PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, December 29, 2010

Dialog Antara Genius-genius Serumpun Di Fesbuk.


Mamat Indonesia:
FIFA menjatuhkan sanksi kepada FAM (PSSI nya Malingsia) denda 40 jt dolar & larangan menggelar pertandingan sepakbola selama 4 Tahun karena tindakan tidak sportif dalam Piala AFF (menaburi bubuk gatal & sinar laser).Untuk suporter Indonesia, JANGAN BERTINDAK BODOH di GBK agar kita tidak dijatuhi sanksi oleh FIFA. JANGAN gunakan SINAR ...LASER & JANGAN ANARKIS!!!KITA MENANG DENGAN TERHORMAT, KALAH JUGA HARUS SECARA TERHORMAT!

Gua:
mcm org bodoh je. pegi school ke tidak ni? (gua terus keluar baran silat gayung harimau bila dengar berita fitnah camni)

Mamat Indonesia:

loh kalo kami tidak school kami bakal anarkis brother,,,, kami menghimbau saudara2 kami di indonesia untuk fair play damai dan menyambut timnas malaysia dengan baik,,, kami akan beri contoh pada tetangga kami yang katanya serumpun, cara2 menj...adi penonton yang FAIR PLAY!

Gua:
kamu pon provok kami macam2. rileks la. (DEM! gua terkena balik. tu la. main sound je. kahkahkah. kepala terus blur taktau nak jawab apa)

Mamat Indonesia:
ia kami rileks ko brother, kami g provok sama sekali hanya mengingatkan,,, okai, salam damai dari kami INDONESIA,,,
kami tau kok kita sedang di adu domba sama politik agar kita berperang padahal jika bersatu indoneisa dan malaysia bisa menjadi HEBAT

Gua:
salam damai juga dari kami. ayuh berjuang jadi hebat! (ayat malas nak layan dah. haha)

Mamat Indonesia:
kita sama2 negara Islam brother, jangan mau di adu domba sama negara2 macam amerika ISRAEL dll
tolong sebarkan salam damai dari kami


Gua:
oh ye. sebenarnya tadi saya marah bila baca statement dari anda bahawa Malaysia didenda 40juta dolar dan dilarang dari memasuki mana2 pertandingan. dari mana anda dapat berita demikian? sesungguhnya berita tersebut tidak benar. (setelah sejam, gua tegur mamat tu balik)

Mamat Indonesia:
dari twitter salah seorang artis di Indonesia,,,maaf jika salah, tetapi kami agak kecewa dengan sambutan saudara2 di malaysia
yang menurut saya kurang fair play,,, knapa kalian seperti itu?


Gua:
Mungkin ada di antara kami yang termakan dgn provok kalian yang keterlaluan lantas hilang kesabaran dan cuba membalas. Lebih2 semasa di indonesia, kami dihina dan pemain kami juga diserang dengan laser serta bermacam2 gangguan. Bagai...manapun hanya segelintir dari kami sahaja yang marah. Tidak semua. Masih ramai yang waras. Perkara ini seperti permainan anak kecil. Hanya punca sedikit masalah, lalu mau bergaduh. Apa kata kita yang matang/waras ini selesaikan secara dewasa. Saya tau bukan semua rakyat INDONESIA yang berfikiran anti MALAYSIA. Masih ada masa depan untuk kedamaian kita. Ayuh. Harap kita semua dapat duduk satu meja berdamai, bermain bolasepak dengan penuh semangat kesukanan dan menyelesaikan sengketa di antara ke dua- dua buah negara. Percayalah, peperangan tidak tidak menjanjikan apa-apa kemenangan kecuali kita benar-benar terpaksa disebabkan darurat. Dan saya percaya ada banjingan yang mahu Malaysia dan Indonesia terus bergaduh demi kepentingan mereka. Saya meminta maaf di atas kesilapan kami sebelum ini. Semua masalah boleh diselesaikan. Bersatu kita teguh! =)

Mamat Indonesia:
SEPAKAT bersatu kita teguh bercerai kita runtuh,,,,

Gua:
Yeay!


Sebenarnya mereka pon macam kita. Manusia biasa yang punya perasaan tapi mudah marah tak tentu hala kerana keliru diperkotak katikkan. Jenis main percaya je dengan khabar angin. Kalo dorang siasat betol-betol, kompem masalah tade. Pesanan ini pun untuk orang kita juga. Janganlah mudah percaya dengan khabar angin. Janganlah mudah marah. PALING PENTING! Janganlah kerana nila setitik, rosak susu Dutch Lady sekaton. Mahal kot. Bole makan dgn kokocruch sebulan tu. Wasalam.


