PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Friday, January 22, 2010

Kisah Hidup Seorang Pelajar Yang Cemerlang

Hari ni gua bangun lambat. Dalam pukol 8.30 pagi camtu. Kelas lak pukol 9 pagi. Menggelepor gua mandi laju-laju tadi. Da la ade kuiz. Mandi memang macam superman la. Air tak kena kepala lagi, gua da sarung stokin.

Siap-siap je, gua terus turun ke bawah. Amik kunci kereta n kunci rumah. Jam da menunjukkan pukul 8.45 pagi. Tetibe tak boleh nak bukak gate. Penat gua tekan remote banyak kali.

Haram! Lupa lak remote gua xda bateri. Gua pon lincah cari kunci spare dalam laci.





20 minit kemudian..

Terbaring atas lantai. Keciwa. Kunci spare, adik gua rembat bawak g sekolah. Tak pasal-pasal kuiz gua dapat kosong. T_T

Kisah Hidup Seorang Penyanyi Terkenal



Gua sudah dua hari berturut-turut tak pergi kelas circuit. Bz dengan eseimen dan memang dasar pemonteng yang tegar. Haha. Dah la lecturer yang mengajar subjek circuit ni pulak garang. Timbul gak perasaan cuak. Maka dengan itu, gua pon cuba menguatkan kaki untuk pergi ke kelas pada hari ini.

Sampai ke kelas je gua terus berdebor. Gua duduk atas kerusi, rasa macam ade jerawat kat bontot. Tak penah nak menetap bontotnya. Cuak la pulak. Sebab dengar cerita lecturer ni jenis mendenda orang-orang yang ponteng kelas beliau. Peloh laju menitik walaupon aircond kuat gle. Haih xleh jadi ni. Dua kali gak gua g jamban untuk menghilangkan air gelisah yang da lama bertakung. Sedar tak sedar da tamat kelas. Gua pon pegi la ke depan untuk sign attendant.

Aih pelik. Kenapa ada orang lain sain kat attendant gua pada tempoh hari? Dua hari berturut-turut pulak tu. Gua terus suspek Muiz yang tolong sainkan sebab gua kenal dia sorang je dalam kelas ni. Tu pon xsmpai sebulan gua kenal dia. Baik btol mamat ni. (Gua bukan jenis tak suka berkawan cuma yang lain kuat haram menyombong. Tapi kalo pon dorang tak sombong, mesti la gua yang sombong. Kata gua paling senior dalam Uniten ni. KAH KAH KAH.)

Gua usya Muiz, pastu gua senyum berbentuk terima kasih. Tapi Muiz buat-buat tak paham. Ah susah btol kalo MUET dapat band 3 ni.. Gua pon datang dekat.

Gua: Weh Muiz. Ko tolong sain aku punya attendant ke?
Muiz: Eh mana ada.
Gua: Aik. Da tu sapa yang sain?
Muiz: Secret admirer la tu.


WTF! Gua ada SECRET ADMIRER ke dalam UNITEN ni?


**UPDATED: Sampai skang aku tak pecaya. Tapi sambil2 tu duk usya gak makwe2 hot dalam kelas. Mana tau dorg kot yg duk minat senyap2 tu. Keh keh keh

Monday, January 18, 2010

Rindu abah setiap masa..

Selesai sahaja makan malam, aku mengambil tugas membasuh pinggan. Mak yang berada di sebelah tiba-tiba bersuara..

Emak: Tadi mak masuk bilik Ira. Mak nampak ada gambar yang dia potong2.
Along: Aaa. Dulu ada gak along nampak dia potong2. Tapi malas nak tegur.
Emak: Ira potong2 gambar dia dan gambar abah. Pastu mak tengok ada tulisan adik kat belakang gambar tu. "Adik rindu sangat kat arwah abah".

Terasa air mata bergenang. Sian adik Ira. Dia kecil lagi ketika arwah abah meninggalkan kami. Dia paling tabah walhal dia paling rapat dengan abah sejak dia lahir lagi. Baru 3 bulan lebeh arwah abah pergi meninggalkan kami. Aku rasa macam semalam je abah ada lagi. Suruh aku beli rokok tapi aku tak belikan sebab abah ngah sakit. Itulah kali terakhir aku tak tunaikan permintaan abah. Kali terakhir aku picit abah. Kali terakhir aku nampak abah. Aku tak sempat jaga abah kat hospital. Semua orang dalam keluarga ade kekesalan masing-masing. Aku tau mak lagi sedih. Cuma dia taknak tunjukkan pada kami. Dia nak kami semua kuat. Akan tetapi, siapa yang tidak sedih? Semua orang dalam keluarga masih tak boleh terima hakikat arwah abah dah takde.

Bila along tengok filem P Ramlee mesti orang ingat kat abah sebab abah minat sgt dgn P Ramlee. Sampaikan lawak-lawak abah pon macam P Ramlee. Nyanyian abah. Gaya abah pon macam P Ramlee. Along ingat lagi pada masa zaman 'tape recoder' dulu, abah dengan along berjaga sampai pukul 3 pagi, semata-mata nak rakam semua citer P Ramlee. hehe. Skang hari- hari keluar kt TV. Hari-hari juga abah dengan adik Ira duk tengok cite P Ramlee tu. Along da kurang tengok sebab da bosan. Tapi hari ni, bila along tengok citer P Ramlee, along mesti rasa nak menitis air mata. Teringatkan abah.

