Berhampiran dengan Bukit Belacan terdapat sebuah kedai kopi. Kedai kopi tersebut kepunyaan Pak Mail. Mengikut buku sejarah Tun Lanang, kedai kopi itu merupakan harta pusaka keluarga Pak Mail berkurun-kurun lamanya. Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan kedai kopi tersebut sudah ada di situ sejak zaman Perang Dunia Pertama lagi. Dengar cerita Hang Tuah pon penah lepak minum kopi di situ dalam perjalanan beliau ke Gunung Ledang. Mungkin sejak itulah kopi mula terkenal di kalangan orang Melaka.
Pada suatu hari, sedang bahagia Pak Mail berniaga, datang seorang pemuda. Lagak pemuda tersebut tidak seperti orang kebanyakkan. Kelihatan amat misteri dan aura paranormal menyelubungi pemuda tersebut. Dengan berpakaian baju melayu sambil memakai tanjak emas bersipuh perak seperti pendekar zaman dahulu kala, ramai yang memandang sinis kepada pemuda itu.
"Apa gila pemuda ini memakai tanjak? Ini zaman hip hop. Patutnya pakai snow cap", getus hati anak Pak Mail, Kamarulzaman yang berkerja sebagai waiter merangkap tukang angkat pinggan di kedai kopi tersebut.
Pak Mail hanya menggeleng-geleng melihat kelakuan remaja zaman sekarang. Pada zaman mudanya dulu, dia lebih ke arah dressing dhoti lantaran pada zamannya itu, cerita hindustan cukup menjadi pujaan. Sebut sahaja Amitab Bachan, pasti gadis-gadis terjerit-jerit. Itu belum lagi sebut B. Rajnikanth. Memang terbang kain dhoti. Wussh! Wussh!! Dushummm! Dushuumm! Begitulah bunyi sound efek cerita hindustan yang menjadi pujaan mereka pada suatu masa dahulu.
Tanpa membuang masa, Kamarulzaman datang mengambil order makan dari pemuda misteri tersebut.
"Abang nak makan apa?"
"Hamba ingin memesan satu set Bigmac. Air Coke. Bagi large ok?"
"Takeaway atau makan di sini?"
"Makan di sini"
"Ok. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami"
Lalu beredar Kamarulzaman menuju ke dapur. Dalam 10 minit, satu set Bigmac siap dan dibawa ke meja jejaka misteri tersebut. Tanpa baca bismillah, jejaka tersebut telah melahap burger tersebut tanpa dia sedari gelagatnya itu sedang diperhatikan oleh beberapa ekor burung gagak. Sudah pasti satu perkara yang buruk akan terjadi nanti.
Tiba-tiba!
"Arghhh! Ni aku benggang gila ni!!! Hampeh btol la!!!" jerit pemuda tersebut..
"Sabar orang muda. Sabar. Apa yang telah terjadi?", tanya Pak Mail yang kebetulan sedang melepak main dam haji di sebelah meja pemuda tersebut.
"Kalau saya beritahu, mesti pakcik marah gak! Percayalah!"
"Tidak mengapa orang muda. Pakcik sedia menjadi mendengar.. Meh pillowtalk. Meh meh"
"Tidak boleh pakcik! Ini merupakan masalah personel saya. Saya malu nak bercerita kepada sesiapal!"
"Takpe-takpe. Kebetulan pakcik ada Master dalam bidang Psikologi. Mana tau pakcik boleh tolong. Mai habaq kat pakcik padia"
"Err.. Sebenarnya saya lupa bawak beg duit. Boleh hutang tak?"
"..........."
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 comments:
abeskan citer 60 sen dulu!
nie dh bes ker or der smbgn lgie...
huhuhuhu
Aku setuju dengan komen pertama!
cam haram la cerita baru..cerita lama tak habis lagi
Ni kompom alasan kamu bile kami mintak belanje cendol nanti!
typical ayat2 mamat yg nk makan pree
poodah
LOL :DD
saket pancreas den bc blog km ni~
Post a Comment