseorang telah buzz aku!
Aku terkedu..


Yup..
Ex aku yang buzz aku..
Padahal baru semalam aku g sound dia..


Huh.. nak minta maaf la tu..
Xdapat la weh..
Ingat senang2 ke?
Dah sakitkan hati aku..
Takkan aku nak maafkan macam tu je?
Huh!


Aku senyap..
Sengaja aku tidak taip apa2 sebagai tanda protes..
Maruah perlu dijaga..
Ego mesti tunjuk..
Hati mesti keras..
Kemaluan perlu dipelihara..
Kita mesti ajar perempuan!!


(5 minit selepas itu)

Aku maseh tidak memberi sebarang reaksi..
Sambil membuat muka jual mahal..
Dan meninggikan hidung setinggi-tingginya!
Pedulik apa aku!
Aku takkan tunduk pada perempuan!





(10 minit kemudian..)


...........


CILAKAK!

Camne gua boleh lupa yang YM skang ni dijangkiti virus buzz.. Tak pepasal aku menaruh harapan palsu.. T_T