PENGIKUT-PENGIKUT SI KACAK!!

Friday, October 30, 2009

Hari Pertama Peperiksaan..

Pagi tadi gua ada exam.. Paper agama II je pon. Tapi struggle gak la nak menghafal. Al maklum la da tua bangka, so penyakit cepat lupa tu pon memang macam berleluasa. Tapi semalam gua da stadi baik punya. So gua rasa xde hal. Semua benda da hafal n faham. Just tinggal nak menjawab paper je.. Target xnak kalah la kan? Budget A atau A- je untuk subjek ni. Keh keh keh keh..

Gua bangun pukol 6 pagi. Fuh bersemangat bangun awal. Padahal exam start pukol 9 pagi. Saja bangun awal, bole prepare sket2. Kasi releks2 dulu. Kang bangun lambat, kelam kabut lak gua nanti. Pas siap mandi semua, da pakai kemeja hensem2, sarapan nasi lemak pe, lalu gua pon usya jam. Ok dah pukol 8.15 pagi. Suda bole gerak.

Gua pon dengan hensemnya masuk ke dalam kereta sambil membaca bismillah. Da rasa cam selesa lebeh kurang, gua pon on enjin kereta. Disebabkan kereta gua ni da seharian tak bergerak, maka gua pon lepak kejap nak panaskan enjin...

Tiba-tiba enjin kereta mati. Pekes lak ni? Gua cuba start lagi. Demit! Takleh start. Gua cuba jampi serampah. Pastu cuba start enjin balik. Hampeh lebeh kurang je. Gua cuba guna teori kejuruteraan gua. Terus gua usya meter minyak. Haram! Kuning pekat cam mee kuning! Camne gua leh lupa yang gua langsung tak isi minyak minggu ni??? ARRRRGHHHH!!!

Gua stress! Jam dah menunjukkan pukol 830 pagi. Exam lak start pukol 9 pagi. Camne ni? Perjalanan dari rumah gua ke UNITEN je da amik masa selama 30 minit, campor jem + ayat awek tepi bus stop. So sempat ke gua nak g amik exam ni? Apa yang patot gua buattttt???



bersambung..

Wednesday, October 28, 2009

Panggilan Dari Balai Polis..

Kisah ini berlaku pada dua tahun yang lepas.. Macam biasa, gua memang kaki keluar setiap malam. Bukan g kelabbing pon. Just hang out dengan kawan2 je. Lepak sana sini. Usya bapok kt Lorong Haji Taib ke. Pegi skodeng gay kat Tasik Permaisuri ke. Ok korang jangan salah anggap. Gua bukan gay atau nyah ok? Plssss mak tak rela tau~~ Auwwwww.. Hahahahah. Takde la. Saja je wat keje bodo sket. Bosan la duk uniten. Takde life langsung. At least kalo g KL, dapat tengok gelagat manusia yang macam-macam ragam. Lagipon pada waktu malam macam ni la KL hidup! Yeah!

Aku balik rumah dalam pukol 6 pagi. Padahal pukol 8 pagi tu gua ada community service lak kat UNITEN. Untuk pengetahuan korang, sesapa yang amik subjek agama diwajibkan membuat community service ni. Dan pada sem tersebut, kami telah ditugaskan untuk cat pagar masjid. Community service start kul 8 pagi. Setelah gua hisab2 masa, gua rasa macam sempat lagi nak tido kejap. Gua da tak tahan sebenarnya. Gile tak tido satu malam. Mata pon leh bukak separuh je. Ngantok gile. Dapat tdo sejam pon jadi la. Ok tdo kejap!

Gua celik mata.. DEM!! dah kol 12 tengahhari! Siot la! Tido mati plak gua! Ok mampus gua. Da la banyak markah untuk community service tu. 10/100 ke pe.. Dem! Ok bawak bertenang. Gua mesti rileks. 10 markah je. Gua mesti score eseimen lain dan juga final. Busuk2 pon gua leh dapat B. Yeah!! Ok sambung tdo balik. ZZZZZ


Dan sebulan kemudian..

