PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, January 17, 2012

Blog yang semakin dimamah usia..

Hmm. Agak usang sudah blog ini. Sudah terlalu lama aku berhenti menulis. Mungkin pen aku sudah patah. Mungkin pensel aku sudah tumpul. Mungkin pemadam aku kena curi dengan adik aku. Hmmm. Mungkin aku sebenarnya sudah tidak petah menulis. Hmmmm..

Ahhhh aku tau kalian pasti tidak percaya. Apakan daya, walau seribu alasan ku beri, pasti akan ada yang menyangsinya. Yaa benar Ahmad. Mana mungkin seorang lelaki biasa terlalu sibuk dengan dunia lain kalau masih single, hati kesepian, makannya tiada berteman, sentiasa berbulu dada, berjambang Eric Cantona dan berwajah Safee Sali. Hmm. Perangai merepek aku masih tidak hilang dan semakin hilang arah. Baiklah! Mari sambung wat keje!

P/s- Power tak gua keje lagi kol 12 tengah malam dari rumah. Kahkahkah