PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, June 15, 2010

Gua pon Layan Gak..

Sori sebab gua da lama tak update blog. Al maklum la gua sekarang sebok sket sejak dapat projek 14 milion rupee hari tu. Tu belom cerita pasal tak menang tangan layan makwe-makwe kat fesbuk lagi. Tapi dalam sebok-sebok pon gua sempat mengikuti peredaran hal ehwal semasa. Gua tau skang ni Lagenda Budak Setan ngah panas kat panggung wayang. Sapa tak tengok, memang masa kat sekolah rendah dulu selalu sesat dalam perpustakaan. Btol tak?

So dah alang-alang layan Lagenda Budak Setan, gua terus terjebak dalam budaya membaca novel. Mana tau pasni novel-novel tu pon keluar wayang gak ke. Haaa! Masa tu boleh la gua berlagak kat dalam fesbuk. Huh!

Dan secara kebetulan, mak gua lak boleh beli 2 bijik buku novel sebagai hadiah besday gua minggu lepas. Memang kena la dengan citarasa gua yang terkini. Kehkehkehkeh..
















Amacam? Korang rasa bila wayang nak bikin filem ini novel? Layan gak dow. Lagi-lagi 2 jam sebelum nak amik exam. Memang tangkap nanges la.


P/S- Apa barang layan Ahadiat Akashah dengan Ramlee Awang Murshid. Layan Dr Fadzilah Kamsah la kalo ada berani. Dengar nama pon da bunyi cam awek hot. Apatah lagi isi kandungan novel tersebut. Pehhhhh. Slurrppp. Nyum nyum

Wednesday, June 9, 2010

Today is my birthday but I'm not happy.


Banyak sangat masalah yang dihimpun. Banyak sangat ujian yang mendatang. Masa depan yang sangat mengaburi. Aku cuba buat-buat gembira tapi hanya separuh mampu. Yang pasti ku cuma mampu taip 'hahaha' sebagai alas. Hakikatnya, tiada siapa tau isi hati ini. Terlalu banyak yang bermain di minda.

Kebetulan, ini 1st birthday ku tanpa arwah abah. Jarang amat aku menyambut hari kelahiran tapi malam ini aku sangat rindukan abah. Selalunya semua benda dalam kawalan abah, tapi sekarang semuanya menjadi tanggungjawab sendiri. Bukannya aku tidak pernah hidup berdikari, tidaknya aku takot dengan realiti kehidupan, kalau tidak, masakan aku boleh hidup di perantauan orang pada suatu masa dahulu. Akan tetapi pabila abah sudah tiada, rasa seolah olah tiang kekuatan ku longgar. Diibaratkan payung ku bocor, baju ku carik. Seolah-olah ada sahaja yang tidak kena. Bukan niat ku meletakkan kehilangan arwah abah sebagai punca kenapa kehidupan ku jadi begini, aku cuma terlalu rindukan dia.

Dan menjadi kelaziman pabila mempunyai masalah, aku akan slalu buat-buat lupa. Cuba lelapkan mata untuk hilang memori sebentar. Ku ketahui ia tidak akan dapat selesaikan apa-apa tapi sedikit sebanyak dapat mengurangi berat beban yang ku pikul ini buat seketika. Aku cuba pengaruhi minda ku bahawasanya semua masalah ini boleh diselesaikan dan semuanya akan kembali pulih sedia kala. Aku rindu semuanya. Sentiasa ingin masa dapat diputar seperti roda. Tapi semuanya mimpi. Dan aku akan cuba untuk gembira. Cuba tersenyum. Cuba hadapi semua ini dengan gagah. Dan tolong doakan supaya semuanya akan jadi ok.


Rindu arwah abah. Al Fatihah.













chat dgn awk,
wat sy hepi.

Tuesday, June 8, 2010

Kenangan Kareb Lama

Semalam bosan gile babi. Habis taktau nak buat apa. Semua keje da setel walaupon hanya makan dan tido dan duduk depan pc 24 jam. Hahahaha. Pastu bukak folder lama2 dalam pc. Delete2 porn yang gambar xclear. Hahahaha. Pastu usya gambar-gambar lama dalam pc. Then terjumpa lak gambar ni.