truttt... truttt... (bunyi tepon rumah aku)

aku: Helo.
encik: Helo bole bercakap dengan Mohd Shahairri?
aku: Sedang bercakap. sapa ni?
encik: Saya dari balai polis. (sambil wat sore garau)
aku: Erk.. (asal gua macam knal je sore org tua ni)
encik: Saya nak tanya, hari tu awak ada pergi community service tak?
aku: Erk. Tak pegi.. (pekes tetibe polis nak tau aku g community service ke x?)
encik: Betol awak tak pergi?
aku: A'ah tak pegi.
encik: Asal awak tak pegi?
aku: Erk saya tertido..
encik: Ok terima kasih di atas kerjasama awak.
aku: Sama-sama
encik: Oh lupa nak bagitau. Sebenarnya saya Ustaz Adnan, lecturer subjek Agama awak.
aku: CEH!!

WHAT THE FUN!!! Patot la suara macam kenal je! Siot je! Bole plak orang tua ni nyamar dari balai polis. Adoi. Takleh blah btol. Lantak la. Abaikan suda. Ahh! Mana tau disebabkan gua jujur tadi, Ustaz Adnan pon bagi markah kejujuran ke. Sapa tau? Kata subjek AGAMA. Oyeaaaah!!



Hari result keluar..

Result: Gagal subjek agama.

Perasaan: @#$%&!!!!!!!

Moral of the story: Sila jangan malas.. hahaha

Tuesday, October 27, 2009

ahhh! semua pompuan sama je!



Argggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!


Masa aku nak stadi ni la macam-macam gangguan datang!
Tekanan btol!!!


Kisah dia macam ni. Tadi selepas makan, aku pon siap sedia la nak stadi. Tibe-tibe..

Awek: salam
Teri: erk. salam (pehal tibe2 awek ni chat dgn aku? cuak2. lol)
Awek: thanks.
Teri: erk. thanks nape?
Awek: sbb kite belum knal lagi, tapi awk da komen gambar fb saya. thanks
Teri: owh tu semua tanggugjawab saya untuk memuji keindahan yang ALLAH berikan. hehe.
Awek: wah. macam tu ke? puji2 orang ni dapat gaji x?
Teri: a'ah. dapat. siap dapat naik gaji lagi. haha
Awek: hahahaha. awak ni kelaka la.
Teri: eh mana ade. saya peramah dan single je. :P
Awek: blablablablablablablabla.
Teri: blablablablablablablablab.

Maka mereka pon berbual la sampai ke jinjang pelamin. Dan mereka berbahagia sampai ke anak cucu buat selama-lamanya. The end. Sekian terima kaseh.


p/s- dulik! nak wat gak entri pasal awek n kawen. booo!

Entri yang berunsurkan ilmiah


Jadual Final Exam Gua


Jumaat (30/10/09) --> Agama Islam 2

Isnin (2/11/09) --> Electronics 2

Rabu (4/11/09) --> Circuit Analysis 2 & Digital Logic

Jumaat (6/11/09) --> Electrical Machine Devices



Macam haram semua paper final gua nak dekat2! tekanan gua! yang hari rabu tu siap ade dua paper lagi! dem! celah mana gua nak stadi ni? tak sporting langsung UNITEN ni. exam week dia bagi 2 minggu je. kedekut gle! da la gua baru beli game FIFA 2010. bila masa gua nak main??? arghhh! demi menunjukkan tekanan gua, gua boikot tak stadi sampai skang. hahahha. bodo tol. mampus gua. dah2. esok gua nak start stadi. jangan kaco gua. huh! chow!

Saturday, October 24, 2009

Berita Baik Untuk Gadis- Gadis Di Luar Sana!



Perhatian! Perhatian!



Kita semua pasti akan berkahwin bukan? Walaupun ada pelbagai halangan, berkemungkinan 80% daripada kita pasti akan berkahwin pada suatu hari nanti.. Dan selepas berkahwin, kita pasti inginkan anak-anak yang comel.. Tapi itu mungkin menimbulkan masalah kerana kita tidak tau adakah bakal anak kite itu comel atau tidak.. Ramai daripada kita akan cuba berusaha untuk memastikan anak yang dilahirkan nanti comel.