Sepanjang arwah abah takde. Kami semua cuba hidup seperti biasa. Mak masih anggap seolah-olah arwah abah pegi out station. Along dan adik-adik pula selalu bermimpi yang sebenarnya abah masih ada, akan tetapi kami terpaksa merahsiakan perkara tersebut. Ya mimpi tu ngarot. Hanya mainan tidur. Tapi along gembira sebab sekurang-kurangnya along dapat berjumpa dengan abah dalam mimpi. =)

Kawan aku pernah berkata, aku tabah menghadapi semua ini. Bukan soal tabah atau tidak, cuma bagi ku, semua orang akan pergi suatu hari nanti. Itu yang selalu aku beritahu kepada semua orang dan juga diri sendiri. Tapi jauh dalam sudut ati aku, aku sering menganggap yang arwah abah sebenarnya masih ada dengan kami. Memerhati kami. Menjaga kami. Memberitahu kami. Menguatkan kami. Gelak bersama kami. Kami sekeluarga selalu jadikan arwah abah sebagai guide line dalam membuat keputusan untuk keluarga. Kitaorang tau camne cara abah berfikir. Kiteorang selalu ingat abah. Buat apa pon, mesti ingat. Sesungguhnya kami semua rindu sangat kat abah. Rindu sangat.

Al-fatihah untuk arwah Haji Mah Hassan Bin Ab. Rahman. Semoga arwah abah saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
AMIN.

Monday, January 4, 2010

Did You Know?

Did you know when you dream about a person, that person went to sleep thinking of you?
Did you know when the person you like looks at you and then looks down, they're crazy about you?
Did you know that when a person looks at you directly in the eyes, they love you more than you think?
Did you know when that person looks at you a lot, they can't live without you?
Did you know when they leave,
they say bye too much because they don't want to let you go?



Sure ramai penah alami benda-benda kat atas ni. Betol tak? Ok la meh aku cite sket. Dulu dulu aku penah minat awek ni, asyik ingt dia.. Tibe2 esok tu dia kata dia mimpi aku shuffle. -.- Ok tu mcm kebetulan. hahaha.. Pastu yang kedua, biasanya kalo aku usya makwe yg aku minat, mmg usya sungguh2 la. Tapi kalo makwe tu usya aku balik, memang aku wat2 tgk tempat lain. pastu wat muka kool padahal dalam jantung da dup dap dup dap. lol... Yang seterusnya, masa aku kapel dulu, aku suka tgk mata gf aku. Suka sangat tengok lama-lama. Macam tak puas. Mayb sebab ade aku je dalam matanya. Dan yang pasti aku menyenangi dan menerima dia seadanya. hehe. Dan yang last skali, rasa berat gile bila nak tinggalkan makwe. bye bye nak seribu kali. Tu belom lagi ayat jiwang pe. Pastu aku anta kt lrt pon nak tgk dia masuk dlm lrt tu btol-btol. Kalo aku ngah gle, aku naik skali lrt tu, pastu usya dia dr jauh. Semata-mata nak tgk dia selamat sampai. Secara diam2. Hehe..

Ok semua ni rasia so jangan bgtau org lain. Tetibe gua rasa malu gle. zzzz


Sunday, January 3, 2010

Kenapa Gua Takot Masuk Tahun Baru?

1. Gua semakin tua. hampeh btol. Tahun ni da 26 kot umur gua. Tapi asal gua rasa gua macam baru 21? huh!
2. Gua mesti akan salah tulis tahun dalam apa-apa dokumen. Mesti nak tulis tahun sebelum tu gak. Kompem la. Tengok la senin ni cmne. Hish
3. Argghhh! Da makin dekat 2012. Kiamat2. Hahahahha. Bodo gle kiamat 2012. zzz. Bek cakap esok je. Heheheh.
4. Ok cm gampang. Gua da dekat 3 tahun single. Demit. Makin lama single, makin xpandai mengorat makwe, pastu xpandai nak romantik2, pastu tak pandai nak main sms dgn makwe. Harem btol.
5. Muka gua tambah tua. demyu!
6. Makin ramai kawan-kawan yang akan kawen. Stress2. Sori la kepada kawan2 yang aku tak g majlis korang. Bukan apa. Aku segan. Da la aku blaja lagi. Korang da keje gaji riban2 semua. Self confident gua macam turun lak. Pastu korang yang pegi majlis kawen semua tu bawak makwe atau tunang atau isteri. Aku? Single gak. ;((((
7. Harga kereta akan menurun. Bole bagi alasan cmni? Hahaha



Papepon bila masuk tahun baru je, mesti gua rasa kekok. taktau la asal. kena amik masa untuk sesuaikan diri. nervous2. lol. gua memang ade chemistry dengan angka-angka ni. kata pakar matematik sekolah rendah kan? kehkehkehkeh..



p/s- insyaALLAH kalo xde aral melintang, tahun ni body gua akan taff macam roslin hashim. huh.

Selamat Tahun Baru 2010!



hohohoho. lama gile tak update. semakin malas. dan semakin xda mood. haha. asyik tulis cite sama je. bosan. ntah la. aku ni cepat bosan kot. hmm.. pape pon yang penting azam aku tahun baru ini ialah nak menimang cucu. amacam? bole x? hahahahha.. k take care semua. c u later dude. =)