PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Thursday, July 29, 2010

Gua Dulu Penah Ajar Budak Bersilat.

Time ni darah pendekar gua memang mudah mendidih. Sapa curi megi gua je, gua terajang cuping telinga. Ada sekali tu senior gua buat lawak sorok megi kari gua. Petang tu gak gua datang tumbok katil senior tu. Pastu gua blah camtu je tanpa cakap pape sebab tangan sakit. T_T

Wednesday, July 28, 2010

=)


Ada ke orang yang boleh hepikan badut yang dalam kesedihan? =)

Kami Rindu The Rock.


Tadi usya-usya fesbuk, pastu terjumpa gambar lama ni. Hahaha. Rindu gile kat mamat yg kena conteng ni. Kitaorang panggil dia 'The Rock' sebab muka dia ala-ala 'The Rock' pastu kebantutan pon nak sama. Hahahaha. Padahal nama sebenar dia, Muhammad Firdaus Omar kot. Rasa2nya la. Aku pon da lupa. Dah 10 tahun habis sekolah.

Gambar ni diambil masa malam besday dia yang ke 16 kat dalam asrama teknik kl. Macam gampang mamat ni tido mati. Kena conteng tak hingat tapi bole tido selamba. Da la baik punya posing. Memang mengundang la. Hahahhaha. Yang join wat keje harem ni adalah ustad, nuex, azim n arwah mukmin. Dorang siap sign nama dorang kat body the rock. Hahaha. Macam setan sekor2 punya perangai. Aku tak join. Tak ingat sebab apa. Mayb sebab tido awal kot. Ke sebab masa ni aku asyik berak berdarah. =.='

Yang aku tau, tetibe budak-budak ni duk tunjuk gambar ni pastu The Rock ngamuk kejar dorang kat tempat prep. Haha. Seronok-seronok. Rindu siot kat mamat ni. Da la baik hati. Pandai gile lak tu. Kepala pon sama-sama masuk air. Tapi masa mula-mula aku knal, mamat ni memang kerek annoying gile. Dah la suka ejek rambut aku macam nobita. Whatthefun. Last2 aku tumbuk muka dia dengan air tin coke, terus senyap dan jadi kareb. Banggang punya budak. Hahaha.

Lepas habis SPM, aku sempat jumpa dia masa open house umah Hamidah. Siap g umah parents mamat ni lagi. Then dengar cite dia g belajar kat germany. Pastu senyap. Hilang punca. Takde jejak. Dulu kitaorang takde henpon. Tu susah nak kontek. Pastu keluarga dia pindah rumah. Lagi la tak jumpa. Huhuhu. Then. bile reunion dibuat pada tahun lepas, aku ingat dia ada tapi dia tak datang pon pastu bila tanya semua orang, takde orang tau dia kat mane. Rindu pulak kat mamat ni. Kawan lama kot. Dah la budak lain da kawen. Aku sorang je single. Sob sob sob. The Rock.. Mana ko hilang weiiiii?


P/S- Korang perasan tak ada nama Rozana diconteng kat body mamat tu? Haaa. Tu nama makwe yang kena gosip dgn The Rock masa form 4. Bape kali ntah budak2 ni duk tag fesbuk minah ni kat gambar tu. Tapi mesti dia remove balik sampai last2 da tak boleh tag. Malu kot. Hahahaaha.

Tuesday, July 27, 2010

Lawak Mesut Ozil.

-Mesut Ozil, pemain bolasepak Jerman-

A long time a go, terdapat dua manusia berlainan jantina yang bersekolah skali tapi tidak pernah bertegur sapa time di sekolah. Malah ketika dewasa, add ym pon secara membuta tuli tanpa mengenali antara satu sama lain.

Kemudian pada suatu hari, mereka berdua ini terchatting dengan mesra alam buat pertama kalinya dan menjadi karib, lalu bermulalah kisahnya...

Teri: Blablablablabla.
Awek: Blalalalalalalala gak.

Teri: ..
Awek: Need someone to wake up me early morning.
Teri: Peh speking siot. Asal nak bangun awal pagi-pagi?
Awek: Da berminggu punch kad aku merah dow. Ni sebab world cup la. Pas world cup, aku terus takleh bangun awal. Last2 hari tu bos aku sound aku suh tukar attitude. Huhu.
Teri: Kelaka ko. Guano nak jadi bini solehah kalo camni?
Awek: Takpe. Tu improve automatically.
Teri: Jadah! Hmmm. Sian ko. Meh aku tolong. Dapat upah x?
Awek: Dapat2. Sebanyak $*******.
Teri: Wow. Lumayan. Ok2.
Awek: Dalam 5 hari ni je ko kena call kejut aku bangun awal pagi sampai bangun. Pastu takpe la. Aku just nak biasa2kan diri bangun awal je. Deal?
Teri: Ok2 deal.


*hari pertama*
6.30pagi..

Beeep! (bunyi sms)
"Aku da bangun. xyah kejut aku", awek tu tulis dalam sms.
Gua pon ok la. Sambung tdo balik. Maknanya ade lagi 4 hari nak kejut minah ni.

*hari kedua*
6.30pagi..

Gua bukak sebelah mata. Ok da 6.30pagi. Mari kejut minah ni.
Truttttttt.. truttttttttt.. truttttttt.. trutttttt..
(Siot tak angkat call. Tido nak mati)
Tetibe panggilan diangkat.

