PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Thursday, September 30, 2010

Open House Gegar Raya Teri Kacak 2010!



THANKS SEMUA!

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!



Tuesday, September 28, 2010

Sila Sayangi BFF Anda.



Debab: Oi Teri...
Aku: Apa dia?
Debab: Aku cakap ni sekali je.
Aku: Ape dia?
Debab: Sekali je aku cakap benda ni.

Aku: APE DIAAAAAAAAAAAA??!!!!!
Debab: Kau sebenarnya hensem tapi silap ko gelap je. Hahahahaa.
Aku: ...


~YA ALLAH. KUATKAN IMAN HAMBA MU INI. AMIN.~

Friday, September 24, 2010

Komputer Dan Seks?

Kategori Entri: Seks
Kesesuaian Entri: Sesuai untuk golongan pembaca yang baligh sendiri.


Korang tau tak komputer/laptop sebenarnya ada jantina masing-masing? Haaa. Tak percaya la tu. Tu la korang taktau. Main beli je komputer kat lowyatt tu. Dah la kena tipu harga. Pastu entah-entah dapat laptop jantina pondan. Aku tau la sebab dulu aku keje lowyatt. Ni semua mainan aku je. Lain kali sebelum beli komputer, check dulu kat bawah tu. Biasanya kalo ada benda juntai-juntai tu kompem lelaki. Tapi kalo macam ade bentuk bontot tu, paham-paham sendiri la eh. KahKahKah.

Tapi ada juga komputer yang susah nak diketahui jantinanya. Memang kalo jenis ni, korang check 10 kali pon tak jumpa pape kat bawah tu. Bawak jumpa doktor sakit puan pon tak tentu lagi boleh tau jantina dia. Silap-silap doktor sakit puan tu kena kencing manis. Tapi korang jangan risau. Sebab aku tau camne cara nak check. Korang nak tau? Haaa. Korang ikot je step-step kat bawah ni:

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btol-btol suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya computer/laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya.... Pastu bila dah tau jantina, korang dah boleh namakan komputer/laptop korang ikot jantina masing-masing. Nak letak nama Adlia ke Ali ke Sarol ke Zulhilmi ke Syahid ke semuanya boleh. Ikot kesesuaian masing-masing. Pastu dah takyah nak segan-segan kalo nak kaler laptop dengan kaler pink ke pe kalo jantinanya pondan. Bukan apa, takot laptop tu krisis jantina je nanti. Ok? Baiklah. Selamat mencuba!

Wednesday, September 22, 2010

Kod Rahsia


Korang penah dengar tak tentang mitos berkenaan perempuan??? Ala pasal ayat perempuan yang ada maksud-maksud yang tersembunyi tu la. Kononnya ade kod-kod rahsia. Dan kononnya macam susah la nak paham hati perempuan ni. Kahkahkah. Dah la ayat pusing-pusing. Bila tak paham, emo pula. Pastu bila kita tanya apa maksud ayat dia, dia nak bertambah merajuk. Adoi macam-macam betol. Nasib baik la makwe cun kan? Kalo tak, memang hantar dorang pegi Banting beli kerepek je terus. Hahaha. (lawak banting)

Contoh-contoh ayat-ayat rahsia wanita adalah:

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Kalo u cakap dia lawa, siap u!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Eh u tak paham-paham ke? I taknak u la!

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Haaa. Lebih kurang macam tu la. Tapi adakah anda tahu lelaki pon ada bahasa rahsia tersendiri? Jeng jeng jeng! Nak tau ke? Okay okay okay. AYAT RAHSIA LELAKI ADALAH...

Kalau lelaki macam saya kata: Saya sayang awak.