Antaranya ialah menatap gambar bayi-bayi yang comel, atau mengusya pakwe-pakwe yang hensem di Sungai Wang, Pertama Kompleks, Sogo( ini untuk mereka yang berpendapat, wajah mat rempit sungguh comel), Stadium Bolasepak(ini untuk mereka yang mengidolakan wajah-wajah kejantanan pemain bolasepak), channel HBO(ini untuk mereka-mereka yang nak anak-anak mereka comel seperti pelakon-pelakon Hollywood).

Bagaimanapun, sesungguhnya semua itu tidak menjamin apa-apa.
Peratusan kejayaan kaedah-kaedah tersebut hanyalah 0.187% sahaja.

Anda semakin buntu?????
Tidak tahu bagaimana cara
untuk memastikan bakal anak anda
nanti kompem akan menjadi
anak yang comel?



JANGAN RISAU!!



Kini kami ada tawaran istimewa untuk mengubati kerisauan gadis-gadis di luar sana!



Tawarannya adalah...






BERKAHWIN
DENGAN
TERI!!

Dan pasti anda akan dapat anak yang comel seperti yang tertera di dalam gambar bawah ini.




"Comelnya anak korang. apa rahsia? ",
tanya makcik jiran sebelah rumah kita.
Kita jawab ape??? ;p


p/s- anak yang comel itu datang daripada ibubapanya. jikalau perangai ibubapanya comel, maka comel la anak itu.

Wednesday, October 21, 2009

Teka Teki Untuk Malam Ni



Cuba Teka Di Mana Saya???





dem! asal gua macam gemuk dalam gambar ni?
bukan dulu gua kurus kering ke?


p/s- gambar diambil pada tahun 1995, kenangan manis semasa di kelas 5 Anggerik, Sek. Keb. Lembah Keramat =)

Wednesday, October 14, 2009

Aku memang nak kawen kalo..

1. kalo da ada calon isteri. tapi masalahnya.. calon kekasih pon xde. jangan kata kekasih, kwn pompuan pon xde. Main sms pon dengan kawan lelaki je. xoul, dol, sarol, ed. tu top4 orang yang aku sms dan kol. shit! macam gay lak! ok! delete2 semua no dorang. huh! ntah la. aku pon da xreti nak ayat2 awek ni. kadang2 bukan saja tak reti malahan malas nak ngorat. kawan2 tu reti la. hiburkan orang ramai ke. hehe.. sapa la nak aku ni. muka je hensem cam shah rukh khan, tinggi 180cm, badan eropah, ade 4 keta kat umah, ada 5 bijik umah kat kl, duit puluh2 ribu dalam akaun, bakal engineer, mantap dengan ilmu batin, setia pada yang satu, sensitip, peramah, kelaka, suka tolong kawan2.. huh! mana ade perempuan nak lelaki camni!(ok gua tipu je bab harta tu. haha. ok fizikal pon. T_T)

2. kalo mak aku bagi aku kawen.
sumpah! kalo mak aku bagi green light, mmg aku da kawen! watpe wat maksiat? kan kan kan? bosan je maksiat2 ni. nak kena sorok2.. konon fun. WHAT THE FUN! nikmat sementara je tu. tak ke mana pon. dapat dosa ada la. pastu tak berkat. pastu kena asyik bersembunyi. eh kantoi cm penah wat je. erk! xde2.. aku slalu baca majalah mastika, tu yang tau macam2. kalo tak, sampai skang aku ingat anak tu datang dari bungkusan yang burung bangau bawak macam dalam tv tu.. <-- terpengaruh dgn kartun.. zzzz

3. kalo apa eh? ntah. aku pon da xde idea da. haha.



Tu je kot alasan2 kenapa aku xkawen2 smpai skang. puas ati korang? ramai btol suh aku kawen. aku bukan xnak tapi banyak lagi tanggungjawab2 yang perlu aku pikul. selaku anak sulong dalam keluarga, aku kena la banyak berkorban demi kebahagiaan mak dan adik beradek. ecececececece. gaya aku cam bertanggungjawab sungguh dan kelihatan amat ready nak jadi suami n bapa mithali kan? kakakakakkaka. ehem. sebenarnya aku tau susah nak jadi ketua keluarga, suami dan bapa.. tapi sampai bile kita nak lari dari tanggungjawab tu? umur aku pon da 25 tahun. da sesuai sangat nak join proses perkilangan anak ni. dan seterusnya menjadi ketua kilang.