Gambar kareb lama. Diambil masa 3 tahun lepas kot. Hehe. Muka nak terencat sekor2. Hahahaha. Aku knal budak2 ni 6 tahun lepas. Aku main masuk je mana2 rumah penginapan kat uniten tu. Mana aku tau korang satu geng, pastu sorang kawan korang tak dapat nak masuk rumah tu sebab aku da register rumah tu lagi awal dari budak tu. Mula2 semua panas dengan aku sampai nak berangan cerita lebat nak pukul aku masa tidor. Perangai cam lahabai sekor2. Hahahaha. Tapi misi korang tak berjaya sebab aku selalu keluar rumah sampai subuh. Hahaha. Bodo je perangai sekor2. Last2 kita jadi kawan baik gak kan? Perangai nak sama. Sama2 mata keranjang dan suka berlawak lucah memang kombinasi terbaik antara kita. Hahahaha!

Aku rindu nak dengar Iss bercerita dongeng sebelum kitaorang masuk tido. Walaupon dia merepek tak tentu hala mintak terajang. Pastu bercerita nak sekerat jalan je sebab dia tido dulu masa kitaorang ngah klimaks mendengar cerita. Perangai cam gampang. Orang taknak dengar tapi dia paksa orang dengar. Last2 dia tido dulu. Cam arem. Dah la suka tido bogel. Pastu jalan bogel dalam rumah. Hahaha. Cilaka la ko iss. Aku terbayang kot skang ni. Ko ingat aku tidur mati ke? Babun ayam! Hahaha. Pastu ko cuba tutup kemaluan dengan langsir bila kantoi. Harem jadah btol. Hahahaa.

Aku juga rindu pada mulot jantan berapi, si Shah. Hahaha. Mulot ko kalo tak berapi tak sah kan? Cite nak letup2. Sampai sarol pon join perangai ko sampai skang. Haha. Pastu bila orang bahan, Ko nak marah sungguh2. Hahaha. Gurau2 je la. Ko baik kot. Aku saja usik2. hehe. =)

Dan tak ketinggalan bekas paling kareb, si Topek jambu! Haha! Aku ingat lagi dulu setiap malam kita lepak depan kptm bangi semata mata nak usya awek mana ntah. Cam arem. Pastu lari2 pegi komuter bank negara la. Then lari ke lrt kat belakang sogo pulak. Macam setan! Tak pasal2 bermarathon lak kat KL tengah-tengah malam. Aku ngah cirit birit kot masa tu. Tapi demi nak tengok kawan hepi, aku sanggup berkejar2 dalam taik berciciran supaya ko dapat skodeng makwe tu dari jauh. Babun. Pastu korang leh taknak jumpa gak kan? Penat aku lari dari stesen komuter ke stesen lrt tu. Tak pasal2 aku berak 4 kali dalam sogo tu. Huh.

Hehehe. Banyak lagi kenangan bersama dengan korang je. Tapi takpe la. Kenangan lain tu banyak bahan diri sendiri je. So baik aku simpan sorang2. Hahahaha. Cukup la kenangan ni. Aku dapat bahan korang sket. Hehehe. Jaga diri bebaik weh! Aku selalu jadi kawan baik korang walaupon kita dah tak macam dulu. Aku tau aku banyak susahkan orang. Aku mintak maaf banyak2. Gud luck dalam kehidupan korang! I miss u all! =)

Sunday, June 6, 2010

TAG dari Puan Qila Comel. :P

Dah berpuluh tahun aku boikot TAG disebabkan sos cili life, brand sos cili yang paling aku suka dan tersedap di bimasakti, sudah tidak dijual di Bangunan Warta, Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun pada hari ni aku bangkit kembali dari kematian sos kerana kedai mamak depan rumah aku ni dah start jual sos cili life. Maka bermulalah kehidupan TAG aku!


Haaaa! TAG ni ditaja oleh Puan Qila Yang Comel. Kalo nak tau dia btol2 comel ke tak, cuba tengok mamat yang pakai tengkolok tu. Comel tak? Kalo comel, kompem Qila pon comel. Sekian intro dia.

