PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Monday, April 26, 2010

Keciwa

Tadi dalam kol 10 malam, aku tertido. Skali mimpi benda-benda ngarot. Nasib baik tersedar. Bosan layan mimpi. Pastu dalam keadaan mamai, aku pon bangun dan bukak pc. Ade awek Uniten ym aku. Aku pon layan la.

AWEK: Hey stranger
GUA: ..
GUA: hey beauty
AWEK: hahaha, wow I'm in SHOCK right now..
GUA: haha
AWEK: hey whats up sweetie?
GUA: baru bgn tdo
AWEK: http://www.OfferGiveaway.Info I won the new Apple Ipad here and got it today, use that site quick tell me if u win, they still have a few
GUA: -.-
AWEK: yea it's totally free too, I only put my email and zip code..then 5 min after get an email saying i won, they shipped it overnight.
AWEK: these are soooo cool! lol I never won anything in my life..I can't believe this worked



GUA: ....................




MACAM CILAKA.
CAMNE GUA BOLE LAYAN YM DENGAN VIRUS? DEM!!

Wednesday, April 21, 2010

formspring.me

tanya apa je. aku akan cuba jawab sambil bergurau senda. http://formspring.me/teribogad

Friday, April 16, 2010

Montok.

mantap gak bontot gua bila pakai kain pelikat ni.
ok away sembahyang jumaat.

Thursday, April 15, 2010

destinasi

aku betol2 takot kali ni. harap semuanya ok.

Tuesday, March 30, 2010

Nasi Kerabu Memang Sedap!


Pada zaman dahulu kala terdapat sebuah tempat yang diberi nama Negara Nasi Kerabu. Adapun negara ini sejak Perang Dunia Ke Dua memang aman damai sahaja. Jarang sekali berlaku pertelingkahan makcik jiran rumah sebelah berebut pokok rambutan. Kira memang aman damai betol la. Polis pon dah banyak letak jawatan masuk Akademi Fantasia.

Pada suatu hari, kelihatan sesusuk tubuh tegap berlari pantas memasuki kawasan Istana. Tiada siapa berani menahan pemuda tersebut. Gayanya seperti cemas benar.

Sebentar sahaja tubuh tegap itu sudah terpacul di depan Sultan Gajah yang sedang asyik menonton Saluran Astro Ceria. Tergamam seketika baginda. Remote Astro terlepas dari tangan. Sang Aceed yang berada di sebelah baginda, terus merampas remote Astro tersebut dan menekan Saluran Disney, saluran kegemaran beliau.

Sultan Gajah mencebik muka. Dan tidak semena-mena suasana menjadi hening.


"Ampun patik beribu-ribu ampun! Sembah patik harap diampun!!", sembah Sang Pasola yang berbadan tegap itu.

"Ya Mamanda Perdana Menteri Sang Pasola, apakah gerangannya datang masuk mengadap?", balas baginda.

"Patik mau tumpang tandas kejap. Dah tak tahan dah ni. Isk.."

"..........."



(BERSAMBUNG...)