Amacam? korang bila lagi nak join industri perkilangan ni?
kehkehkeh

Nikmat Ada Isteri..

Kan best kalo aku ade bini. lagi2 time skang! pehhh.. aku dapat bayangkan..

isteri: abang, sdp tak ayang masak megi?
suami: sedap2 cm kfc
isteri: ala abang ni ngade la.....
suami: btol la sayang~~
isteri: sayangggggg~~ *tepis megi*
suami: ohh sayanggggg~~ *terbalikkan meja*

*babak seterusnya terpaksa disensored atas permintaan umum. lol*

Sunday, October 11, 2009

Masa berlalu dengan pantas

masa berlari..
aku tertinggal..
aku terduduk..
aku termenung..
jiwa ku tiada di sini..
ia sudah hilang..

Friday, October 9, 2009

Hanya Kerna Sebiji Buah Dokong (Dipetik Dari Diari Adik Ku)

20 Ogos 2009 (2 hari sblm ramadan)
Selepas waktu makan malam, abah terasa terliur nk makan buah dokong. Dipulas nya beberapa biji lalu dikupas dan ditelan..Tanpa disedari, abah terasa ada seulas buah dokong yg dimakan nya tersangkut dalam dada..abah sesak nafas.." Yo, tolong urutkan dada abah. Abah sesak nafas!" Diurut2 dan disapu dgn minyak urut, abah sedikit lega.

21 Ogos 2009
"Yo, abah x larat. Rasa nk demam, sejuk!".

22 Ogos 2009 (1 Ramadhan)

Abah dh x larat..xlalu nk mkn.buka pose dengan satu sudu laksam saja. G klinik swsta dia bagi ubat angin, cirit birit, demam selsema..Malang nya sume ubat tu tidak berkesan

23 Ogos 2009(2 Ramadhan)

Abah x larat nk posa..satu ari x makan pape..perut makin sakit!

1 September 2009
Abah sesak nafas lagi..abah nk g hospital..mak kate kita tangguh dulu..adik nk exm UPSR ni..nanti dia xdpt tumpu exm..pegi klinik swsta lagi..ubat yg same diberi..abah mngadu sesak nafas doctor wat bodo je.
akhirnya, muak dgn perkhidmatan doktor swsta, abah pegi ke klinik kerajaan..doktor kate gastrik

22 september (3 Syawal)
abah dah xlarat..abah nk g hospital even msih beraya kt kg..tiap2 mlm xdpt tdo..sakit perut..sesak nafas.sakit pinggang..lenguh2 bdn..doktor kate klinik kerajaan salah bg ubat gastrik yg kuat utk dia. dpt ubat gastrik baru.

28 september
" Yo, kt mane ni? Mak nk antar abah g hospital". Abah kate penat..xlarat ni..nk bdiri pun xlarat..nnt la segar skit..

5 petang : Yo, masuk bilik jap. sapukan ubat kt badan abah..
6 petang : Yo, tolong urut badan abah..kaki..pinggang, peha..
6.30 petang : Yo, tolong sapu ubat angin
7.30 mlm: Yo, tolong urut bdan abah..
8.30 mlm: Yo, tolong urut abah..abah dh xlarat
10.00mlm: Yo, temankan abah g hospital..abah sesak nafas lagi!!
11.00 mlm: abah terus di antar ke unit kecemasan. doktor wat pemeriksaan.. abah perlu dipindahkan ke red zon (zon kritikal). org laen xdibenarkan masuk walaupun mak..

29 September
2.15 pagi: Yo, abah dh dipindahkan ke wad..bila sampai, ati ini sayu..abah terpaksa menggunakan alat bantuan bernafas..dada abah turun naek..kencang..abah, bertahan k..Allahu Akbar!! sebut abah setiap kali menahan sakit..abah xdpt buang air..ginjal abah xberfungsi..buah pinggang abah bermasalah..

5 pagi : abah, yo terpaksa balik..biar mak teman kan abah k.siang nnt yo dtg lg!!

# arini genap 40 hari abah sakit.."Ya Allah, Ko kembalikan kesejahteraan dan kesihatan ayahanda ku, moga dia dapat hidup dengan lebih baik! Aminnnnn!!

