Malam tadi gua pergi pasar malam. Yela orang bujang. Nak masak pon dah naik jemu. Asyik makan lauk sama je hari-hari. Setakat tomyam, asam pedas, sup ekor semuanya gua dah naik muak dan pagi tadi gua cirit sebab sup ekor gamaknya.
Selesai je parking kereta, gua terus cari port kuewteow goreng kerang. Peh kuewteow kerang dia tip top beb. Sedap gila. Dah la banyak letak kerang. Fresh-fresh pulak tu. Kuewtiow pon cukup sos kicap. Memang dahsyat- dahsyat. Harga pon murah. RM2 je. Mana nak cari kan? Jimat banyak tu duit.
Sampai je depan gerai kuewtiow goreng kerang tu, gua kerut dahi kuat-kuat. Gua usya gerai ni betol-betol. Gua mundar mandir depan gerai tu sambil intai-intai mana yang patut atau tak patut. Kemudian gua datang dekat gerai tu.
PRAPPPPPPP!
Terbalik meja gerai tu gua baling.
Pastu gua balik rumah goreng telur dan makan dengan nasi lauk kicap!!
Ada ke patut dorang naikkan harga dari RM2 jadi RM2.50 ? Gua bawak 2 ringgit je weiiiii!!
Wednesday, February 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 comments:
Kita bakor je kedai tu.
sedap nya..d kk x restoran yg jual menu nie...hampeh..dulu2 ada tp dah ber tahun2 x ..masa bln posa je ada jual kat bazar..harga tu sgt2 murah banding dgn harga d kk..rasa2 nya misti awak lg marah...
haha. manade marah. cuma terbawak 2 ringgit je. :P
Post a Comment