PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, April 19, 2011

Perkara-Perkara Yang Isteri Tidak Gemar Tentang Suami.



1. Bangun tidur kena kejut dengan manja. Isteri tidak boleh kejut guna kaki.

2. Si suami suka letak barang merata-rata. Kemudian bagi alasan ada penyakit nyanyuk, kencing manis dan kudis buta.

3. Tak pandai cuci pinggan. Si suami hanya pandai cuci mata, kereta dan bini sahaja.

4. Sebelum kahwin si suami hanya pandai seterika baju. Selepas kahwin, tetibe pandai make up muka sendiri dan hobi pakai baju kebaya.

5. Sebelum kahwin, si suami mengaku pandai memasak. Selepas kahwin bila suami disuruh masak nasi, dia hanya berdiri memandang beras. Perangai sama macam Edrie Hackerzx. Memang boleh membuatkan isteri sumbat kasut tumit tinggi saiz 6 ke dalam mulot si suami.

6. Sebelum kahwin, suaminya berdada bidang. Selepas kahwin, bila periksa rupa-rupanya si suami pakai bengkung.

Thursday, April 14, 2011

Ohhh Kuala Lumpur.. Kota raya ku..




Pada suatu malam yang ajaib berhampiran dengan kawasan Damansara, kelihatan dua remaja sedang bermanja-manja dalam perjalanan ke Kedai Makan Williams yang terletak di SS24..


Gua: Aku rasa kita tak pernah lalu jalan ni la.
Sarol: Kita penah lalu la jalan ni. Kawasan gua. Gua tau la.
Gua: Mana ade. Tak penah la woi.
Sarol: Haih. Asal ko degil sangat ni?
Gua: .......


BEEP!
Xoul sms.
"Dah sampai. Korang kat mana?"
Gua balas.
"Jap. Ngah cari parking."


40 minit kemudian..

Gua: Gampa! Dah bape kali sesat ni. Dah-dah u turn cepat! (muka bengis hensem)
Sarol: Aaaaaaa. Ok-ok. (muka nanges)
Gua: Nanti tengok signboard tu. Dah terlepas jauh kita ni.
Sarol: Ko tengok. Aku drive.
Gua: Ok.



Gua: Shit. Gua tak nampak.
Sarol: Mende pe tak nampak? Aku nampak je. Ko tengok la betol-betol.
Gua: Tak nampak la gila!
Sarol: Aku tengok dari sidemirror pon da bole nampak signboard tu.
Gua: Dia tulis apa?
Sarol: Errr aku nampak signboard je. Tulisan tak nampak. Hehe.
Gua: .............


BEEP!
Sms Xoul masuk.
"Korang parking mana ni?"

Tuesday, April 5, 2011

Yes yes yes yes!



Yes! Berat gua dah cecah 110kg. Korang ado?


Wednesday, March 23, 2011

Sebenarnya tadi gua sedang moody. Tapi tiba-tiba ada orang komen kat fesbuk..



Makwe Jepun: seronok dpt pujian mcm ni.haha.tengs teribogad.i'm your fan.:D

--------------------------------------------



Terus gua tersengih sampai malam esok punya tahun depan punya depan lagi depan sket lagi depan tarak pusing belakang punya.
Kehkehkeh

Monday, March 21, 2011

Tahukah korang?

1.Tahukah korang bahawa gua sudah lama private belog ini?
Sudah tentulah korang taktau sebab korang bukan hari-hari buka belog ni. Gua je yang rajin stalk belog sendiri. Baca sorang-sorang pastu rasa nak lempang diri sendiri.

2.Tahukah korang bahawa gua sudah delete twitter?
Sudah tentulah korang harem taknak amik tau sebab siapalah gua di sisi korang.

3.Tahukah korang kenapa gua delete twitter?
Sebab twitter ni hanya mengingatkan gua pada seseorang. Dan kini gua nak let go dia sebebas-bebasnya. Amacam power tak skill gua nak hilangkan ingatan? Kalau tak jadi gak skill ni, gua sendiri hantuk kepala kat monitor ni laju-laju.

4.Tahukah korang bahawa gua telah menahan dari menangis selama 3 hari 3 malam sebab habuk masuk mata?
Mestilah korang taktau sebab gua bukan duduk serumah dengan korang pon.

5.Tahukah korang apa yang korang taktau?
Peduli hapa sama lu orang punya taktau. huh.