Makna tersembunyi: Saya lelaki. Saya tidak mudah sayang pada orang. Mungkin saya boleh suka/minat pada seseorang yang baik, artis atau orang yang lawa. Tapi perasaan sayang tu hanya boleh datang jika saya sudah mengenali awak, memahami awak dan paling penting saya sudah terima awak seadanya. Saya sangat sayangkan awak sebagai kawan biasa awak, sebagai kawan baik awak, sebagai kawan happy awak, sebagai kawan susah awak, sebagai kawan sehidup semati awak. Kenapa saya kata kawan? Kerana hubungan kita bermula dengan kawan semasa saya mula mula mengenali awak dan sepatutnya juga hubungan kita berakhir sebagai kawan juga bila saya tiada nanti. Saya tau awak hanya berkongsi kegembiraan kawan awak. Saya tau bila awak sedih, awak akan cari kawan baik awak. Saya tau awak sayang kat kawan-kawan awak. Maka dengan itu saya sudah berjanji pada diri saya, saya nak jadi kawan awak sampai bila-bila. Tidak kisahlah walaupon awak bukan hak milik saya ataupun awak penah sakitkan hati saya beribu kali, saya tetap kawan awak dan saya sayang awak. =)



Pepatah omputeh penah berkata,
"Perasaan Jatuh Hati timbul bila tengok makwe cun tapi ia hilang semudah ia datang,
Perasaan Suka timbul bila tengok makwe baik tapi hanya suka melihat sahaja, DAN
Perasaan Sayang timbul bila awak buat saya tersenyum
dan ia akan berkekalan dalam hati ini buat selama-lamanya. "

Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung La WOi!


Hari ni gua balik kampung kat terengganu dan kelantan. Harap semuanya selamat dan lancar. Barang siapa yang nak ajak beraya dengan gua kat terengganu tu, hello-hello la henpon gua. Jangan malu-malu, yang penting rumah lu kena ade makwe cun je. Kehkeh. Ok ok mak gua dah panggil kat bawah tu. Jap nak start enjin camry ni. Vrooommmmmmm. (Mcm cilaka nak tunjuk kaya gak. kahkah). Assalammualaikum!

Tuesday, September 7, 2010

Maxis Bengap Forever.

Eh bodo btol la maxis ni. Masa bateri ngah takde, ko sebok nak anta 2,3 sms iklan ko. Rasa nak lempang je. Kang kalo habis bateri, cmne bini aku nak sms? Kalo aku gado dgn bini, korang nak bayar? Huh!

Monday, September 6, 2010

Sunday, September 5, 2010

Tak Paham.

Gua tak paham betol mamat cina sebelah ni. Orang keje weekend. Dia pon sebok nak keje. Tapi last2 tido depan pc. Pastu nak dengkur. Tekanan gua. arghhhh.

Eh eh eh. Lupa lak. Gua rasa setiap hari kot mamat ni tido kat dalam opis. Kena ketuk dengan bos kang baru tau. Huh.





(tadi gua cuba amik gambar dia senyap2 tapi terkeluar flash lak. bodoh punya hp. terus mamat tu terjaga. kang tak pasal2 gua berbuka dengan penumbuk. zzz)

Friday, September 3, 2010

Entri Jiwang.

Paranawei betol. Gua sebenarnya nak post entri jiwang tapi macam nak terajang muka sendiri pula bila baca balik. Kahkahkah. Kalo lu orang perasan, gua banyak post gambar je skang ni. Gile malas nak menulis masa bulan puasa ni. Nak merapu tak berapa nak cukup tenaga. Malam-malam pula bz buat kuih raya. Siang-siang keje. Adoi. Penat betol. Naseb baik gua memang taff. At least gua nampak taff kalo pakai baju superman. Kalo tak pakai baju, paham-paham sendiri la. Kahkahkah.






(macam bodoh juga gelak kahkahkah ni tapi nak steady punya pasal)

Tulis Blog?

Gua ingat gua nak tulis blog ni stail macam buat status kat facebook. Boleh? Kahkahkah.

Manusia Berubah.

Sejak dua tiga minggu ni, gua taktau kenapa gua dah banyak berubah. Bila sampai masa tengah hari, gua mesti takde selera nak makan nasi. Taktau apasal. Hmmmm..

Wednesday, September 1, 2010

Siapa Juliana Evans Di Mata ku..


Sapa Juliana Evans? Sapa? Sapa?
Gua da tak heran sama dia.
Ketam masak lomak cili api ni lagi meleleh weh!!