10.30pagi: Abah, yo dh dtg nk jaga abah lagi..
11.00 pagi : Pakar sakit buah pinggang, Dr. Goh bersama-sama pasukan Dr n nurse dtg melawat pesakit termasuk abah.

Pesan Dr. Goh : “Ayah awk mengalami masalah buah pinggang yg agak teruk..die ada masalah untuk buang air dan proses perkumuhan. Ginjal masih boleh berfungsi sebyk 30% . So, jika ayah awak mengawal serta mengubah corak pemakanan dan makan ubat, ayah awk bole mengelak dr masalah bertambah serius..jgn minum air terlalu byk..”

“ Setiap tahun, fungsi buah pinggang akan menurun 10% jika awak sekeluarga n ayah awak tak mainkan peranan masing2..bila dh tinggal 10%, ayah awk perlu buat rawatan dialysis 13 kali sebulan. Sanggup ke a wk pergi cuci buah pinggang 3 kali seminggu, kos 2000-3000 bagi setiap rawatan n akan mengambil masa selama 4jam setiap kali dirawat. Bila buah pinggang gagal berfungsi, air dalam badan hasil perkumuhan tidak dapat dikeluarkan, berlaku masalah tekanan darah, air tersebut akan naik ke paru2..berlaku la paru2 berair dan memberi kesan kepada jantung..dan akhirnya, di tahap kritikal, berlaku la serangan terhadap jantung..kalu bole, elakkan sume ini berlaku.”

Selepas 10 minit, Dr Goh berlalu pergi.. abah masih sempat bergurau..” abah selalu jumpe Dr Goh mase appoinmen dulu..kat hospital die lagi garang ”.abah senyum je.. “Yo, abah lapar”..Abah tak makan pape sejak msuk hospital smlm..setiap kali pihak catering menghantar makanan utk pesakit laen, abah kate xpe la..mayb Dr saja tak bg makan. Ade sbb Dr xbg makan. “Yo, belikan betik utk abah..abah lapar sangat..mintak die potong kecik2 yer..” Aku suapkan betik sedikt demi sedikit..kecian, abah xmakan pape..

4 ptg : abah, yo nk blik dulu..nnt malam yo dtg jaga abah yer..sebelum balik, kelihatan ramai pelawat melawat pesakit kt katil berhadapan katil abah…org tu dah x sedar diri dr pg td..dlm hati, hanya al-fatihah dapat ku sampaikan kpd nya…

11 malam: “abah, yo dh dtg” bisik ku dlm ati bila lihat abah tgh tdo mase pertukaran shif dgn mak.

11.45 malam: abah tersedar dr tdo..yo, abah dahaga la..tuang kan air..abah nk minum..abes air separuh cawan abah minum..lalu abah mnyambung tdo nya.

30 oktober 2009
12.30 malam: “yo.. dalam botol tu ada air ape?” tanye abah seperti dahaga lagi bila die ternampak sebotol 100plus yg aku beli sblm dtg ke hospital.” Tuang kan skit bole?” Niat asal, air tu utk ku sbb dh beberapa ari, badan ku keletihan.

1.30 pagi : abah kejutkan lagi untuk minum air sbb die rasa dahaga sgt. Seperti biasa separuh cawan air abes diminum dan utk setiap jam berikut nye abah kejutkan aku lg disebabkan die dahaga sehingga la masuk waktu subuh. Stp kali abah minum, abah akan batuk..

5.45 pagi : nurse n attendan hospital dtg utk mberi suntikan insulin n mggantikan pakaian abah yg sudah basah dan kotor.. “ dh subuh rupanya” kata abah seperti meminta aku cpt2 bersolat subuh. (sedangkan aku baru saja pulang dr solat).

“Yo..Basahkan towel. lapkan muka n badan abah yer”

“Org katil depan dh meninggal smlm selepas maghrb..anak2 die sume nangis” bgtau abah..
Tiba2 abah kate..”abah terigt kt arwah mak n ayah abah”… aku diam je..niat ku nk sambung tidur pada mulanya..bila abah cakap mcm tu, aku xjd tdo..hati rasa risau je..bimbang sesuatu.. ku kemas tilam tmpt tdo ku dan pihak catering datang, bawa sarapan pagi..