Dan soalan-soalan dari TAG tersebut adalah:

1. adakah anda rasa anda hot?hmmm skang ni hot gile. dah pukol 11.26 pagi. panas2. da la baru lepas berkebun depan rumah. pastu makwe jiran sebelah nak skodeng gak. panas ati gua. kalo nak, ckp! huh. ok bye nak g mandi..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?

3. cerita pasal gambar ni?
demit! kantoi plak gambar baru kereta gua. baru nak wat suprise. dulu gua selalu buh gambar makwe gua, tapi disebabkan dia dah kawen, gua terpaksa ganti dengan gambar kereta gua, merangkap bini baru gua dan merangkap robocop balai polis bandar baru bangi. kepada ex gf gua, jessica alba, abang mintak maaf kerana terpaksa mengganti gambar dinda dengan gambar bini baru abang. abang dah tak mampu menahan gelojak asmara kuda kita.

4. kali terakhir makan piza?ntah. da lupa. 2 bulan lepas kot. gua bukan ada duit hari2 nak makan pizza. sob3. sedeh2. zzz. apa mende makan pizza? dia masak roti je kot dalam oven pastu buh udang kecut dua tiga ekor, tambah ajinomoto, tambah keju beger ramlee. pastu siap! dan kena bayar rm30 untuk sekeping. rugi2. bek gua makan kat umah. ada siakap 3 rasa, ketam masak lomak, tomyam terengganu. semuanya free. lol. demit. gua lapar lak tetibe.

5. lagu terakhir anda dengar?Faizal Tahir - Selamat Malam
(layan gak lagu ni kalo dengar b4 nak tdo. lagi2 kalo ada makwe tolong dodoikan. pehhh!)
6. apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?angkat ketiak untuk keringkan bulu ketiak sambil bermain takraw.
7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?teri, along, syah,hairi, kacak, abang, pakcik, awak, kamu, engkau, babun, jubo, nenek ko, woi!, brader yang badan taff, sayang(ops!), atok(uhuk2!), pendekar naga emas (ok nama ni gua reka masa zaman imaginasi kecik2 dulu.zzz)
8. tag lagi 5 orang yang nak kene tag?a. xoul
b. aceed
c. prince persia
d. jessica alba

9. sape orang no 1 dengan anda?
ketua PBSM masa skolah rendah merangkap setiausaha Pandu Puteri dan merangkap kawan baik gua yang terbaik di planet marikh, bff terbaik di alam maya dan juga alam dan manusia serta Alam Perwira.
10. katekan sesuatu kepade orang no 5?hmm.. awak.. awak.. hmmm.. malu la nak cakap dengan awak. uhuk2.
ok2. saya tanya ni. awak.. awak tido awal ke malam ni? ok selamat malam. zzz

11. no 3 ade hubungan dengan sape?
gua suspek mamat ni ade hubungan kongsi gelap atau kekasih gelap dengan princess tamina yang turut dikenali dengan nama princess farah dalam wikipedia. gua akan cuba siasat benda ni. mesti siasat! manyak jeles wor! princess tu cun kot! demit gemma watson. asal sore awak seksi. mayb esok kot gua baru nak tgk wayang cite prince persia ni. tengok la kalo ade makwe lain ajak tengok skali ke. zzz
12. bagaimana dengan orang no 2?
oh awek ni. kalo tak silap gua, ari tu ada nampak dia mandi slide kat sungai gabai ari tu. dulu dia ni ketua kongsi gelap kat sungai tekala. skang dengar cite, da jaga kawasan sungai gabai kot. taff minah ni. angkat beras 5kg, sebelah tangan je kot. dan tak lupa juga, merupakan pemenang berebut remote astro channel disney selama 5 tahun berturut2.


13. kata-kata cinta kepada orang no 4?
muah2. walaupon awak da jadi bini orang dan mak kepada orang lain. saya tetap mengsecret admire awak dari jauh, sejauh 50000km. miss u. katil saya still ade bau ketiak awak. sob3.

14. berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?
a. tak knal pon tapi saja nak tag. booooo! hahahaha.
b. bosan
c. sangat bosan
d. kroohh2

.

Friday, June 4, 2010

Arghhh! Silau-silau!

demit! rasa macam masuk blog orang lain lak!