PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Tuesday, March 30, 2010

Nasi Kerabu Memang Sedap!


Pada zaman dahulu kala terdapat sebuah tempat yang diberi nama Negara Nasi Kerabu. Adapun negara ini sejak Perang Dunia Ke Dua memang aman damai sahaja. Jarang sekali berlaku pertelingkahan makcik jiran rumah sebelah berebut pokok rambutan. Kira memang aman damai betol la. Polis pon dah banyak letak jawatan masuk Akademi Fantasia.

Pada suatu hari, kelihatan sesusuk tubuh tegap berlari pantas memasuki kawasan Istana. Tiada siapa berani menahan pemuda tersebut. Gayanya seperti cemas benar.

Sebentar sahaja tubuh tegap itu sudah terpacul di depan Sultan Gajah yang sedang asyik menonton Saluran Astro Ceria. Tergamam seketika baginda. Remote Astro terlepas dari tangan. Sang Aceed yang berada di sebelah baginda, terus merampas remote Astro tersebut dan menekan Saluran Disney, saluran kegemaran beliau.

Sultan Gajah mencebik muka. Dan tidak semena-mena suasana menjadi hening.


"Ampun patik beribu-ribu ampun! Sembah patik harap diampun!!", sembah Sang Pasola yang berbadan tegap itu.

"Ya Mamanda Perdana Menteri Sang Pasola, apakah gerangannya datang masuk mengadap?", balas baginda.

"Patik mau tumpang tandas kejap. Dah tak tahan dah ni. Isk.."

"..........."



(BERSAMBUNG...)

Monday, March 29, 2010

Good Luck Untuk Aku!



Korang rasa lecturer aku marah tak kalo garis graf aku bengkang bengkok lebeh dari yang sepatotnya masa exam pagi esok?

..................

Friday, March 26, 2010

Korang Penah RIndu Kawan Baik Korang?

Biasanya setiap hari aku akan datang umah ko dan tengok muka spongebob ko yang macam mintak kena pelempang tu. Setiap hari aku akan ajak ko kuar dan makan sama-sama. Tak kira la makan siang ke, malam ke, tengah malam ke, aku mesti akan ingat dan mesej ko dulu. Hp aku pon penuh mesej-mesej dari ko je. Ko dah macam adek aku.. Lebih dari seorang kawan dan seorang adik. Lebih dari seorang makwe.

Tapi mulai hari ini aku dah tak dapat tengok ko, dengar suara ko, gelak dengan ko.. Pasni aku akan sorang-sorang. Pegi mana-mana pon sorang-sorang. Ko dah takde untuk teman aku. Ko takkan ade dah untuk aku ketika aku tension dan kesunyian dan kesedihan. Walaupon ko tak membantu sangat aku dari segi fizikal, tapi bila ko teman aku, aku rasa bertambah kuat. Malah ko selalu gelak bila aku wat lawak walaupon aku tak kelaka dan tak hensem sebenarnya. Mana lagi aku nak cari kawan macam ko??

Aku da start rindu gile kat ko walaupon baru semalam jumpa ko. Harap persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila. Jaga diri weh. Jangan kuat picit jerawat. Harap ko selalu hepi. Tu je doa aku.

WOI SAROL! JANGAN LUPAKAN AKU WEI! ;((((((((((

Nasi Goreng Ketam Dua Rasa..



Apakah perasaan anda di kala sedang enak menikmati nasi goreng ketam, tibe-tibe datang seorang pelayan restoran itu berlari-lari mengejar tikus dan selamba memijak tikus berkenaan sampai mati di depan mata anda?

Perasaan saya? Mudah saja. Saya cuma berasa macam nak control macho sambil menyumbat telinga dengan straw supaya tidak kedengaran member-member berbual pasal tikus yang mati itu dan saya juga cuba jangan memandang nasi goreng ketam itu sebagai nasi goreng tikus kerana ingin mengelak dari muntah secara tibe-tibe.

Dan akhirnya saya berjaya menanges dengan penuh kekesalan kerana membazir rm25 untuk sepinggan nasi goreng ketam yang hanya sesuap je saya makan. Saya tidak tau samada saya perlu mencarut keriangan atau tidak.

