PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Wednesday, December 16, 2009

Ole ole ole Malaysia!


Komon komon!

Jom sapot team bolasepak Malaysia.

Main macam taik pon team sapa?

Komon la. Sapa lagi nak sapot kalo bukan kita?

Cuba kalo korang kat tempat dorang?

Mesti nak kitaorang sapot kan?

Lantak la FAM punya pengurusan macam cilaka ke pe.

Kita takyah jadi cam cilaka suda.

Malaysia Boleh!!



Jum sapot team malaysia ramai-ramai pada hari khamis ni pukul 6 petang depan TV.
Dengar cerita, kat tv2 dan tv3 ada tunjuk game. Ayohhhhh!!

Friday, December 11, 2009

Filem Terbaru Profesor Teri : Lahirnya Wira Badminton..


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan bagaimana liku siku kehidupan lima budak remaja yang bercita-cita ingin menjadi pemain badminton profesional yang disegani sambil cuba menguruskan badan sehingga ke tahap Roslin Hashim.

Kisah ini bermula pada suatu malam di mana ketika angin sedang sepoi-sepoi bahasa, kelihatan 5 jejaka gagah menaiki volvo lalu sesat di area Cyberjaya kerana failed mencari court badminton. Dan di pengakhirannya mereka berjaya ketemu jalan yang benar di sebuah Restoran Seafood Tomyam.





Berikut adalah gambar-gambar trailer yang berjaya ditangkap secara curi sepanjang shooting filem tersebut.


Muka kerek yang diekspresikan oleh Encik Hero sebelum turun ke gelanggang
"Huhhhhhhh!"



Aksi Partner Hero yang sedang cuba memanaskan badan sambil cuba berlakon jadi serius. Korang jangan main-main. Mamat ni pernah berlakon dalam Kisah Benar kot.



Ok da penat setelah memanaskan badan selama 2.3 minit. Macam cilaka dia punya penat. tu la. Sapa suruh tak bersenam selama 5 tahun ni, kan da pancit? Oke rehat dulu selama 3 jam.



Sesi bergambar peminat dengan kasut-kasut baru yang bakal tak dibasuh selama 10tahun berturut-turut.



Pasangan Chandra Wijaya & Sugit Budiarto dari Hulu Batam, Indonesia memulakan permainan..



Dari arah bertentangan, Bambang Pamungkas tersenyum manja dan kemudian Misbun Sidek dengan cekap serta amanah dan bersahaja membalas servis dari pasangan Indonesia..



Encik Syahid (baju kuning) cuba membuat percubaan untuk mengetuk kepala Encik Aiman(baju puteh suci) dengan raket secara bertubi-tubi tetapi gagal. Oh sayang sekali..
(suara pengulas: Haji Hasbullah Awang)



Kelihatan Bambang Pamungkas terkedu dan kagum pabila melihat Misbun Sidek membuat pergerakan sejenak Songoku Dragonball yang amat mirip sekali dengan pergerakan ghaib dari filem Time Traveler's Wife..



Jumping smash setinggi 0.91mm dilakukan oleh Misbun Sidek tepat ke arah pintu gawang gol Thailand. Dan terus gooooooooolllllllll!!!
(Keputusan: Malaysia 2-1 Thailand)



Kemenangan kami dirai bersama Encik Xoul merangkap pengurus + pengadil yang tak reti kira point + camera man + pelakon tambahan + tukang masak dari siam + pom pom gal + penonton + tukang curi bulu tangkis court sebelah..



Hadiah kemenangan berupa Udang Masak Petai, Sup Ekor dan 2 Pinggan Nasi. Demit! Penat-penat bersenam, akhirnya tewas pada nafsu juga. isk3.. (insap)



200 kalori yang terbakar ketika bersenam digantikan dengan 500 kalori Mee Goreng Mamak. Menarik kan diet kami?



Kami berjaya untuk kurus!!!! Anda bila lagi???




-The END-


Tuesday, December 1, 2009