Sunday, December 26, 2010

Ini Bukan Kisah Bruce Lee. Wachaaaaaaaaaaa!


Gambar gua masa muda-muda dulu. Suruh member lukis je kot. Pakai crayon je. Masa tu kamera mana ada lagi woi. Kalo sesiapa ade simpan bateri pon dah kira macam orang kaya Ahmad Albab time tu.

------------------------------------------------------------------------------------------


1965..

Gua baru berkahwin. Bini gua kira orait juga. Body ala-ala model. Rupa boleh tahan la. Hotnya ada. Macam rupa Maggie Q. Sila google kalo tak kenal siapa beliau.

Kisah percintaan kami sangat komplikated sebenarnya. Korang pon sedia maklum bagaimana kisah cinta kat TV tu kan? Guling-guling bukit, sedar-sedar Pak JAIS dah standby kat tepi. Peluh ketiak gak nak menjawab dengan mak bapak. Lagi-lagi budak UITM. Ye tak?

Selepas berkahwin, kami berpindah ke kawasan rumah baru. Kami hanya mampu tinggal di rumah flat. Ekonomi negara agak merosot ketika itu. Nak duduk rumah emak, malas nak dengar emak membebel bangun lambat, so kami protes dan beli rumah baru.

Bini gua sudah berkerja. Sangat sibuk berkerja. Pagi pergi kerja, malam balik dan masak, pastu terus tido. Hmmm. Malam pertama je dia mau-mau. Tapi selepas itu dia menjadi dingin. Nak pelok pon wat bodoh je. Pastu buat-buat tak paham bila gua buat posing menggoda atas katil. Maybe sebab dia penat. Atau dia protes gua asyik lepak main Fesbuk kat rumah. Jeles la tu game Mobwar gua dah level 485. Ah abaikan. Dia bukan watak utama dalam cerita ini pon sebenarnya.

Zaman-zaman ekonomi merosot ni memang sedap pekena teh kat kedai Ah Chong. Gua bukan malas berkerja tapi gua baru habis graduate kat Sekolah Kungfu Jackie Chan. Kira sepatutnya gua bukak sekolah kungfu sebijik kat area sini. Tapi bukan semudah itu untuk bukak sekolah kungfu. Gua kena usya-usya line. Mana tau ni kawasan Bruce Lee ke. Tak ke naya kalo kena Balingan Kasut Tanpa Bayang. Mau hilang 3 bijik gigi.

Sedang gua sedap minum teh, tiba-tiba..




bersambung..

Saturday, December 25, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku!


Ayuh kawan-kawan!
Bersatu kita rakyat Malaysia!
Naik LRT @ Komuter Tasik Selatan!
Sampai di stesen Bukit Jalil!
Turun LRT beli beger!
Jalan ramai-ramai!
Suruh pakwe dukung kalo tak larat!


Malaysia Vs Indonesia!

Biar menang semangat!
Jangan putus harap!
Melawan sehabis upaya!
Sampai titisan peluh yang terakhir!
Balik rumah mandi dengan Shokubutsu!


Jumpa esok di
Stadium Bolasepak Bukit Jalil!


Saturday, December 18, 2010

Berkerjaya Di Petang Sabtu.

Di suatu petang di dalam opis sunyi yang terletak di Seri Hartamas..



"Babi la. Tak jumpa-jumpa command coding ni", marah Debab sambil menumbuk Nasi Goreng Mamak dalam pinggan bertubi-tubi.

Terus gua menoleh ke arah beliau sambil membuat muka ketenangan dan kelaparan.

"Apa la kau ni mencarut. Cuba matang seket. Kita kan dah berkerjaya. Kena la berkelakuan matang", jawab gua sambil membukak aplikasi fesbuk dan terus mengorat makwe.

Entri Untuk Bulan Ni.

Anda pelik kenapa saya sudah lama tidak meng'update belog?
Anda terasa saya sudah kehilangan sense humor?








SALAHKAN FESBUKKKKKKKKK!
Sebab fesbuk la gua sebok mengayat makwe sampai terlupa nak membuat kelaka dalam belog.

HUH!



P/S- PROSES MENYALAHKAN ORANG LAIN LEBIH MUDAH DARI MENGAKUI KELEMAHAN DIRI SENDIRI. KAHKAHKAH