PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Saturday, October 30, 2010

Dasar Sungai Kita.

Ku renung ke dalam dasar sungai sedalam-dalamnya. Ternampak si Piranha tergedik-gedik moon walk. Aku kaget. Ku tarik nafas sekuat kuatnya lalu ku teran! Tapi tidak pernah ada hasilnya.





-Nukilan Teri-

Tuesday, October 26, 2010

Yayang!

Bangun-bangun pagi. Bukak pc dengan mamai-mamai. On ym sambil lupa mana hilang kibod. Tetiba..

AwekYangTakDikenali: Yayang!
AwekYangTakDikenali: :(
Gua: ......


Cilaka bila masa gua ada makwe?

Monday, October 25, 2010

Kenangan Bersama Cikgu Sekolah Rendah


Tadi gua usya-usya fesbuk sekolah rendah gua. Semua duk citer pasal kenangan dengan cikgu kelas masing-masing. Teringat pulak serba sedikit kenangan di sekolah lama tersayang gua tu. Sekolah terbaik di Gombak kot. Kahkahkah. So kat sini gua nak kongsi secara ringkas apa yang yang patut tak patut tentang cikgu-cikgu kelas gua sepanjang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat dulu.


2 Seroja
Gua masuk sekolah ni masa darjah 2. Sebelum tu gua sekolah dekat Petaling Jaya. Masuk-masuk je sekolah ni jiwa remaja gua berontak sebab kena berpisah dengan geng Ghostbuster kat PJ. Terus gua ngamuk dan score nombor 3 dalam kelas. Huh. Nama cikgu gua kalo tak silap rasanya Puan Asiah. Baik orangnya. Selalu puji gua pandai melukis. Masa tu gua bercita-cita nak jadi pelukis komik Doraemon. Nasib baik gua reti lukis orang lidi je. Kalo tak, sekarang ni gua dah duk Jepun dah. Huh. Oh ye masuk-masuk je sekolah ni, gua terus kena belasah ramai-ramai. Gile ke pe. Dah macam masuk sekolah silat lak. Ade testing-testing ilmu di dada. Last-last gua makan pasir. Dem!

3 Anggerik
Ok tak ingat nama cikgu. Lelaki kot. Suka sangat soal sifir. Dia ajar matematik. Aku cekap congak sejak lepak dengan cikgu ni la. Siapa tak hafal sifir, kena denda duk atas kipas siling. =.= Paling best bila cikgu ni hilangkan report card aku. Habis hilang bukti aku penah dapat nombor top ten dalam kelas. T_T

4 Kenanga
Cikgu kelas masa ni nama Puan Jamilah. Ajar subjek Bahasa Melayu. Pengalaman yang tak boleh aku lupa bila kena lempang sedas sebab kantoi tak hantar karangan bertajuk 'Pengalaman naik kenderaan'. Dekat 3 bulan gak gua kelepet cikgu tu. Last-last mak aku spotcheck bag sekolah aku. Pastu dia pegi report kat cikgu. Tak pasal-pasal kena pelempang. Berpinar kepala. Penat je aku kelentong selama ni, kata takde pengalaman naik kereta.. T_T

5 Anggerik
Ok lupa gak nama apa. Tapi kalo tak silap, jenis macam gatal. Cikgu lelaki yang suka sangat dengar cakap budak perempuan. Hampeh. Dah la suka denda kiteorang lari kat padang berpusing-pusingan. Kadang-kadang aku kompius salah masuk Sekolah Sukan ke apa. Nasib baik last-last body gua taff dan hensem. Dan tak lupa, masa ni gua tengah giat aktif bersukan pedang kayu ala-ala Star Wars atau sukan Teng Teng belakang jamban sekolah. Gua baling batu pejam mata ok? Tak tau sukan Teng Teng tu pe? Pegi google la woi!

6 Kenanga
Nama cikgu adalah Puan Ainon. Dia ni memang legend. Siapa tak kenal dia kat sekolah ni memang tak true la. Bek pegi terjun tiruk kat Sungai Gombak belakang sekolah tu. Cikgu gua ni memang terkenal dengan garang. Dia memang suka cubit perot orang kalo tak dpt full mark untuk subjek yang dia ajar iaitu matematik. Tapi lama-lama perut gua jadi kebal. Pastu dah tak takot nak kena cubit. Last-last gua masuk kumpulan kongsi gelap gagak hitam dengan Faizal Hussein dan bikin album dengan Anuar Zain. Penah dengar lagu Kain Pelikat? Haaa. Gua punya kain pelikat la tu.



The end.

Wednesday, October 20, 2010

Bumblebee? :P

Seronok betol bercinta dengan kereta ni. Apa yang kita laburkan, semuanya memulangkan hasil. Takde curang-curang. Takde jeles-jeles. Takde gaduh-gaduh. Sangat aman damai. I love you, you love me. I tunggang you, you henjut laju-laju. Semuanya indah-indah belaka.

Then, bila tengah sedih-sedih, bole cuba tengok kereta. Kompem tersenyum. Mana tak senyum kalo cat kereta sampai harga ribu-ribu. Memang la sengih pening kepala pikir duit dalam bank kering. Kahkahkah.

Oh sangat bahagia. Betol. Sangat-sangat bahagia. Tapi satu je cilakanya, tak dapat nak ringan-ringan. Takot nanti patah dalam. Damn!

Friday, October 15, 2010

Cita-cita.

Dulu-dulu masa sekolah rendah, gua bercita-cita nak bukak kandang keretapi. Korang punya cita-cita apa pulak?

Wednesday, October 13, 2010

Lagu Aku Cerita Aku.

hei dengarlah cerita aku,
ada benda nak bagitau,
tapi aku rasa malu,
mungkin boleh makan nasi dulu.

sedap juga makan nasi cicah budu,
mari basuh tangan dulu,
dan mari dekat dengan ku,
aku dah sedia nak cerita sesuatu.

aku pergi situ,
nampak engkau malu-malu,
engkau jeling aku,
aku pula malu-malu,
aku cuba hilang malu,
kau pula buat-buat potong kuku,
pastu kau usya aku,
aku pula buat-buat kira bulu. (chorus 4 kali)

ooooo... (nyanyi ramai-ramai)

kau tersenyum tersipu-sipu,
aku baru nak belajar nak cakap i love you.

kisah cinta ini benar-benar berlaku,
serius aku tak tipu,
aku tau kau terharu,
tapi diam-diam aku suka tengok bontotmu.

hooooo.. hooo.. hooo..

Monday, October 11, 2010

www.ohtidak.com



Cuba Teka Sapa Saya? Hahahahaha