Awek: Helo.
Teri: Wei bangun la wei! Da subuh ni.
Awek: Err. Sapa ni?
Teri: ... (Kelaka minah ni wat lawak pe xknal aku tetibe. Ooo main2 eh)
Awek: Sapa ni???
Teri: Ni Mesut Ozil la. Kehkehkehkeh (aku saja sebut nama ni sebab membe aku ni minat Mesut Ozil)
Awek: Sapa ni? Tak knal la. Kawan kakak eh?
Teri: Erkkkkkkkk!
Awek: Ni adik dia la. Dia divert call ke henpon saya.
Teri: Alamak! Salah orang. Malu2. Bye2. Zzz


Babunnnnnnnn! Malu gile gua. Terus gua sms membe gua tu sambil sound2 sambil suruh dia bangun tdo. Dia bole tak bagitau aku yang dia ada buat divert call ke adek dia. Maknanya kalo dia xangkat call tu, call tu akan disambung ke no adek dia.Hampeh. Malu gile wei. Gila serik nak call minah ni. Dah la ada 3 hari lagi kot kena call kejut dia. Dem!


P/S- Adek membe gua tu sempat sms ckp tq sbb kejut dia pegi skola. Cam arem. Hahahaha. Da usya fb, comel budak tu. Ada chance. Kakakakakkaka.

Friday, July 23, 2010

rajagopal

lelaki mungkin merajai bumi.
tapi wanita yang merajai hati mereka.

Wednesday, July 21, 2010

mohon maaf kepada semua.

rasanya sudah terlambat jika saya ingin mengucapkan selamat hari raya haji. oleh itu, saya ingin menyusun ribuan jari kaki ayam sebagai pemohonan maaf kepada jutaan peminat belog kerana sudah kurang membuat kelaka di dalam belog ini. arakian maklumlah saya terlalu busy semenjak kawin 2 hari yang lepas. bini asyik merengek mintak pelempang dimana menyebabkan saya kedaifan tangan untuk melayan papan taip di komputer peribadi. diharap ketidakhadiran lawak saya selama lapanbelas bulan ini akan diisi dengan kegiatan berfaedah.sekian wasalam.






mood: ngah pompom

fokus sekarang

1. komputer
2. kereta
3. duit

Thursday, July 15, 2010

Entri Untuk Rakyat dan Perdana Menteri 1Malaysia


Seperti semua sedia maklum, mulai esok, Jumaat, 16 Julai 2010, harga minyak petrol RON95 akan naik sebanyak 5 sen dari RM1.80 kepada RM1.85. Memang naik seket je dan tak jejas penggunaan minyak harian sangat. Tapi yang tak sedapnya, peniaga akan menggunakan alasan ini untuk naikkan harga barangan dorang. Silap-silap naik 100% dari harga asal. Memang pastu, rakyat mengamuk cabut jalanraya dan karate tiang letrik depan rumah masing-masing.

So diharap kerajaan akan memantau harga barang runcit dan menabur janji-janji manis serta melaksanakan projek manis kepada rakyat supaya berjaya memenangi hati rakyat kembali. At least aku tak dengar mak aku bebel pasal aku kuat habis duit minyak kereta sebab suka merayau-rayau sampai pagi. =.='


P/S-Kepada yang kuat emo, sila jangan kuat melatah maki kerajaan dan huru hara pergi beratur sejam kt stesen minyak isi minyak full. Naik 5 sen je pon. Tak jejas tabung minyak hangpa. Plus, buat dosa je maki2 ni. Bek ngaji.

Katakan Takpe!!




VS









Semalam gua pergi Bengkel Zam repair ferrari member gua. Ngah sedap2 lepak sambil pekena cokodok, tetibe ada mamat indon duk tersengih2 kat gua. Gua pon balas sengih balik sambil wat muka taff. Tiba-tiba..

Irwansyah: Rokok bang?
Teri: Aaa? Takpe2. Hehe.
Irwansyah: Tidak hisap? Waduh. Enggak laki kalo begitu.
Teri: Errk.. Jantung lemah. (sambil wat gaya saiful apek tunjuk jantung berdegup)
Member kat belakang: Kahkahkah *gelak macam setan*

Teri: ...


Kelakian sangat ke hisap rokok? Aku bukan tak penah try. Busuk kot. Dah la membazir. Pastu buat orang yang ko sayang ada masalah sistem pernafasan. Tu belum kes korang nak cepat gol lagi. Korang nak merokok?

Wednesday, July 7, 2010

Kembar Belanda

-Wesley Sneijder-


Kalo lu orang nak tau, ni la kembar Belanda gua. Secara sainstismenya semua orang mempunyai kembar kat oversea. Cuma antara korang nak amik tahu ataupon sebenarnya memang malas nak amik tau ataupon jenis kura-kura dalam perahu je.

Dah nama kembar, maka secara kimianya kitaorang ada banyak persamaan. Lahir pada hari,bulan dan tahun yang sama, 9 Jun 1984. Pastu muka pon nak sama, cuma gua hensem lebeh seket je. Botak pon da sama. Tinggi nak sama. Body pon dekat nak sama taff. Pendek kata, kalo tengok 10 kali, memang macam sama tapi tak serupa je.


Tapi korang nak tau apa yang berbeza?

Malam ni dia main bola untuk Belanda.
Gua? Main bola dalam kocek.



Go Belanda Go!





p/s- apa aku merepek ni? zzz

Tuesday, July 6, 2010

Lucky?

A girl wrote this for me,
"
..tell her, she's damn lucky to have you.."







I wonder if there's a chance.

Friday, July 2, 2010

4 Elektrik 1


Oh oh oh sangat rindu Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
Tempat aku belajar menjadi diri aku pada hari ini. =)