“Yo, suapkan kue tiow goreng bole? Abah lapar la..org hospital ni saja je wat kue tiow ni tawar..tapi sedap.. amek kan air teh o’ tu..abah dahaga..slrrp..sedap, xda gula..tapi ada rasa teh original..” puji abah sambil mintak org katil sebelah mcuba rasa air teh. Selepas beberapa minit, nurse dtg..”Pak cik..pak cik kene pki salur oksigen ni” “eh, trlupa nak pki sbb td makan” senyum abah..

Nurse pelatih plak dtg amek bacaan suhu n bacaan tahap glukosa abah..

”nurse, brape suhu saya?”
37°C, pak cik
Kalu demam brape?
37.5 °C ke atas, pak cik
Nurse, glukosa brape?
6.5
“oo..saya br pas makan..sbb tu naek kan..mlm td 4 je.. nurse, itu kira normal kan kalu lepas makan?“
aku dgr je..abah skrg btul2 nk jaga makanan n kesihatan die..die nk sembuh sperti biasa..

“yo..suapkan ubat utk abah”..ade 7bijik sumenye..aku suapkan 2biji dulu, then bg die air..abah batuk..kjap yer..pasni mkn lg..selepas 2 min, aku suapkan 2 bijik lg..minum air..abah terbatuk2..
abah nk makan bubur la..nnt bwk yer..pesan abah..

Jam dh dkt kul 8 pagi..mak x smpi lg utk tukar shif jaga..aku nk blik mand n msuk kje kul 9..
ade lg 3 bijik ubat lg..”nnt abah suh mak suapkan yer” kata abah bila aku bgtau mak dh smpi di lobi hospital.. aku trus trun ke bawah..dh jauh br aku terigt lupe nk salam abah td..xpela..nnt tgh hari dtg lg..pujuk aku dlm ati..

10.00pagi : “sal, abg pnt sgt .. abg x larat..abg lapar..belikan laksam n 100 plus yer”

12.30 tgh hari: “Yo, kt mane ni? Abah makin teruk..Dr nk masukkan abah ke dlm ICU skrg!! Dtg cpt!! “ Mak nanges2..tak dpt menahan kerisauan nye..Mak..sabar yer..jap lg yo smpi..

Bila sampai di hospital, abah masih tidak dimasukkan ke ICU..2 pasukan Dr dr unit buah pinggang dan ICU sedang berusaha menyedarkan abah.. Dr bgtau die akan msukkan tiub kedlm bdn abah..mayb akan dilakukan dialysis sbb air dlm bdn abah semakin byk di ruangan paru2 n xdpt dikeluarkan secara normal..

Ya Allah..selamatkan abah..doa ku berkali2…

Abang long dtg bersama adik bongsu ku..Dr mintak kami panggil sume anak2 abah sekarang..abah dalam keadaan terlalu kritikal..Dr bergilir2 mbuat CPR utk sedarkan abah..kedengaran dada abah di tepuk dengan kuat..

Aku trus hubungi Lin, adik perempuanku..”abah ada di wad..abah dlm keadaan kritikal skrg..Dr mintak sume dtg skrg..” (sebenarye abah xnk bgtau lin, die msuk hospital sbb die ade exm mingu tu. Tkut lin xdpt tumpuan belajar)

2.30petang : Doktor dtg setelah kami abeskan bacaan yasin utk kali ke 2,:

“Dukacita saya nk maklumkan, pesakit br sahaja meninggal dunia pada pukul 2.33 ptg. Kami dh buat CPR selama 40 minit setelah pesakit mengalami serangan jantung pada pukul 10.30 tadi”

Doktor xdapat selamatkan abah..hanya tangisan kami kedengaran di wad 7A tu..

Abah dh xde..abah dh tinggalkan kami..

Beberapa ketika wad dipenuhi oleh saudara, sahabat n rakan sepejabat abah..dorg dtg utk melawat abah..bkn utk menziarahi jenazah abah.. Arwah abah pergi secara mengejut..

Innalilliahiwainniilahirojiunn..al-fatihah utk arwah abah…moga roh abah ditempatkan bersama2 org yg beriman..Aminnn

∞ jenazah abah dikebumikan selepas solat isyak di tapak perkuburan Sg Tangkas, Bandar Baru Bangi..