Anda pula bagaimana?



.............






p/s- Gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan seorang perempuan yang kuat minum air dan kuat pergi ke jamban. Sekian

Wednesday, March 24, 2010

Wachaaaaaaaaaa!


Tetibe body mamat ni dengan gua macam tak jauh beza. Kalo ade pon, mayb beza rambot kot. Rasanya la..

(Mood: Ngah layan mubi Jackie Chan.)

Kenapa Lelaki Yang Baik Dan Kelaka Takde Makwe?

Pada suatu hari di suatu tempat yang terletak di UNITEN, kelihatan dua sahabat kareb sedang berbual dengan gembira. Dari isu makwe UKM hingga ke isu kereta turbo. Tibe-tibe..

Debab: Wei. Tu Si A tu!
Teri: Haaaa!? Mana-mana?
Debab: Tu belakang ko..
Teri: Oooo. Nampak-nampak.
Debab: Hmmm.. Aku rasa sebenarnya Si A suka kat ko la tapi dia malu nak ngaku.
Teri: Pejadah! Kalo suka, da lama aku kapel. Lol.
Debab: Betol la. Ko bukannya tak hensem........
Teri: Tu la. Aku pon rasa macam tu.
Debab: Cuma dia malu nak ngaku sebab ko GELAP. Hahahhahahahahaahahha (gelak macam harem jubo)
Teri: .......... T_T.............


(Mood: Rasa nak mandi susu kambing)

Anjakan Paradigma Seorang Bakal Jurutera


Gua ingat gua nak drop course engineering la.
Amik medic lak.
Amacam?
Ada gaya macam hero tak?


Tuesday, March 23, 2010

Sambungan panaihhh..



Sambungan dari entri panaihhhh

Tetibe..




Gua ternampak sebungkus nasi kerabu di atas meja. Layan gak. Da lama gua tak lahap nasi kerabu ni. Selesai sarapan, gua usya jam dinding. Dem! Dah pukol 12 tengah hari rupa-rupanya. Gua dah terlambat untuk study group dengan Aceed dan Xoul. Maka gua pon bergegas ke perpustakaan UNITEN untuk stadi sambil usya makwe-makwe pakai spek. Dengar cerita makwe pakai spek ni mudah dingorat sebab dorang takleh beza lembu dengan kerbau. Tapi gua dengar cerita je la.

Sampai-sampai je perpustakaan, gua nampak Xoul dengan Aceed ngah stadi dengan tekun. Gua pon datang dekat sambil sengih-sengih kerang je sebab gua da terlambat. Nasib baik dorang memahami kerjaya gua sebagai peneman awek-awek sepi ketika malam.

30 minit kemudian..

Tetibe je gua sakit perot. Ni mesti kes makan nasi kerabu tadi lupa nak baca bismillah. Gua pon bertempiaran berlari mencari tandas yang berhampiran.

Tandas-tandas yang ada semuanya kelihatan seperti misteri nusantara. Puas sudah gua menekan suis lampu yang ada akan tetapi semua lampu tidak mengeluarkan cahaya. Mungkin hari ini Encik Cahaya amik MC. Peluh seram menitik-nitik. Akan tetapi demi perjuangan yang belum selesai, gua turutkan juga nafsu ini.

Gua berhati-hati memilih tandas kerana fobia mendapat hadiah bongkah emas berwarna coklat yang terapung di permukaan air. Yeah memang cilaka, banyak juga bongkah emas yang gua jumpa.

Di tandas yang terakhir, gua telah terjumpa sebuah mangkuk yang masih suci. Lalu gua membuat keputusan untuk membuang saki baki akaun perot gua di situ. Selesai sahaja membuang, gua pon cuba mengflush tandas tersebut.. Akan tetapi...








Macam cilaka bilik air ni takde
AIR!
$%$#^$#@??^!!!!!

Monday, March 22, 2010

episod dua


Komon!
Ade LIMA lagi PAPER EXAM pasni.
Berusahalah!!
(padahal tak start satu paper pon lagi. zzz)





(BERSAMBUNG....)

