PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Saturday, February 12, 2011

Monday, February 7, 2011

LPT

Korang tau LPT tu apa? Haa. LPT tu singkatan untuk 'Lebuhraya Pantai Timur' yakni lebuhraya yang menghubungkan negeri-negeri pantai timur dari Karak, Pahang sampailah ke Terengganu. Haa taktau Karak kat mana? Pergi jahanam.


Gua siap lukis peta LPT fasa 1 untuk korang-korang yang buta geografi. Kalau tak reti juga baca peta, sila pergi dapur dan amik kuali lalu masak daging masak kicap. Pastu bila da siap, buh daging kicap tu dalam pinggan dan seterusnya ketuk kepala anda guna kuali. Ni asal bebal ikut cakap gua ni? Lempang kang.

Dulu dulu sebelum wujudnya Lady Gaga, LPT ni takde lagi. Kira baru gak la menatang LPT ni lahir. Dalam tahun 2004 kalau gua tak silap. Sebelum LPT ada kenderaan-kenderaan berat perlu menggunakan jalan-jalan dalam Pahang. Memang jauh la. Korang bayang la biasanya kalau ikot LPT dari Karak ke Kuantan amik masa 2 jam je tapi kalau ikot jalan dalam ni mau cecah 5 jam jugak gua rasa.

Sememangnya kampung gua kat Terengganu dan Kelantan so memang selalu la guna jalan dalam ni untuk balik bersama keluarga yang tercinta menaiki kereta dengan masa perjalanan selama 8 atau 9 jam. Memang letih. Memang pitam. Tapi layan je la. Nasib baik pantai banyak. Boleh berhenti berkelah dan mandi manda secara bogel. Seronok.

Dan kisahnya bermula pada suatu hari dalam tahun 1994 yakni semasa gua darjah 4, kami sekeluarga telah sebulat suara untuk pulang ke kampung. Nak atau taknak kiteorang memang kena lalu jalan dalam Pahang jugak walaupon gua pernah muntah 36 kali dalam kereta sebelum itu dek kerana mabuk kereta.

Sepanjang perjalanan tu gua tak berapa boleh nak tidur sangat sebab bergelut dengan penyakit mabuk kereta. Struggle juga la. Habis tiang lampu gua kira untuk hilangkan mabuk kereta. Tak cukup tiang lampu, gua kira dengan lembu-lembu sekali. Dan dalam tak semena-mena, gua terjumpa sebuah tempat yang sangat rare.




"Oooo New Zealand dengan kampung gua tak jauh mana rupa-rupanya"


















Nukilan budak darjah empat yang tak sempat ambik subjek kajian tempatan.

Wednesday, February 2, 2011

Kemaluan Yang Sungguh Memalukan.

Kisahnya begini. Tengah hari tadi gua pergi mesin ATM nak keluarkan duit. Malangnya tidak berjaya. Ada problem apa ntah. Gua pon akur dan redha dengan kebodohan mesin tersebut. Takpela. Mesin ni pon macam kita. Kadang-kadang ada konflik dalaman. Hari-hari kerja 24 jam sehari. Mau tak stress kan? Mana la tau bergadoh dengan makwe ke apa, mungkin itu sebab hari ni tak berapa nak perform. So gua maafkan mesin tersebut.

Kemudian gua balik rumah. Sambil bosan-bosan tu gua check la cimbclicks gua. Mana tau duit gaji dah masuk ke. Sekali tengok-tengok duit gua hilang. WTF! Duit makan untuk seminggu tu. Tiba-tiba ghaib. Confirm duit tu kena tolak masa nak keluarkan duit tadi. Dah la gua ngah pokai. Tu je duit yang gua ada dalam bank. Memang gua lari laju-laju sambil nanges menuju ke arah telefon rumah.