Segala2 nya berlaku dengan pantas dan lancar..alhamdulilah..terima kasih kepada sume pihak yang mbantu mnguruskan jenazah dan hadir ke majlis pengebumian jenazah abah..al- fatihah…

---Diari ini ditulis selepas 10 hari arwah abah meninggal dunia..kini aku sibuk menguruskan hal2 berkaitan dengan arwah abah----

Friday, October 2, 2009

Abah suka sangat dengar lagu-lagu P. Ramlee.. =)

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti

Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Gambar terakhir bersama arwah abah yang diambil pada Hari Raya Pertama Aidilfitri 2009

A'kum. Semua orang dijemput datang ke majlis tahlil arwah abah saya. Majlis akan diadakan selama 3 malam berturut- turut pada hari khamis(selepas isyak), jumaat(selepas isyak) dan sabtu(selepas maghrib). Kepada mereka yang ada kesempatan, jemputlah datang. Alamat umah: no. 2, jalan 3/12, seksyen 3, bandar baru bangi, selangor. Hubungi saya jika nak datang; 0126115263 (teri)

Thursday, October 1, 2009

Rindu kat abah..

Rindu kt arwah abah. Dulu setiap hari org picit abah. Selama 15 tahun tangan ni sentuh dan urut badan abah tapi mulai hari ni orang takkan dapat picit abah dah. Semalam adalah hari terakhir, orang dapat sentuh abah, dapat cium abah, dapat tengok abah.

Lepas ni da takde orang nak tanya pasal along. Takde orang kisah pasal exam along. xde orang kisah pasal hidup along. Lepas ni da takde orang suh along beli rokok. Takde orang ajak along supaya pegi temankan ke hospital. Xkan ade org nak marah along. Xde orang nak awasi along da. xde org nak kol along setiap hari. Bila naik kereta, abah da takde sebelah. biasanya abah ada. Abah sakit camne pon mesti ada sebelah along. abah mesti panggil along nak buat keje apa pon. Nak pergi mana2 mesti abah nak along ada. nanti kt meja makan, abah da takde. Da takde orang nak makan budu. Xde orang nak makan laksam. Da xde orang nak makan nasi berlauk. da xde orang nak makan ikan kukus. da takde orang nak makan bubur. orang rindu abah. rindu sangat. Abah slalu ada dalam hidup kiteorang semua. Selalu ada dalam bayang2 hidup kiteorang.

Abah ada lagi kan? Orang tau abah ada lagi. Ada dalam hati along. Along nampak abah tdo. Along dengar lagi suara abah. Abah, along akan cuba tunaikan semua permintaan abah. Minta maaf banyak2 sbb abah tak sempat tengok along berjaya.. Tak sempat tengok along dapatkan ijazah. along tak sempat nak sara abah. Tak sempat nak belanja abah. Tak sempat nak minta maaf dgn abah. Along banyak wat dosa dgn abah. Along banyak susahkan abah. Maafkan along.

Along taktau yang hari ahad tu hari terakhir along dapat tengok abah. Along tak sempat jaga abah kt wad sebab along ada test hari selasa tu.Along xtau semua ni akan jadi camni. Sepatotnya hari rabu tu, along pergi wad untuk jaga abah. Tapi along tak sempat.

Along sayang sangat abah.. sayang sangat. Even along anak sulung tapi along la paling manja dengan abah. Abah, orang rindu abah. Rindu. Paling rindu kt abah. Orang tak sanggup tengok abah semalam. Orang nampak macam abah ngah tdo lagi. Dunia ni semua sementara je kan abah? Kita jumpa lagi kat akhirat sana. Orang akan ingat dan sayang abah sampai bila-bila. Dari kecik sampai skang, abah je la idola along. Terima kasih abah sebab jaga along selama ni. Along xdapat bagi pape. Along cuma dapat doakan abah je. Abah, along sayang sangat kat abah!!


p/s- Pada 30 september 2009, hari rabu, arwah abah saya telah meninggal dunia kerana serangan jantung. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan bandar baru bangi, sungai tangkas, bandar baru bangi, selangor. Semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

AL FATIHAH