Sunday, March 21, 2010

Kena Kacau..



Dah tiga kali gua taip sambungan
untuk entri bawah ni
tapi gua mesti tertekan button [X]
masa nak publish.

Ada jin kacau blog gua ke?




(ALASAN MALAS NAK UPDATE BLOG, BOLE?)

Saturday, March 20, 2010

Panaihhh!

Pagi tadi gua panas hati. Semuanya disebabkan rumah sebelah buat bunyi drill macam setan di pagi hari. Dorang taktau ke yang gua tido lambat malam semalam sebab layan makwe fesbuk?

Habis seluruh rumah gua bergegar kena drill. Ikot hati nak je repot kat Aduan Rakyat TV3. Nasib baik gua dengan Mazidulakmal tak berapa nak ngam. Nak tau kenapa? Tahun depan gua citer.

Gua terus suspek rumah sebelah ni ngah wat terowong bawah tanah nak rompak bank CIMB kat UKM tu. Gila punya lama dorang main drill. Dekat 2 minggu kot. Takde skill langsung. Ni mesti masa sekolah vokasional, main penutup botol dalam kelas.

Gua usya jam loceng. Ah baru kol 11 pagi. Awal lagi. Burung hantu pon tak keluar keje lagi time ni. Gua suspek Sarol pon ngah membuta lagi masa ni. Tanpa melengahkan masa, gua pon pura-pura tido sambil tutup telinga dengan bantal pelok.

"ALONGGG!! BANGUNNNNNNN!!!!!", mak gua menjerit.

Menggelepor gua lari masuk jamban..

Selesai mandi, gua terus siap2 berpakaian formal. Gua ade misi hari ni!

Turun je gua ke bawah.. tetibe..








(BERSAMBUNG..)

Thursday, March 18, 2010

JOMMMMMMMM!


stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi stadi!

p/s- teri bogad gonna dissapear for a while. pls dunt miss me.. bye!

Sunday, March 14, 2010

Biarlah Aku Sendiri..

video


Lagu ini spesel untuk peminat-peminat blog i... (perasan)

Tuesday, March 9, 2010

Alip Ya Mim = BUAYA



(30 minit sebelum test..)


Kelam kabut gua capai tuala. Mandi laju2. Siap2. Sikat rambot dan pakai baju. Pastu turun bawah. Demit. Lupa nak pakai seluar. Naik atas balik.

(20 minit sebelum test..)


Gua da ada dalam kete. Start enjin. Vrooomm. Mantap enjin mitsubishi gua mengaum. Sambil panaskan enjin, gua usya-usya formula. ALAMAK! Lupa lak nak beli pensel! Terus gua drive ke kedai runcit depan umah. Pas usya-usya mana yang patot, gua buat keputusan untuk beli pensel tekan je. Senang sket. Takyah gua kelam kabut nak mengasah pensel dengan kapak nanti.

(5 minit sebelum test..)

Gua da smpai dalam dewan peperiksaan. Duduk sambil baca doa supaya tenang menjawab test. Usya2 makwe sebelah. HUH! Semua laki. Bosan.

(masa test..)

CILAKAK! CAMNE GUA BOLEH TERBELI PENSEL TEKAN KHAT? DEM!

Wednesday, March 3, 2010

Kisah Hidup Seorang Model Rexona..




Minggu Pertama..


teri: Salam. Ko da siap eseimen thermo n micro p?
syafiq: Sapa ni? Tak siap lagi la.
teri: Aku teri la. Siot la lupa.
syafiq: Ouh. Aku da save no ko tapi tak kuar. Sori2.
teri: Ok2.

Minggu Kedua..

teri: Wei test thermo masuk bab apa?
syafiq: Sapa ni? Tak knal la. Thermo masuk bab 4 hingga 7.
teri: Ni teri. Siot la xsave no aku.
syafiq: Sori2.
teri: Ok2.

Minggu Ketiga

teri: Oit! Test micro p masuk bab mana?
syafiq: Sapa ni?
teri: ...........