Gua call careline CIMB dan tanya pasal benda ni. Dan dorang ngaku ada problem dan suruh gua buat aduan kat cawangan CIMB yang berdekatan. Selesai buat aduan, gua pon balik rumah. Pastu macam biasa, gua pon berlakon jadi budak emo gothic pakai payung stokin hitam dan mengadu manja kat twitter.







AMIK KO!
Baru nak bahan CIMB kat twitter, sekali dorang alert pulak.
Naik malu gua. Kahkahkahkah

Kuewteow Goreng Kerang

Malam tadi gua pergi pasar malam. Yela orang bujang. Nak masak pon dah naik jemu. Asyik makan lauk sama je hari-hari. Setakat tomyam, asam pedas, sup ekor semuanya gua dah naik muak dan pagi tadi gua cirit sebab sup ekor gamaknya.

Selesai je parking kereta, gua terus cari port kuewteow goreng kerang. Peh kuewteow kerang dia tip top beb. Sedap gila. Dah la banyak letak kerang. Fresh-fresh pulak tu. Kuewtiow pon cukup sos kicap. Memang dahsyat- dahsyat. Harga pon murah. RM2 je. Mana nak cari kan? Jimat banyak tu duit.



Lebeh kurang macam ni la kuewteow goreng kerang yang gua cakap tu.
Nampak sedap kan?



Sampai je depan gerai kuewtiow goreng kerang tu, gua kerut dahi kuat-kuat. Gua usya gerai ni betol-betol. Gua mundar mandir depan gerai tu sambil intai-intai mana yang patut atau tak patut. Kemudian gua datang dekat gerai tu.



PRAPPPPPPP!



Terbalik meja gerai tu gua baling.

Pastu gua balik rumah goreng telur dan makan dengan nasi lauk kicap!!


Ada ke patut dorang naikkan harga dari RM2 jadi RM2.50 ? Gua bawak 2 ringgit je weiiiii!!

Tuesday, February 1, 2011

Kisah 4 Pagi.

Cerita dia macam ni. Sekarang ni pukul 4.30 pagi tapi gua takboleh tidur. Walhal gua dah tertidur pun sebenarnya pukul 1pagi tadi tapi terbangun sebab cirit birit. Sedang sedap cirit, masa tu la gua start bersin tanpa berhenti. Yela. Dah jamban tu sejuk. Mana tahan oh.

Dalam termenung-menung tu gua teringat kisah kenakalan gua kat kampung. Dulu masa gua umur 4 tahun, gua memang gangster. Kambing, itik, angsa dengan ayam kat kampung tu memang dah cukup respek dengan gua masa tu. Cucu-cucu lain lak memang jenis ikut je cakap gua. Semua berdebor kalau gua tenung sambil tarik seluar dorang. Lagi-lagi gua ni cucu sulung dalam keluarga mak gua. Born to be a leader, mak gua kabo. So secara automatiknya semua orang kena ikut cakap gua, kalo tak gua merajuk sambil bawak lari ayam goreng panjat pokok kelapa.

Atok gua cerita, hobi gua yang paling true time tu adalah scene pukul kambing. Tapi pukul tak kuat mana la. Yela masa tu gua umur 4 tahun. Pukul kuat mana je pon. Tumbuk sambal belacan pon tak menjadi. Paling kuat gua pukul pon, nanti kambing tu kejar gua balik dan tanduk bontot gua laju-laju. Patut bontot gua tongek. Cis.

Tapi selepas bergaduh lebih kurang, kitaorang kembali berdamai. Dah puas main dengan kambing, gua mesti ajak kambing tu balik rumah atok gua. Biasanya masa nak balik tu, dia berlakon jadi kuda dan gua lak berlakon jadi penunggang kuda. Kira kitaorang punya ikatan kimia masa tu memang padu la. Hanya makwe je boleh memecah belahkan kami. Tapi semua tu hanyalah kisah sebelum Hari Raya Korban. Selepas hari raya, semua wat hal masing-masing.